Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google
Baru-baru ini, seseorang berkongsi cerita dengan saya perihal anak tunggalnya yang masih bersekolah rendah. Suatu hari beliau disoal dengan satu soalan.
"Kenapa ibu tak jadi suri rumah?" Soal si anak.
Soalan yang sangat ringkas dan saya kira ia lahir dari hati seorang anak yang mungkin cemburu dengan rakan-rakan yang mempunyai ibu sepenuh masa di rumah.
Ibu tadi lantas menjawab dengan nada bersahaja.
"Kalau ayah kamu dah bergaji sepuluh ribu nanti baru ibu jadi suri rumah!" Jawapan ringkas dari si ibu.
Apa diskusi selepas itu saya tidak pasti kerana perkongsian kami itu berhenti setakat itu sahaja.
Saya yang mendengar cuma senyum dan diam, tidak mampu memberi maklum balas mengenainya. Tetapi dalam hati kecil saya, apalah yang anak ini tahu tentang keperluan bergaji beribu-ribu itu. Si anak mungkin berharap hanya ibu yang menyambutnya kepulangannya dari sekolah, menyiapkan keperluannya dan sentiasa dimatanya seperti rakan-rakan lain.
Secara jujur saya tidak menyalahkan ibunya untuk bekerja, tetapi jawapan kepada anak itu sangat menyentuh hati. Ada kala kita terlupa masa kehidupan untuk anak-anak terlalu singkat. Suatu hari anak-anak ini pasti meninggalkan kita juga. Mungkin dalam umur belasan sahaja, sudah ada yang berjaya ke asrama atau ke menara gading. Ketika itu anak-anak lagi tidak bergantung sepenuhnya dengan mak ayah. Mereka sudah punya kawan-kawan untuk berkongsi rasa dan perasaaan. Saya sayu sekiranya ketika itu kita baru sedar bahawa ketika kita mengejar untuk 'mencukupkan puluhan ribu' kita terlepas saat-saat manis ketika mereka masih kecil. :(
-----------------------------------------------
Ebook - Super WAHM, Super MOM, Urus MASA, Urus TENAGA, Urus RUMAHTANGGA
Bab 1: Apa itu wahm, sahm, soho
Bab 2; Mengambil keputusan bekerja dari rumah
2.1 Sudah tidak ada hati bekerja
2.2 Persediaan asas
2.3 Langkah bijak Aida Fadzlin sebelum berhenti kerja2.4 Puan M berkongsi dilema
Bab 3: Kisah Inspirasi Wahm Soho
3.1 Norhanita Bahrom. Gobok Boutique
3.2 Fauziah Ahmad
3.3 Farah Hafizah
3.4 Norazizah Ruslan-Business & health advisor
3.5 Lyna Noh - Malaysian Mums Biz Network
3.6 Faziatun Nisa Chocville Online Choc Boutique
3.7 Durra Mohamed Jamri
3.8 Hani Arziana-SoHoIBU
3.9 Noor Hidawati
3.10 Harlinda Halim-Malaysian Work-At-Home-Mom Community
3.11 Nadzura Sabry
Bab 4: Cabaran bekerja dari rumah dan solusi
4.1 Bekerja di rumah tanpa pembantu
4.2 Urus stres dengan super gembira
4.4 Cabaran bekerja dengan anak kecil
4.5 Norhafizah Madzlan-cabaran mengurus enam anak
4.4 Zaila, berkorban kerjaya demi keluarga
4.6 Norain Kanafi
Bab 5: Tips sukses urus masa
5.1 Pengurusan masa untuk wanita
5.2 Ibu super sibuk, tips terapi diri
5.3 Urus masa keluarga 5.3 Sibuk yang fleksibel
Bab 6 : Tips urus tenaga super mama
6.1 Tenangkan diri, jangan stress, stres!
6.2 Fokus kepada matlamat
6.3 Rawat dan rehat
Bab 7: Tips urus rumah tangga
7.1 Mengawal semangat yang teruk
7.2 Perlukah pembantu rumah?
7.2 Cari kelainan untuk segarkan urusan rumahtangga
7.3 Kelaziman surirumah yang menyeronokkan
Bab 8: Tips motivasi surirumah terhebat
8.1 Setiap orang ada satu kisah
8.2 Bekerja dengan jiwa
8.3 Mengekalkan momentum motivasi
8.4 Kisah teladan sepanjang zaman
Harga: RM25
Sebarang pertanyaan dan kemusykilan hubungi saya, Suhaila Rahim melalui:
No comments:
Post a Comment