='description'/>

Tuesday 8 April 2014

Hifzaila: Ulasan Ebook Super WAHM Super MOM

Teks: Hifzaila
Sumber:http://hifzaila.blogspot.com/2014/04/ulasan-ebook-super-wahm-supermom.html

Akhirnya! Khatam juga saya baca buku yang kecil-kecil cili padi ni. Sekejap saja habiskan sebab seronok sangat baca, tengok-tengok dah muka surat akhir dah.


Ebook Super WAHM Supermom
RM30

Ebook ni, khas untuk semua suri sama ada yang berada di rumah sepenuh masa atau yang bekerja. Dalam ebook ni, banyak panduan dan perkongsian oleh suri yang lebih berpengalaman (yang makan garam dulu) dalam mengurus rumah tangga sehari-hari walaupun dalam kesibukan.

Semua orang sibuk dengan hal masing-masing. Tapi ada yang berjaya menggunakan sepenuh masanya dengan optimum, tapi ada yang tidak dan sentiasa tak cukup masa.

Sebenarnya, hidup sebagai suri rumah atau suri berkerjaya ni kena ada perancangan. Macamana nak pastikan anak-anak dan suami terjaga walaupun mak / isteri bekerja. Begitu juga dengan suri rumah, macamana nak optimumkan masa di rumah selain fokus utama mengurus rumah tangga, dan dalam masa yang sama mengembangkan bakat dan minat dan ambil peluang itu untuk buat duit.

Boleh merancakkan ekonomi keluarga juga. Suami pun mesti suka. Tapi kena la tahu cara dan taktiknya.

Saya asalnya bekerja juga, kemudian menjadi WAHM seketika selepas melahirkan anak pertama. Disebabkan kurang ilmu untuk menjadi WAHM yang komited, setelah melalui fasa-fasa sukar (yang pastinya dilalui oleh kebanyakan suri juga), akhirnya saya mengalah dan kembali bekerja.

Bila saya baca ebook ni, saya dapat bandingkan hidup saya ketika menjadi WAHM dan juga bekerja. Kedua-dua situasi ada pro dan kontra. Dan sebenarnya banyak panduan dalam ebook ni yang mendorong dan memotivasikan saya untuk tak putus asa menjadi WAHM semula.

Dengan syarat, kena rangka strategi.

Macamana tu? Haa ada dalam ebook ni Cik Jah.

Kalau nak tahu cara ibu beranak lima mengurus rumah tangga, dalam masa yang sama menulis buku, menjalankan bisnes online dan mengendalikan kelas online -- inilah dia.

Nak tahu rahsia seorang suri bekerjaya yang berjaya mendapat rank tertinggi dalam bisnes produk kesihatan ketika masih lagi bekerja - ada perkongsian kisahnya dalam ebook ini.

Dan macam-macam lagi kisah kejayaan yang boleh dijadikan panduan. Perkongsian kisah dari pelbagai latar belakang yang mungkin salah satunya berkait dengan hidup kita juga.

Rajin-rajinkan diri membaca. Tambah ilmu.

Untuk yang masih tak tahu apa itu WAHM,
atau sedang merangka strategi nak jadi WAHM.
Untuk yang sedang menuju destinasi SOHO impian,
atau sesiapa yang nak jadi Supermom.
Juga suri rumah yang berupaya cari dan jana duit poket sendiri.

Dapatkan ebook ini sekarang. Tak rugi pun baca.
Semoga bermanfaat dan mencetuskan motivasi.




Dapatkan Ebook SuperWahm, Super Mom dengan harga RM25 sahaja!


Hubungi saya, Suhaila Rahim melalui:
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim

No comments:

Post a Comment