='description'/>

Friday 26 September 2014

Kuat dalam ujian

Teks: Suhaila Rahim

Salam Jumaat! Maaf kerana sekian lama tidak menulis di sini. Kesihatan belum pulih sepenuhnya. Si kecik, Amnah pun turut terjangkit sama. Sudah beberapa malam kami berdua tidak dapat tidur lena. Moga Allah beri kesembuhan segera kepada kami berdua. Ameen.

Namun tugas harian di rumah dan bisnes masih berjalan seperti biasa. Alhamdulillah, suami banyak membantu urusan pengeposan dan tempahan barang pelanggan. Tak kurang juga khidmatnya dalam urusan dapur. :)

In shaa Allah, sakit hanya fizikal, mentalnya masih bersemangat luar biasa. Moga ujian ini pembakar semangat untuk lebih berusaha.

Bagi yang ingin mendaftar kelas-kelas di ABDR boleh PM saya seperti biasa. Tempahan produk-produk sunnah masih diterima.

Alhamdulillah.

http://kioskproduksunnah.blogspot.com/
http://aqnahonlineshoppe.blogspot.com/
http://gedung-ebook-anda.blogspot.com/
http://kasturi-al-mujahid.blogspot.com/

-------------------------
2. Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan fan page (mula bisnes)
a. Kelas ini khusus bagi suri rumah yang benar-benar zero tentang urus niaga secara online.
b. Mahu mula tetapi tidak tahu cara.
c. Mahu mula tetapi tidak ada produk. Kami menyediakan beberapa produk pilihan, produk sunnah, buku, pakej ebook, ruang periklanan. Juga peluang sebagai pembantu kelas di akademi bekerja di rumah.
d. Kelas ini sesuai untuk belajar menjana pendapatan awal RM10, kemudian tingkatkan lagi, RM20, RM50, RM100 begitulah seterusnya (ini adalah tertakluk kepada usaha yang konsisten daripada peserta.
e. Kelas ini juga sesuai untuk suri yang sibuk, surirumah sepenuh masa, suri bekerjaya yang mahu buat secara sambilan. Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.
f. Apabila sudah pandai, boleh belajar lagi dengan otai-otai pemasaran yang lain. juga bina jaringan bisnes secara online.
g. Apa yang kita belajar di dalam kelas ini. Analisa dahulu untuk kenalpasti apa produk yang sesuai/minat/pengalaman. Belajar buat blog kedai online, belajar menulis konsisten, belajar buat borang tempahan, jenis-jenis entri, belajar buat pan page, belajar buat pautan, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.

Untuk bermula, kita analisa dahulu, pm saya sekarang atau mesej di inbox. Pendaftaran adalah setiap hari.

Jika berminat hubungi saya:

Emel: suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim

Norzalina Hamzah - Hutang Oh Hutang

Teks: Norzalina Hamzah
Selepas tamat pengajian, mula bekerja, saya sudah mula bina profil hutang. Saya buat hutang kereta untuk 6 tahun. Habis sahaja hutang kereta, buat pinjaman perumahan pula. 15 tahun. Hendak dijadikan cerita, atas sebab keperluan dan keputusan yang kurang bijak pada masa itu, tambah hutang pinjaman peribadi. Juga buat keputusan untuk "upgrade" kereta. MasyaAllah.
Entah bagaimana, pada suatu hari, saya duduk dengan sebatang pen dan sehelai kertas. Saya senaraikan semua hutang. Saya tuliskan bayaran bulanan setiap pinjaman yang ada. Saya hanya boleh bayar semua hutang ini mengikut jadual apabila umur saya mencecah 50 tahun! Adakah saya akan bekerja makan gaji selama itu? Bagaimana saya boleh buat keputusan yang tidak bijak selama ini? Jawapannya hanya satu- kurang ilmu pengetahuan tentang pengurusan kewangan.
Saya jumpa pegawai bank untuk konsultansi percuma. Saya cari maklumat tentang pengurus kewangan dan jumpa "financial planner". Saya baca kisah mereka yang telah berjaya bebas hutang. Saya buat kajian bagaimana untuk bayar pinjaman dengan lebih cepat. Tahukah anda:
1) Bebas hutang bukan bebas kewangan
Terima kenyataan yang kita banyak hutang pinjaman sekarang. Bayangkan jika diberi wang yang banyak untuk bayar semua hutang. Kemudian, apa pula selepas itu? Masih belum bererti dan masih belum selesai masalah. Adakah ingin bekerja sehingga usia mencecah 50-an? Bagaimana menanggung kehidupan sekiranya tidak bekerja. Bebas hutang adalah komponen yang penting dalam pengurusan kewangan. Tetapi ia hanyalah sebahagian kecil darinya sahaja.
2) Pertimbangkan untuk berjumpa "financial planner"
Saya berpeluang berjumpa Zaidi Ismail. Memanglah hanya kita yang tahu keadaan dan kedudukan kewangan kita. Tetapi tidak salah jika kita mendengar pendapat orang lain yang tentunya pakar di dalam bidang mereka sendiri. Kita duduk dan dengar bagaimana mereka analisa masalah kita dan mencadangkan langkah penyelesaian. Ada banyak yang kita boleh belajar dari mereka. Ada banyak peluang yang kita akan temui.
Baca seterusnya di sinihttp://norzalinahamzah.blogspot.com/2014/08/hutang-oh-hutang.html

