='description'/>

Thursday 10 April 2014

Syukur, Fokus dan Jalan terus!

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google



Bismilillah.. Sekian lama saya tidak menulis. Dua minggu tanpa talian intenet dan bergantung sepenuhnya dengan handphone yang agak kritikal fizikalnya. Alhamdulillah dalam dua hari ini dapat bersiaran semula dan moga Allah mudahkan semuanya dan terus istiqamah dan jalan terus kehadapan tanpa menoleh lagi. Saya kini perlu lebih fokus dengan apa ada dan bergantung sepenuhnya kepada Allah yang merencana semua yang berlaku.

Setelah hampir semua jenis broadband telah diguna, nampaknya Streamyx yang kami pasang di rumah sejak dua hari ini, lebih memberi kepuasan.  Untuk permulaan, kami hanya mengambil pakej yang paling rendah sebagai suntikan modal awal untuk bisnes online saya ini. Hasilnya, Alhamdulillah, liputan dan kelajuannya masih baik dan memuaskan. Dapat jugalah saya bersiaran dua hari ini tanpa gangguan yang kritikal seperti sebelum ini. Atas nasihat suami, handphone yang kritikal juga sudah ditukar baru untuk memudahkan urusan dengan pelanggan dan urusan di Akademi. Semoga semuanya berjalan lancar selepas ini. Aamin..

_____________________________________________________

Blog Ruang Iklan

Anda ada produk? Iklan produk anda di Soho Directory. Dapatkan pakej iklan serendah RM50. Lihat maklumat tentang pakej di sini.

Hubungi saya, Suhaila Rahim melalui:

Emel: 
suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim

No comments:

Post a Comment