Foto: Carian Google
Bismillah. Salam pagi Jumaat! Hari ini nak kongsi resepi kuih kegemaran saya iaitu Kuih Cucur. Tiba-tiba teringat pula mak di kampung. Beberapa minggu lepas masa mak datang, dia buatkan kuih ini untuk kami sekeluarga. Sambil tolong masak, saya belajar resepi dari mak. Resepinya ringkas dan bahannya juga sangat mudah. Hanya perlu sedikit kerajinan untuk membuat jika mahu merasainya selalu :)
Ini resepi yang mak turunkan pada saya.
Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 cawan gula merah
1 1/2 cawan air.
Cara-caranya:
1. Masakkan air dengan gula merah dan sejukkan.
2. Ayak Tepung beras dan tepung gandum
3. Gaul air gula dengan tepung sehingga sebati dan tapis
4. Biarkan seketika (sekurang-kurangnya 2 jam dan kalau lebih lama lagi baik)
5. Panaskan kuali dengan sedikit minyak, bila sudah panas, masukkan satu senduk adunan. Adunan akan membentuk bunga-bunga kecil ditepi dan terbalikkan bila sudah hampir masak
6. Bila sudah kuning angkat dan sambung untuk adunan yang seterusnya.
*Ini resepi asal mak, tetapi oleh kerana anak mak yang ini tidak berapa rajin, satu ketika adakalanya saya 'blend' saja semua bahan-bahan dalam Blender. In shaa Allah menjadi juga. :)
Maaf, terpaksa mendapatkan khidmat google untuk gambar kuih, memandangkan warna fizikal kuih yang saya buat tidak begitu cantik. Maklumlah, memasak sambil berperang dengan anak di dapur :)
Apapun In shaa Allah rasanya sedap dan masih lembut jika dibiar lama.
Selamat mencuba!
----------------------------------------------------------------
Akademi Bekerja di Rumah (ABDR) kini membuka peluang kepada mereka ingin menempah blog melalui Pakej Tempahan Membuat Blog ABDR. Terbuka kepada semua terutama bagi usahawan-usahawan yang tidak dapat menghadiri kelas online yang kami tawarkan. Tawaran ini dibuka dengan harga promosi RM200 sahaja. Anda boleh memilih salah satu Pakej Blog berikut:
i. Satu Blog untuk kegunaan Penulisan/Peribadi
ATAU
ii. Satu Blog untuk Bisnes
Hanya RM200 sahaja (JIMAT RM100)
Blog yang ditempah meliputi:
✔ Borang tempahan
✔Penambahan gajet - 5 Label
✔ Link fanpage/facebook
✔10 foto produk untuk dimasukkan ke dalam blog bersama keterangan produk.
***Bonus juga akan diberikan
Jika berminat hubungi saya:
Emel: suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim
No comments:
Post a Comment