.--------------------------------------
Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan penulisan.
a. Menulis cara santai, tetapi masih lagi mengekalkan Bahasa Melayu formal. Ini salah satu cara menarik minat pembaca suka dan datang lagi ke blog.
b. Bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca/bakal pelanggan.
c. Belajar menulis dan latihan menulis untuk dapatkan momentum.
d. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi.
e. Bergabung dengan lebih rami blogger-lebih kurang 800 blog dalam akademi, untuk membantu aliran trafik ke blog.
f. Ramai yang mahu bermula tetapi tidak tahu cara, menulis boleh dilatih jika tahu teknik yang betul.
g. Mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog.
h. Sudah ada blog, tetapi sudah tidak ada idea untuk meneruskan usaha berblog.
Jika kalian berada dalam salah satu kategori di atas, boleh sertai kami dalam kelas asas blog dan penulisan. Analisa dahulu sebelum masuk kelas. Boleh pm atau mesej inbox apabila sudah bersedia

Jika berminat hubungi saya:

Emel: suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim

Thursday 18 September 2014

Nurzailina Hamzah - Ulasan Kelas Asas Blog dan Penulisan

Guru Online: Aishah Hussein
Protege: Norzalina Hamzah
Sumber: http://norzalinahamzah.blogspot.com/2014/09/ulasan-kelas-asas-blog-penulisan.html

Subhanallah Alhamdulilllah Allahuakbar
Selesai sudah 44 entri sebagai kejayaan pertama di akademi. Walaupun baru langkah pertama, terasa bangga benar dengan diri sendiri. Rasa macam naik pangkat pula. Rasa bersemangat untuk terus menulis dan melangkah ke peringkat seterusnya. Terima kasih Puan Aishah selaku Guru Online saya. Entri pertama 13 Julai 2014 dan entri ke-44 pada 12 September 2014. Walaupun perlukan 60 hari untuk selesaikan 44 tugasan, namun tetap teruja dan berharap momentum ini akan berterusan.

Kelas asas blog dan penulisan dimulakan dengan penjenamaan dimana nama sendiri digunakan sebagai URL blog dan email. 8 soalan analisis diajukan dan kita perlu menjawabnya. Analisis ini bertujuan mengkaji minat dan kebolehan seseorang peserta untuk digunakan sebagai tajuk utama blog nanti. Di sini pentingnya komunikasi dan diskusi bersama Guru Online bagi mendapatkan keputusan terbaik. Blog yang dihasilkan perlu menepati piawaian yang telah ditetapkan Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR).

Pelabagai tips penulisan diapliksasikan dalam menulis entri. Penggunaan Bahasa Melayu perlulah formal. Penggunaan tatabahasa dan tanda baca yang sesuai ditambah dengan penulisan yang santai menarik pembaca datang ke blog. Selain belajar menulis dengan baik, peserta juga berpeluang belajar membuat blog.

Untuk mengekalkan momentum menulis, beberapa tips dikongsi. Antaranya tulis perkara yang positif. Walaupun perkara yang sedih, tukarkan kepada aura positif. Apabila terfikirkan sebarang idea baru untuk menulis, segera catatkan pada buku nota kecil yang sentiasa dibawa, atau pada telefon bimbit supaya tidak terlupa nanti. Perlu baca banyak buku dan buat rujukan untuk mendapatkan idea-idea baru dan segar. Tulis sahaja apa ada di minda, semak dan terus "publish". Sesekali perlu selitkan cerita untuk menambah seri pada entri-entri diblog.

Sokongan dari Puan Aishah sangat membantu. Berpandukan komen dan maklumbalas beliau, kita akan rasa bersemangat untuk terus menulis dan memastikan kesilapan-kesilapan dalam penulisan tidak dilakukan. Beliau sering kongsikan entri yang ditulis di facebook dan ini banyak membawa trafik ke blog. Apa yang penting perlu fokus kepada tajuk atau niche blog.

Kejayaan pertama sudah di tangan. Langkah seterusnya pula target pendapatan konsisten sehari selama 44 hari seperti saranan Puan Aishah dan Puan Pengasas. Moga mimpi jadi nyata!

