='description'/>

Friday 18 September 2015

Leeya Mokhtar - Ulasan Kelas Asas Blog dan Fanpage

Nama pelajar : Pn. Leeya Mokhtar
Guru Online : Pn Zaila Mohamad
Sumber : http://norliaamatmohtar.blogspot.com/2015/05/bisnes-bakeri-di-rumah-testimoni-kelas.html


Teks : Norlia Amat Mohtar
Gambar : Sumber google


Assalamualaikum

Diam tak diam sudah tiga dekad lebih usia ini. Pejam celik pejam celik rupa-rupanya sudah tujuh bulan saya menjadi working at home mom (WAHM). Banyak suka, duka, tangis dan tawa yang ditempuhi sepanjang tempoh ini. Menguruskan anak-anak sambil bekerja memang bukan sesuatu yang mudah tetapi ini jalan yang saya pilih demi untuk membesarkan anak-anak tanpa jagaan orang lain.

Menyingkap kenangan apabila saya buat pertama kali menyatakan hasrat untuk berhenti kerja kepada teman sepejabat, pelbagai respon yang diterima. Rakan-rakan rapat menggalakkan tetapi bagi mereka yang agak berumur mengkritik hebat keputusan yang saya buat. Ada yang kata saya tidak fikir panjang, buat keputusan terburu-buru, mana boleh berniaga dengan anak-anak kecil dan tidak kurang juga yang melaga-lagakan saya. Bagi mereka tiada istilah ibu bekerja dari rumah. Saya pula pada masa itu, hanya senyum dan pergi. Tidak mahu memanjangkan atau bertengkar dengan mereka. Biarkan sahaja. Itu pandangan mereka. 

Mulai dari saat itu saya berusaha untuk memajukan diri sendiri. Saya ada terfikir berkemungkinan ada komuniti bagi WAHM ini tetapi langsung tidak tergerak hati untuk mencari di internet sehinggalah saya terbaca satu artikel yang di tulis oleh salah seorang ahli WAHM atau lebih dikenali sebagai Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Tertarik dengan perkongsian artikel tersebut saya terus mencari artikel-artikel berkaitan dengan ABDR dan cara untuk mendaftar sebagai ahli. Di situlah titik mula saya bersama ABDR. Saya kemudian diperkenalkan dengan Cikgu Zaila Mohamad bagi penulisan blog dan fanpage. Di bawah bimbingan guru online saya diajar untuk membina blog yang berpengaruh, menggunakan bahasa yang betul dan menulis dari hati. Saya juga diajar untuk membina fanpage untuk beriklan dan berniaga.

Bagi saya membina sebuah blog adalah mudah, tetapi untuk menjadikan blog tersebut berpengaruh itu yang sukar. Di dalam kelas ini juga saya banyak diberi tips-tips yang mudah dan seterusnya membantu saya menulis dan berkongsi ilmu dengan orang lain. Sering kali kami diingatkan, niat untuk menulis bukan untuk menunjuk-nunjuk atau syok sendiri. Menulis kerana ilmu dan dapat dikongsikan bersama. Banyak sebenarnya yang saya dapat pelajari daripada yuran yang tidak seberapa ini. Sangat berbaloi. Pelajar diwajibkan untuk menulis sebanyak 44 entri di dalam blog sebagai tugasan. Ada rahsia di sebalik 44 entri ini, supaya enjin carian senang mengesan blog kita. Tetapi bukan hanya 44 entri sahaja, lagi banyak kita menulis lagi tinggi kedudukan blog kita di enjin carian. Kan seronok bila orang google sahaja berjela-jela nama blog kita keluar. Itulah fungsi asas 44 entri tersebut.

 

Bagi saya guru-guru yang mengajar sangat komited, tidak lokek ilmu dan bersedia membantu. Ini kerana apabila belajar dalam talian masa pelajar membuat tugasan adalah sangat tidak menentu. Acap kali guru online memberitahu penjenamaan diri amat penting dalam bisnes yang berpaksikan alam maya ini. Kita mungkin tidak kenal siapa pelanggan dan dari mana mereka datang, jadi jika kita menggunakan penjenamaan diri kita sendiri dengan mudah pelanggan akan megingati kita berdasarkan perkongsian di dalam blog. Jadikan setiap entri yang kita kongsikan sebagai kad bisnes dengan meninggalkan nombor untuk dihubungi. Perkara sebegini jika saya tidak menjadi ahli ABDR memang saya tidak akan ambil pusing. Padahal inilah cara yang sebenar berbisnes dengan menggunakan blog. 

