Foto: Carian Google
Alhamdulillah, sudah menjejaki bulan September. Baru melepasi hari minggu yang sibuk. Tiga hari bercuti panjang dengan anak-anak sahaja. Suami perlu bekerja dihari cuti. Kali ini urusan menghantar barang kepada pelanggan dan mengepos barang perlu dilakukan sendiri. tentunya bila keluar masuk rumah dengan pelabagai urusan memerlukan persiapan fizikal dan mental diri dan anak-anak juga. Yang nyata, walaupun hanya menghantar barang ke lokasi yang hanya berjarak lima minit dengan menaikki kereta. Tetapi bila bergerak dengan anak-anak kecil kena standby setengah jam sebelum waktunya. :)
Pagi ini bersantai dengan Amnah diruang tamu sambil makan biskut cicah dengan kopi panas. Seperti biasa, biskut sudah bersepah dan air kopi sudah melekit dilantai. Habiskan dulu makan ya, nanti sambung kerja-kerja pembersihan. Lumrahkan, bila ada anak kecil. :)
Tenangkan pagi ini sebelum kalut lagi tengahari nanti bila Aqil dah balik sekolah. Petang nanti mahu menyambung tugas mengepos barang setelah dua hari cuti merdeka. Alhamdulillah.
Apapun cuba baca Ebook SUPER WAHM SUPER MOM
Enam cara mudah urus masa dan tenaga surirumah boleh
juga untuk suri bekerja luar rumah.
1. Apa cara sekalipun utamakan dalam urus emosi. Jaga emosi dan urus emosi. Walau apa pun keadaan, emosi yang baik membantu kita untuk fokus dan menguasai urusan seharian dengan baik.
2. Emosi kacau, kita mudah lapar, mudah marah, mudah sentap, mudah itu dan ini.
3. Tepati masa 'temujanji dengan Tuan empunya rezeki' fokus betul-betul, insya-allah emosi kita sangat baik untuk setiap permulaan hari. Jaga temujanji ini lima kali sehari, macam tak sabar nak jumpa buah hati. (ingatan untuk saya sendiri)
4. Belajar untuk buat senarai malam hari, tanam azam mahu selesaikan apa cara sekalipun. Lihat kesan penghujung hari apabila kita selesai semua yang kita senarai.
5. Jumpa anak peluk mereka erat-erat. Merekan ahli syurga, tak ada dosa, yang berdosa kita, suka dan cepat sangat mahu marah apabila anak-anak mula tunjuk skil agar ibu cepat jadi 'hulk'. Sebelum mentol hulk menyala merah bertukau hijau, cepat-cepat peluk dan sembang.
6. Jika ada bayi kecil, lagilah seronok, cium anak, sayang anak, ia terapi semulajadi Allah kirimkan, agar kita tenang-tenang sahaja buk!
Baca lagi dalam EBOOK SUPERWAHM SUPER MOM

Tempahan di sini: http://gedung-ebook-anda.blogspot.com/p/borang-tempahan.html
No comments:
Post a Comment