--------------------------------------

Ebook: Rahsia Khidmat Pelanggan, Usahawan Online


Siri 1 (terbit 25.9.2014)

RM30 (untuk pembeli 50 terawal sahaja)

Harga selepas ini RM50

Bayar di sini 
http://gedung-ebook-anda.blogspot.com/p/borang-tempahan.html


Rahsia Khidmat Pelanggan, Usahawan Online

Bab 1: Urusniaga Online

Bab 2: Mengembirakan Pelanggan

Bab 3: Membina Keyakinan pelanggan

Bab 4: Menawan Hati Pelanggan

Bab 5: Menghargai Pelanggan

Bab 6: Kuasa Khidmat Pelanggan

Bab 7: Khidmat Pelanggan Profesional

Bab 8: Kuasa Suara Dan Gerak Hati

Bab 9: Tingatkan Bilangan Pelanggan Setia 


Bab 10: Tingkatkan Keuntungan Dengan Kuasa Pelanggan Gembira

Tempahan-->
http://gedung-ebook-anda.blogspot.com/p/borang-tempahan.html

Tuesday 16 September 2014

Sakit itu ujian

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google


Bismillah. Sekian lama sudah tidak menulis. Akhir-akhir ini Allah uji dengan sedikit kesakitan. Ujian Allah bagi sebagai teguran supaya diri ini lebih bersyukur dengan nikmat-nikmat yang jarang-jarang disyukuri. Bila selalu sangat makan yang sedap-sedap bila sakit yang lazat-lazat pun semua jadi tawar. Nikmat rehat pun terasa hilang bila sakit datang tiba-tiba.

Hidup sihat sebelum sakit adalah antara lima perkara yang pasti akan hadir dalam hidup setiap manusia. Manusia hanya dapat menilai harga sebuah kesihatan ketika diuji dengan kesakitan. Sakit akan datang tanpa diundang bila-bila masa tiada peringatan. Sakit itu bukan penyeksaan tetapi peringatan bagi manusia yang sentiasa ingat pada Allah swt.

Dari Anas ra, Rasulullah saw telah bersabda: Maksudnya: “Jika Allah menghendaki kebaikan bagi seorang hamba-Nya, disegerakan baginya kesusahan (balasan) sewaktu di dunia lagi. Sebaliknya jika Allah menghendaki kejahatan bagi seorang hamba-Nya, ditangguhkan pembalasan ke atasnya sehingga hari Kiamat.” [Hadis riwayat At-Tirmizi: 2395, “Hadis Hasan”, Sahih Al-Jami’ As-Saghir: 308]

Rasulullah SAW bersabda, “Tidaklah seorang muslim menderita sakit kerana suatu penyakit melainkan Allah menggugurkan kesalahan-kesalahannya dengan penyakit itu, sebagaimana pohon yang menggugurkan daun-daunnya”. (HR Bukhari, Muslim)

Dari Ummu Al-Ala’, dia berkata : “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam menjengukku pada masa aku sedang sakit, lalu baginda berkata. ‘Gembirakanlah wahai Ummu Al-Ala’. Sesungguhnya sakitnya orang muslim itu membuatkan Allah mengampunkan dosa-dosanya, sebagaimana api yang menghilangkan kotoran pada emas dan perak”. (HR Abu Daud)


Astaghfirullah lil mukminin wal mukminat. 
--------------------------------------


Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan fan page (mula bisnes)
a. Kelas ini khusus bagi suri rumah yang benar-benar zero tentang urus niaga secara online.
b. Mahu mula tetapi tidak tahu cara.
c. Mahu mula tetapi tidak ada produk. Kami menyediakan beberapa produk pilihan, produk sunnah, buku, pakej ebook, ruang periklanan. Juga peluang sebagai pembantu kelas di akademi bekerja di rumah.
d. Kelas ini sesuai untuk belajar menjana pendapatan awal RM10, kemudian tingkatkan lagi, RM20, RM50, RM100 begitulah seterusnya (ini adalah tertakluk kepada usaha yang konsisten daripada peserta.
e. Kelas ini juga sesuai untuk suri yang sibuk, surirumah sepenuh masa, suri bekerjaya yang mahu buat secara sambilan. Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.
f. Apabila sudah pandai, boleh belajar lagi dengan otai-otai pemasaran yang lain. juga bina jaringan bisnes secara online.
g. Apa yang kita belajar di dalam kelas ini. Analisa dahulu untuk kenalpasti apa produk yang sesuai/minat/pengalaman. Belajar buat blog kedai online, belajar menulis konsisten, belajar buat borang tempahan, jenis-jenis entri, belajar buat pan page, belajar buat pautan, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.

Untuk bermula, kita analisa dahulu, pm saya sekarang atau mesej di inbox. Pendaftaran adalah setiap hari.

Jika berminat hubungi saya:


Emel: suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim

Saturday 13 September 2014

Natrah Mohamed - Ulasan Kelas Blog Penulisan

Guru Online : Anys Idayu Zakaria
Protege : Natrah Mohamed
Sumber : http://www.natrahmohamed.com/2014/09/ulasan-kelas-asas-blog-abdr.html

Bagaimana saya mengenali ABDR ini?

Eh, ABDR apa?

Akademi Berkerja Dari Rumah.

Di asaskan oleh Pengetuanya iaitu Puan Masayu Ahmad.