Secara keseluruhannya, saya sangat berterima kasih kepada pengasas ABDR, Pn. Masayu Ahmad kerana telah mengasaskan Akademi Bekerja Dari Rumah. Komuniti ini benar-benar sangat membantu suri-suri yang mahu menjadi WAHM yang mungkin mereka tidak tahu mahu bermula dari mana. Segala perkongsian dapat membantu insan yang baru bertatih sebagai WAHM seperti saya. Saya juga berharap lebih ramai ibu-ibu diluar sana untuk bekerja dari rumah dan mendidik sendiri anak-anak, memandangkan semakin ramai muda-mudi terjebak dengan pelbagai gejala yang tidak sihat. Didikan sepatutnya bermula dari rumah dan kita tidak boleh mengharap kepada guru-guru untuk mengajar anak-anak kita semata. Marilah kita sama-sama membina masa hadapan.

Jika anda berhajat untuk turut serta dan belajar bagaimana untuk membina blog dan fanpage berpengaruh bolehlah bergabung dengan kami. Disamping dapat menjadi ahli ABDR yang akan menyokong diantara satu sama lain bagi WHAM. Di sini kami akan berkongsi cerita dan pengalaman untuk menjadi panduan kepada yang lain. Jika mahu berniaga tetapi tidak tahu dimana mahu bermula, pilihlah untuk bersama kami. Terdapat beberapa pakej kelas asas blog yang boleh dipilih mengikut keselesaan. Boleh terus berhubung dengan saya berkaitan pakej yang ditawarkan.
--------------------------------------------



10 ciri blog berpengaruh :
1. Boleh mesra pembaca, tidak ada gajet atau bling-bling yang over
2. Sentiasa ada entri baru dan segar
3. Entri penyelesai masalah
4. Penulisan santai dan bersahaja namun punya banyak kisah pengajaran
5. Blog yang menjadikan pembaca ketagih datang dan datang lagi
6. Blog yang menjadi rujukan khusus
7. Blog yang berinformasi, bebas memberi pandangan penuh etika
8. Blog yang menjaga tatabahasa asas, penulisan Bahasa Melayu formal, walaupun santai asas ini dijaga
9. Blog yang boleh dipindahkan menjadi wang
10. Blog yang berjaya menukar pelanggan daripada pembaca kepada pelanggan
.
Kami menawarkan dua kelas online di bawah, kelas popular sepanjang 2014 :
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fan page khusus untuk bisnes
.
Bagi yang mahu daftar boleh terus hubungi saya   

Jika berminat hubungi saya:

Emel: suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim

Tuesday 15 September 2015

Bila sekolah bercuti tiba-tiba

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google

Assalamualaikum,

Awal pagi ini sudah kedengaran suara anak-anak bermain di depan rumah. Kalau hari cuti sekolah biasanya sesi bermain waktu petang. sebab sudah diketahui hari cuti.

Tetapi hari ini, rata-rata ibubapa dapat makluman agak lewat sekolah di Selangor dicutikan. Pihak sekolah dah maklumkan lewat malam semalam rupanya. Cuma saya belum sempat membaca mesej sehinggalah dimaklumkan jiran sewaktu menemankan Aqil menunggu van sekolah sekolah.

Anak-anak yang bersiap masuk ke rumah semula menukar baju untuk meneruskan agenda bermain.

Jadual mak? Hari ini ubahsuai sikit jadual.

-jangkakan kelewatan memasak
-tak boleh keluar pos barang pagi, keluar petang
-persediaan minum petang lebih awal
-kerja WAHM mungkin tertangguh 

Apapun kena istighfar lebih lagi hari ni :)




-------------------------------------------------------------

Di antara kesalahan yang biasa dilakukan oleh pemula WAHM
-tidak ada rekod
-tidak tahu aliran kewangan
-tidak pandai jejak sumber
-tidak tahu menyimpan rekod