Sebenarnya saya sudah lama terfollow Puan Masayu ini. Rasanya sejak 2008 lagi. Sejak saya kenal beberapa rakan blogger. Saya jumpa link ke blog Puan Masayu iaitu, Naufalsayang.blogspot.com. Masa itu, saya suka membaca blog-blog. Blog Puan Masayu adalah blog yang saya follow dan letakkan link di blog saya. Hanya beberapa blog saja saya letakkan link mereka. Mereka semua saya kenal di alam nyata. Tapi Puan Masayu saya tidak kenal di alam nyata. Apa yang menarik sangat untuk saya follow blog beliau? Kerana beliau menulis dan update hampir setiap hari. Kerana beliau sedang memperjuangkan berkerja dari rumah.

Tahun 2010, saya melahirkan anak sulung. Rasanya Puan Masayu juga bersalin tahun yang sama. Satu-satunya anak perempuannya. Beliau berpindah ke Kelantan dan mula mempromosi Akademi Berkerja Dari Rumah. Saya waktu itu, berbelah bahagi dan tidak yakin. Hanya mengikuti secara jauh. Setiap hari Puan Masayu update perkembangan kelasnya di FB. Saya masih hanya pembaca dan penglike setia. Cita-cita kecil saya mahu menulis, tapi tak tahu apa yang mahu ditulis, jadi saya mengikuti penulis-penulis secara dekat tetapi senyap. Blog yang entah ke berapa saya buat: 
JurnalNM dibuat bagi memenuhi impian menulis itu. Saya namakan JurnalNM kerana saya tahu ia bakal dipenuhi dengan pelbagai maklumat dan entry yang bercampur aduk. Entry awal saya dalam blog ini adalah cerpen yang sangat pendek. Hehehe.

2 tahun saya tinggalkan blog itu, akhirnya saya kembali buka dan update. Sejak saya menyertai Shaklee. Saya mula menulis dan berkongsi tentang Shaklee. Tapi, tidak konsisten. Saya upah kawan baik saya yang kretif untuk tolong hiaskan.Boleh jenguk blog Nabilah Ahmad iaitu 
Tautan Hati Nabilah Hasyim untuk menilai betapa rajin dan kreatifnya dia. Sebotol ESP upah yang saya tawarkan.

Saya perlu mencari kekuatan dan sokongan untuk terus update blog. Jika tidak, ia bakal menjadi tukun tiruan. Setiap hari, di newsfeed FB saya sering melintas status Puan 
Anys Idayu Zakaria yang bercerita tentang ABDR. Akhirnya saya ambil keputusan bertanya lanjut. Dengan penuh sopan santun, lemah gemalai saya PM Puan Anys :)


Perbualan pertama dengan Puan Anys
 
Chatting di inbox dengan Puan Anys.
Saya tak kenal Puan Anys sebenarnya. Tapi kerana statusnya sering melintas di newsfeed, akhirnya menarik saya menyertai ABDR. Tapi, sebelum menyertai, saya ambil masa yang lama. Kerana, saya perlu buka blog baru dan tinggalkan blog lama. Walaupun Puan Anys nasihatkan saya gunakan kedua-dua blog, namun saya tahu, tak kan ku mampu menjaga kedua-duanya serentak.
Akhirnya saya sertai ABDR dan mula mengikut tutorial yang diberi. Buat blog dengan nama sendiri sebagai url blog, update blog setiap hari, letak pop up FB fanpage, letak gambar ABDR.  Kenapa nama sendiri? Kerana ia membantu penjenamaan. Syok juga letak nama sendiri. Hihi..
Semakin hari saya mula yakin untuk menulis kerana tahu fokus. Saya hanya perlu update dan buat entry tentang Panduan Penjagaan Anak di Rumah. Ia tajuk blog saya. Selang seli dengan entry produk Shaklee serta aktiviti berkaitannya. Kadang-kadang berlari-lari anak juga dari fokus tajuk. Tapi saya usahakan cukup 44 entry untuk graduasi dari kelas ini. 
Alhamdulillah, setiap entry saya di blog, Puan Anys kongsikan kembali di FB. Dengan cara itu, pengunjung ke blog saya makin bertambah dari hari ke hari. Suka tau ! Jika blog dulu, agak lambat untuk naikkan jumlah pelawat. Sekarang dengan bantuan Puan Anys serta sahabat-sahabat dalam ADBR yang sama-sama bertukar link di blog masing-masing, ia menjadi cepat dan mudah. Tapi, kena rajin update entry la kan?
Pelajar perlu siapkan 44 entry untuk layak masuk ke group alumni ABDR. (44 entry ye. Bukan 44 hari berpantang !) Genap 44 entry sudah lama. Syarat terakhir, saya perlu menulis ulasan tentang kelas  ABDR ini. Sebab itulah, saya bersengkang mata menyiapkan ulasan ini.

Ok, itu saja ulasan saya.

Ayat terakhir yang mahu diberitahu, tak menyesal sertai ABDR !

Selamat berjaya geng ABDR semua.

Natrah aka Mama Nasih
---------------------------------------------------------------------------------------------


Daftar dan jadi salah seorang RAKAN NIAGA/PENGURUS ONLINE di 
Akademi Bekerja di Rumah (ABDR)

Apa yang kalian dapat jika menjadi Rakan Niaga:
=> belajar gunakan blog untuk jana pendapatan
=> dapat free kelas akaun
=> bonus 4 ebook
=> produk hanya atas talian
=> tak perlu simpan stok
=> tak perlu urus stok
=> tiada modal berkali-kali. Hanya sekali yuran akademi rakan niaga
=> produk umum dan permintaan sepanjang tahun
=> hanya perlukan kesungguhan, fokus, konsisten.

Sangat sesuai untuk
- suri rumah yang ada komitmen menjaga anak kecil di rumah
- suri rumah yang bekerja tetapi ingin mencari pendapatan tambahan
- kalian yang malas nak keluar untuk menghantar produk ke pejabat pos


Sebarang pertanyaan dan kemusykilan hubungi saya, Suhaila Rahim melalui:
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim



Thursday 11 September 2014

Intan Liyana: - Tips anak mudah hafaz Al Quran

Sumber: http://intanilyana.blogspot.com/
Kelas Asas Blog Dan Penulisan.
Guru Online: Mie Normi

-Tanamkan hasrat dari janin-
1 : KEAZAMAN
Seawal-awal kandungan lagi ibu dan ayah perlu mempunyai keazaman untuk mendidik anak mereka menghafaz Al-Quran. Keazaman ataupun niat penting di dalam satu-satu perkara. Ianya adalah tindakan awal bagi memastikan kesinambungan gerak kerja seterusnya.
Hadis daripada Rasulullah S.A.W : Sesungguhnya setiap amalan itu dimulai atau disertai dengan niat dan sesungguhnya keatas setiap seseorang itu ( dibalas ) berdasarkan niat mereka.
Bagaimanakah niat atau keazaman itu dipraktikkan? Mari kita cari iktibar atau panduan yang telah dipraktikkan oleh ibu Maryam Al Muqaddasah. Ketika di dalam kandungan lagi, Maryam Al Muqaddasah telah dinazarkan oleh ibunya. Beliau bernazar akan menyerahkan Maryam supaya berkhidmat dan menjadi ahli ibadah di Baitul Maqdis. Hayati lantunan ini :
(Ingatlah), ketika isteri ‘Imran berkata: “Ya Tuhanku, sesungguhnya aku menazarkan kepada Engkau anak yang dalam kandunganku menjadi hamba yang saleh dan berkhidmat (di Baitul Maqdis). Karena itu terimalah (nazar) itu dari padaku. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”. (3:35)
Allah telah menerima nazarnya lalu memerintahkan Nabi Zakaria sebagai penjaga Maryam, lalu menurunkan ayat :
Maka Tuhannya menerimanya (sebagai nazar) dengan penerimaan yang baik, dan mendidiknya dengan pendidikan yang baik dan Allah menjadikan Zakariya pemeliharanya. (3:37).
Keazaman ibu Maryam sudah lama tersemat di dalam hatinya untuk menjadikan Maryam sebagai seorang yang mengabdikan diri untuk Allah taala. Lantaran itu terkeluarlah nazar dari mulutnya yang menunjukkan keazaman yang kuat.
2 : DOA
Doa khasnya untuk anak yang berada di dalam kandungan. Doa yang istiqamah dari ibu ayah melambangkan kesungguhan mereka dalam mendidik mereka. Allah juga telah menukilkan keistimewaan doa di dalam Surah Al Baqarah:
Mintalah kepadaKu, sesungguhnya aku akan menjawab/mengabulkan permintaanmu.
Berdoalah dengan suara yang kuat dan berulang-ulang kali, supaya dia yang kecil di dalam rahim dapat mendengar doa ibu dan ayahnya sehinggalah sikap ini dikatakan boleh menjadikan mind setting bayi anda.
3 : KENALKAN DENGAN AYAT-AYAT AL QURAN
Selalu membaca Al Quran dan dalam masa yang sama kita dapat memperdengarkan dan memperkenalkan bayi dalam kandungan dengan ayat-ayat suci Al Quran. Sentiasa istiqamah membaca Al Quran, sekurang-kurangnya satu muka selepas solat.
Sesetengah ulama' ada menyusun surah-surah yang patut dilazimi ketika mengandung. Antara penyusunan surah-surah yang mudah ketika mengandung adalah seperti berikut :
1.Surah Yusuff
2.Surah Luqman
3.Surah Maryam
4.Surah At Taubah
Tetapi lebih elok kita sebagai ibu dan ayah dapat mengkhatamkan bacaan Al Quran ketika mengandung. Faedahnya sangat banyak dan mendatangkan pahala.
4 : SAMPAIKAN HASRAT DENGAN BERKOMUNIKASI
Alangkah bahagianya pasangan ayah dan ibu ketika berkomunikasi dengan bayi di alam rahim. Mana tidaknya, setiap kata-kata pasti akan disusuli dengan respon yang mengujakan. Lebih-lebih lagi bacaan ayat Al Quran dan kata-kata positif, pasti akan disusuli dengan respon atau 'tendangan' yang menakjubkan.