Kelas Akaun ABDR kembali lagi untuk bulan September.
.
1. KELAS AKAUN SECARA ONLINE
Tarikh: 20 September 2015, Ahad
Masa: 9.30pg - 12.30tgh
Modul 1: Basic book keeping.
Bagaimana merekod buku simpan kira?
Modul 2: Pengenalan kepada asas perniagaan dan fungsinya.
-Mengenal dan belajar kepentingan dokumen.
- Invois, cash, bil, resit, purchase order
.
2. GROUP COACHING (Min 6-10 peserta)
Tarikh: 19 September 2015, Sabtu
Masa: 9.15am-4pm
Lokasi: Putrajaya.
Modul
1. Pengenalan Buku Kira-kira and Perakaunan
2. 10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh usahawan
3. How to do record keeping yang betul (Lejar, untung, rugi dan balance sheet)
4. Pengenalan kepada Asas Kos dan Meletakkan Harga pada satu-satu produk.
5. Akaun untung atau Rugi. Syarikat anda UNTUNG atau RUGI????
6. Case Study (Merangkumi penyediaan akaun penuh) - hands on task.
.
3. GROUP COACHING (kumpulan kecil 4-6 peserta)
16 September 2015, Rabu (Public Holiday)
Masa: 9.30pg - 2.00pm
Sijil dan Refreshment Disediakan
Lokasi: Bandar Tun Hussein Onn, Cheras
(Boleh datang melalui Mines, Serdang atau Lebuhraya Cheras-Kajang)
Untuk mendaftar boleh PM ke inbox @ Whatsapp 013.684.4409

Wednesday 2 September 2015

Nasriah Abdullah - Ulasan Kelas Blog Bisnes dan Penulisan

Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Masayu Ahmad
Ebook: Belajar Asas Blog, Masayu Ahmad
Guru ABDR: Anys Idayu Zakaria

Sumber: http://akademibekerjadirumah.blogspot.com/2015/08/berbaloi-dengan-yuran-kelas-abdr.html

Assalamualaikum...
Syukur alhamdulillah...selesai sudah 44 cabaran entri pertama semenjak sah bergelar warga ABDR. Sebenarnya entri ulasan ni boleh di masukkan sekali dalam cabaran 44 entri pertama. Namun saya memilih untuk jadikan ianya entri khas untuk ulasan ABDR selepas berjaya melaksanakan tugasan pertama.
Teringat kisah sewaktu mula membina blog. Tragis sungguh diri ini. Nampak sangat kurangnya ilmu teknologi baru. Walau pun pada ketika itu dunia blog sudah jauh glamour di kalangan anak-anak muda masa kini apatah lagi remaja sekolah. Dunia blog umpama dunia baru yang ingin di terokai. Sana sini maklumat membina blog diterokai melalui carian google. Pelbagai jenis maklumat di perolehi.  Yang sukar mahupun yang senang dan mudah di fahami.
Mula belajar dan berusaha membina blog hanya dengan bantuan 'uncle google'. Satu per satu step membina blog diikuti. Namun terhenti di bahagian 'java script'. Maklmumlah bila terserempak dengan gadget'HTML/JavaScript' mulalah mata berpinar, otak jadi blur sebab tak reti dan tak faham apa sebenarnya yang di inginkan. Hendak bertanya tapi tak tahu pada siapa. Sudahnya mencari kenalan facebook yang mahir berblog. Niat hati ingin berguru dan menimba sedikit ilmu membina blog. Namun, tiada siapa yang ingin berkongsi ilmu dan menjadi pembimbing di kala memerlukan.

Semangat meneruskan perjuangan membina blog sendiri semakin pudar hanya kerana gagal bertemu seorang guru yang mempunyai sifat ingin membimbing dan berkongsi pengetahuan. Blog yang di bina atas namahttp://ummyadhwa.blogspot.com terkubur seketika dengan gadget yang tidak tersusun atur dengan kemas.

Semangat yang semakin pudar untuk mempunyai blog sendiri sering di sirami dan dihujani dengan kata-kata motivasi yang tak pernah putus dari upline Shaklee saya, PM Nur Laila Mukthar. Semangat itu kembali subur dan perasaan cemburu pada kawan-kawan seperjuangan yang mempunyai blog sendiri. Apatah lagi blog yang penuh dengan informasi yang diperlukan serta gadget yang cantik bergaya.

Perasaan cemburu pada mereka yang mempunyai blog yang mewah dengan informasi menjadikan diri ini bangkit  dan mempunyai azam baru untuk terus berusaha mempunyai satu blog yang di sukai ramai dan menjadi pilihan utama dalam carian google.

Bertemu dengan Pn. Anys Idayu Zakaria melalui carian google dan seterusnya menjadi kenalan facebook membuatkan diri ini terjebak secara langsung dalam keluarga besar ABDR. Syukur yang tak terkata nilainya atas tunjuk ajar dan perkongsian ilmu yang diberikan. Walau hanya belajar 100% melalui online tanpa pernah berjumpa secara bersemuka dengan guru online saya, Pn. Anys Idayu Zakaria, beliau umpama berada di depan mata. Kelas yang di adakan juga mengikut kesusuaian masa saya sebagai suri rumah sepenuh masa dan peniaga online tanpa rasa tertekan. Apatah lagi dalam menyempurnakan tugasan yang diberikan.