Mustahak bagi pasangan ayah dan ibu menyampaikan hasrat mereka terhadap anak yang dikandung dengan cara berkomunikasi. Sentiasa bercakap, berpesan dan bercerita tentang hasrat murni ibu dan ayah ingin menjadikan anak mereka penghafaz Al Quran. Tindakan ini akan menjadikan anak anda menerima info ke mindanya dan bersedia dengan hasrat ibu dan ayahnya sebaik dilahirkan.
----------------------------------
---------------------------------------------------

Pengurus Online Akademi
·   Mula bekerja di rumah sebagai Pengurus Online Akademi. Sangat mudah dan senang kerana hanya atas talian. Yang bestnya walaupun cik posmen bercuti, kita masih boleh berurusniaga, kerana semua produk atas talian, selagi ada internet  Sangat sesuai untuk mulakan sekarang, bila sibuk nak raya orang tak pakat pos barang dah, semua mesti ramai online sahaja. 
Bagi kalian yang mahu mula bekerja hanya dari rumah, boleh mendaftar sebagai pengurus online ABDR
* Hanya daftar dengan yuran RM 300 - sekali bayar untuk yuran pendaftaran pengurus online akademi
* Dapat Bonus 5 ebook (ebook belajar asas blog - ebook rujukan utama membina blog, ebook super wahm supermom perkongsian kisah sebenar wahm yang mula bekerja dari rumah, ebook panduan mula bisnes butik - panduan untuk membuka butik, dan ebook 101 idea home based bisnes cari idea untuk memulakan bisnes secara online dan panduan sebelum memulakan dan ebook gaya bisnes siti khadijah yg akan terbit pada 30hb).
* Bonus 2 tahun beriklan di soho directory
* Dapat belajar membina blog dalam kelas blog bisnes. Belajar hasilkan blog rakan niaga
* Blog tersebut boleh digunakan untuk produk sendiri juga.
Setelah mendaftar dan menghasilkan blog, kalian akan dibimbing bagaimana untuk mula mempromosi produk akademi - iaitu produk digital ebook, pakej sewaan iklan, dan kelas online/ bengkel anjuran akademi bekerja dirumah. Mula belajar promosi produk ini melalui blog dan facebook. Komisen akan dibayar secara terus kepada kalian, melalui pendaftaran pelajar ke kelas online/bengkel, atau belian ebook atau tempahan iklan.
Ini bukan omongan kosong, kerana pasukan pengurus online akademi sudah beroleh hasil seperti ini. Tapi ada syarat utama,
1) ikut apa yang telah diajar,
2) mula praktik,
3) mula promosi, dan
4) yang lebih penting berserah pada Allah swt atas semua daya usaha yang telah dilakukan.
Jika sudah sedia, boleh PM untuk bermula

SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim---

Wednesday 10 September 2014

Cuti minggu dikampung

Teks: Suhaila Rahim


Bismillah. Hampir seminggu tidak bersiaran. Cuti minggu kali ini dihabiskan dikampung membantu mak menguruskan Majlis Aqiqah tiga orang anak saudara yang baru lahir. Cucu-cucu baru mak kali ini semuanya lelaki, dan yang paling seronok dapat sepasang kembar. Alhamdulillah. Tiga ekor kambing sudah selamat diaqiqahkan. Dari kari kambing ke kambing salai semuanya habis. Ramai juga tetamu yang datang meraikan majlis yang bermakna ini. Syukur semua berjalan seperti yang dirancang. Alhamdulillah. 



Moga Baby Rayyan, Baby Rayqal dan Baby Nazmi Hadi menjadi anak-anak soleh. Amiin.

---------------------------

MANFAATKAN IDEA, KEPAKARAN, MINAT DAN HOBI MELALUI BLOG
1. Untuk penulisan di bidang dan kepakaran masing-masing
setiap hari membaca dan membaca dan membaca. Kalau baca saja boleh jadi tepu, lepas baca 10 bahan bacaan, tuliskan kesimpulannya dalam bentuk penulisan
2. Untuk catatan harian
Menulis dengan niat untuk berkongsi. Elakkan luahan perasaan negatif. Sentiasa tulis sesuatu yang positif. Sentiasa terapkan aura positif pada yang membaca. Cuba bayangkan jika kalian tulis yang negatif? Apa yang akan terjadi kepada yang membaca?
3. Untuk penulisan pengalaman
Tulis dengan penuh bermakna. Menulis seolah membantu (guide) orang lain untuk dapatkan pengalaman yang sama. Jika ia pengalaman yang tidak baik, kongsikan kesan di sebalik pengalaman dan cara mengelakkannya agar orang lain dapat mengelakkannya
Yang penting, setiap penulisan, jangan disia-siakan, jadikan ia boleh memberikan manfaat pada orang lain. Jika zaman dahulu setiap orang menulis berpuluh dan beratus buku sepanjang hayatnya, zaman sekarang hanya perlu menaip di stataus FB mahupun Blog saja.
Tidak perlu tunggu kita jadi orang sempurna baru mula untuk menulis. Tulislah sepotong ayat sekalipun, tuliskan di tempat yang boleh di baca. Bukan sekadar simpan di minda atau di hati, kelak ia akan lenyap ikut kita pergi sekali. Jadikan menulis itu sebagai ibadah.
Setiap orang memiliki keunikan, kemahiran dan kepakaran yang berbeza-beza. Jangan fikir apa yang kita tulis dan apa yang kita tahu itu semua orang sudah mengetahuinya. Apa yang kita kongsikan melalui tulisan mungkin dapat membantu orang lain untuk menambah nilai dalam kehidupan mereka, dapat membantu menyelesai masalah mereka.

Berminat untuk mula menulis di blog?

Sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah(ABDR)
Pm saya untuk pendaftaran.
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim

Thursday 4 September 2014

Norliza Tomiran - Ulasan Ebook Super WAHM Super MOM

Teks: Norliza Tomiran
Sumber: http://pnnorlizatomiran.blogspot.com/2014/08/ebook-super-wahm-super-mom.html

Assalammualaikum

Harga RM25

  Alhamdulillah..kini saya selesai membaca ebook ini. Ebook yang membuat saya terfikir tentang `SUPER`.Adakah  perkataan `SUPER` ini boleh membuat kita jadi `Super Woman`. Cuba menjadi bijak menguruskan masa, keluarga dan diri. YA!!..EBOOK INI
 MEMBERI PANDUAN DAN KITA MENGURUSKAN

  Ebook ini amat-amat sesuai bagi surirumah mahupun wanita yang bekerjaya. Ibarat untuk orang yang sibuk khususnya wanita. Ebook ini banyak memberi panduan tentang pengurusan masa, tenaga,motivasi serta nilai-nilai murni melalui perkongsian berpengalaman. Adakah seronok berkerja di rumah??.. Ebook ini ada jawapannya.

  Ebook ini membuka jalan pada saya dalam menguruskan masa. Ini kerana saya berhenti kerja selepas melahirkan anak pertama saya. Di susuli anak ke 2 selepas setahun. Saya mempunyai minat menjahit. Alhamdulillah, saya dapat berguru. Tetapi bab pengurusan masa adalah masalah utamasaya. Alhamdulillah, kini saya ada panduan itu.

  Saya juga mempunyai masalah tenaga. Bila dah penat, saya akan stress. Bila banyak yang saya hilang terutama minat serta matlamat saya. Badan penat, hendak menjahit jadi malas, maka matlamat hilang..rugi bukan??. Ebook ini memberi saya cara merawat stress saya. Motivasi serta nilai-nilai positif juga memberi saya semangat.

  Saya suka membaca kisah Puan M dalam ebook ini. Berhenti kerja di saat-saat ekonomi keluarga tidak kukuh serta tahap  kesihatan yang merosot. Tetapi berkat usaha, ikhtiar, doa serta tawakal kini dia telah pun berjaya. Malah urusannya hanya di rumah. Tidak percaya bukan??. Begitu juga saya. Tetapi bila pengalaman yang di kongsikan, ia memberi suntikan baru kepada saya. Malah pengalaman orang lain juga dapat membuka jalan kepada kita.

    Dahulu saya hanya tahu `full housewife`. Kini ebook ini membuka minda saya lebih dari `full housewife`, Ebook yang menerangkan dengan lebih lanjut serta mendalam tentang:

  • WAHM (Work At Home Mom)
  • SOHO (Small Office Home Office)
  • SAHM (Study At Home Mom)
  •  SAHM (Stay At Home Mom)
  Ebook ini memberi panduan pada saya bagaimana menjana pendapatan melalui minat serta dari rumah. Yang pasti belajarlah dengan yang Pakar. Pakar bermaksud mahir serta berpengalaman dengan minat saya. Malah kita perlu sedia menerima kritikan serta positifkan diri. Ebook yang mengajar serta mendapat hasil dari BEKERJA DENGAN JIWA DAN SEPENUH JIWA.

  Jadi, kini tiada istilah duduk rumah tidak boleh dapat duit..bukan?? Malah surirumah seperti saya juga boleh membantu meningkatkan ekonomi keluarga. Yang penting ada panduan, rangka strategi  serta mengurusan masa.

    Dalam  EBOOK SUPER WAHM SUPER MOM telah panduan dengan syarat asal kita tidak kedekut masa serta malas membaca. Membaca jambatan ilmu. Semoga Ebook ini dapat membantu anda juga.

Kandungan  Ebook Super Wahm Super Mom

Bab 1: Apa itu wahm, sahm, soho

Bab 2; Mengambil keputusan bekerja dari rumah 
2.1 Sudah tidak ada hati bekerja
2.2 Persediaan asas
2.3 Langkah bijak Aida Fadzlin sebelum berhenti kerja
2.4 Puan M berkongsi dilema

Bab 3: Kisah Inspirasi Wahm, Soho 

3.1 Norhanita Bahrom. Gobok Boutique
3.2 Fauziah Ahmad,
3.3 Farah Hafizah
3.4 Norazizah Ruslan-Business & health advisor
3.5 Lyna Noh - Malaysian Mums Biz Network
3.6 Faziatun Nisa Chocville Online Choc Boutique
3.7 Durra Mohamed Jamri
3.8 Hani Arziana-SoHoIBU
3.9 Noor Hidawati
3.10 Harlinda Halim-Malaysian Work-At-Home-Mom Community
3.11 Nadzura Sabry

Bab 4: Cabaran bekerja dari rumah dan solusi 

 4.1 Bekerja di rumah tanpa pembantu
4.2 Urus stres dengan super gembira
4.3 Cabaran bekerja dengan anak kecil
4.3 Norhafizah Madzlan-cabaran mengurus enam anak
4.4 Zaila, berkorban kerjaya demi keluarga
4.5 Norain Kanafi

Bab 5: Tips sukses urus masa

  5.1 Pengurusan masa untuk wanita
5.2 Ibu super sibuk, tips terapi diri
5.3 Urus masa keluarga
5.3 Sibuk yang fleksibel

Bab 6 : Tips urus tenaga super mama 

 6.1 Tenangkan diri, jangan stress, stres!
6.2 Fokus kepada matlamat
6.3 Rawat dan rehat

Bab 7: Tips urus rumah tangga 

7.1 Mengawal semangat yang teruk
7.2 Perlukah pembantu rumah?
7.2 Cari kelainan untuk segarkan urusan rumahtangga
7.3 Kelaziman surirumah yang menyeronokkan

Bab 8: Tips motivasi surirumah terhebat 

 8.1 Setiap orang ada satu kisah
8.2 Bekerja dengan jiwa
8.3 Mengekalkan momentum motivasi
8.4 Kisah teladan sepanjang zaman


Tempah ebook di sini: http://gedung-ebook-anda.blogspot.com/p/borang-tempahan.html

SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim

Tuesday 2 September 2014

Salam September

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google




Alhamdulillah, sudah menjejaki bulan September. Baru melepasi hari minggu yang sibuk. Tiga hari bercuti panjang dengan anak-anak sahaja. Suami perlu bekerja dihari cuti. Kali ini urusan menghantar barang kepada pelanggan dan mengepos barang perlu dilakukan sendiri. tentunya bila keluar masuk rumah dengan pelabagai urusan memerlukan persiapan fizikal dan mental diri dan anak-anak juga. Yang nyata, walaupun hanya menghantar barang ke lokasi yang hanya berjarak  lima minit dengan menaikki kereta. Tetapi bila bergerak dengan anak-anak kecil kena standby setengah jam sebelum waktunya. :)

Pagi ini bersantai dengan Amnah diruang tamu sambil makan biskut cicah dengan kopi panas. Seperti biasa, biskut sudah bersepah dan air kopi sudah melekit dilantai. Habiskan dulu makan ya, nanti sambung kerja-kerja pembersihan. Lumrahkan, bila ada anak kecil. :)

Tenangkan pagi ini sebelum kalut lagi tengahari nanti bila Aqil dah balik sekolah. Petang nanti mahu menyambung tugas mengepos barang setelah dua hari cuti merdeka. Alhamdulillah.

Apapun cuba baca Ebook SUPER WAHM SUPER MOM




Enam cara mudah urus masa dan tenaga surirumah boleh juga untuk suri bekerja luar rumah.
1. Apa cara sekalipun utamakan dalam urus emosi. Jaga emosi dan urus emosi. Walau apa pun keadaan, emosi yang baik membantu kita untuk fokus dan menguasai urusan seharian dengan baik.
2. Emosi kacau, kita mudah lapar, mudah marah, mudah sentap, mudah itu dan ini.
3. Tepati masa 'temujanji dengan Tuan empunya rezeki' fokus betul-betul, insya-allah emosi kita sangat baik untuk setiap permulaan hari. Jaga temujanji ini lima kali sehari, macam tak sabar nak jumpa buah hati. (ingatan untuk saya sendiri)
4. Belajar untuk buat senarai malam hari, tanam azam mahu selesaikan apa cara sekalipun. Lihat kesan penghujung hari apabila kita selesai semua yang kita senarai.
5. Jumpa anak peluk mereka erat-erat. Merekan ahli syurga, tak ada dosa, yang berdosa kita, suka dan cepat sangat mahu marah apabila anak-anak mula tunjuk skil agar ibu cepat jadi 'hulk'. Sebelum mentol hulk menyala merah bertukau hijau, cepat-cepat peluk dan sembang.
6. Jika ada bayi kecil, lagilah seronok, cium anak, sayang anak, ia terapi semulajadi Allah kirimkan, agar kita tenang-tenang sahaja buk!

Baca lagi dalam EBOOK SUPERWAHM SUPER MOM

Tempahan di sini: http://gedung-ebook-anda.blogspot.com/p/borang-tempahan.html