Digital E-book Kelas Asas Blog merupakan ebook pertama yang wajib di khatam sebelum memulakan kelas. Panduan dan analisa yang diberikan banyak membantu saya mendalami sedikit sebanyak dunia blog. Gadget-gadget penting yang perlu ada dalam blog bagi peniaga online seperti saya.

Jutaan terima kasih buat Puan Pengetua ABDR, Pn. Masayu Ahmad kerana memperkenalkan ebook ini yang sangat membantu dalam merialisasikan azam saya agar mempunyai blog atas nama sendiri. Seterusnya menjadikan saya sebagai salah seorang Pengurus Online Akademi Bekerja Di Rumah atau lebih mesra di kenali sebagai ABDR.

Alhamdulillah melalui penjenamaan diri yang saya praktikkan dalam kelas ini, hasilnya membuatkan saya sangat teruja apabila nama saya muncul dalam carian Google. Sebelum ini, memang langsung tak 'bertapak' atau 'terjejak' saya dalam carian ini. Wah! Gembiranya hati sehingga ingin dilaungkan satu dunia 'Aku dah pemes!', 'Uncle google dah kenal siapa aku!'.

Sungguh tak terkata gembiranya saya, pelaburan dalam membayar yuran penyertaan sebagai keluarga besar ABDR sangat berbaloi. Buktinya, belum pun sempat saya menghabiskan tugasan wajib 44 entri pertama, saya telah berjaya menerima prospek yang mengupah saya untuk mebuat 'FB Page' dan akan datang prospek yang sama mengupah saya untuk membuat blog. Sedangkan tidak pula pernah terlintas di hati untuk mengambil upah buat 'FB Page dan Blog'.
Zaman dunia IT semakin moden dan semakin canggih! Sesiapa pun boleh menggunakan aplikasi Google untuk belajar tentang apa-apa sahaja secara percuma. Namun, harus diingat bahawa setiap ilmu baru yang ingin dipelajari harus disertai dengan mentor/guru untuk membimbing kita. Jika tidak, kita mungkin tersasar dari matlamat sebenar.

Benarlah kata orang, tanpa ilmu pengetahuan, perkara yang senang akan jadi susah dan sukar untuk dilaksanakan. Kesukaran itu akan jadi batu penghalang untuk kita mengorak langkah ke hadapan. Penawar kesukaran itu hanya mampu di atasi jika kita mempunyai ilmu dan mentor. Carilah mentor yang ikhlas berkongsi ilmu pengetahuan dan mampu membimbing kita untuk menjadi yang lebih baik dari sekarang atau lebih baik dari mentor kita sendiri.
Senang sangat untuk menjana pendapatan secara online ni. Duduk rumah diam-diam tak payah sibuk keluar, kita ada produk fizikal dan juga digital, juga perkhidmatan kelas online dan offline. Semua ada SOP.

Bagi yang mahu mula bekerja hanya dari rumah, boleh mendaftar sebagai pengurus online di ABDR. Sangat sesuai mula dari sekarang, bila musim perayaan pos tutup kita masih boleh terus berjualan, kerana semuanya atas talian.

------------------------------------------

BLOG PERIBADI contoh: http://suhailarahim.blogspot.com/
Kenapa perlu ada blog peribadi ?
=> Untuk menulis dengan bebas
=> Penulisan yang menarik, menarik perhatian pembaca
=> Pembaca boleh diubah menjadi pelanggan
=>Kemudian wujudkan blog kedai
=> Pembaca/pelanggan yang setia akan yakin dan beli apa saja yang kita promote

BLOG OFFICIAL KEDAI contoh: 
http://kd-al-mujahid.blogspot.com/, 
http://kioskproduksunnah.blogspot.com/
=> Bagi mengasingkan hal peribadi dengan produk
=> Fokus kepada produk
=> Memperkenalkan produk, harga produk dan cara dapatkan produk
blog ini mungkin mati atau tidak ada pengunjung jika tiada penarik/penyebab untuk pembaca ke sini

Di kelas online blog, kami ajar bagaimana kalian menggunakan apa yang ada dalam diri sendiri, untuk mula menulis di blog, mula berkongsi kebaikan dan kelebihan produk atau manfaat yang akan diperolehi. Menulis dengan santai dan bersahaja, dari situ pembaca blog mula tertarik dengan apa yang kita tawarkan.

PM ke inbox saya untuk keterangan lanjut

SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim