Nama pelajar : Pn. Leeya Mokhtar
Guru Online : Pn Zaila Mohamad
Sumber : http://norliaamatmohtar.blogspot.com/2015/05/bisnes-bakeri-di-rumah-testimoni-kelas.html
Teks : Norlia Amat Mohtar
Gambar : Sumber google
Assalamualaikum
Guru Online : Pn Zaila Mohamad
Sumber : http://norliaamatmohtar.blogspot.com/2015/05/bisnes-bakeri-di-rumah-testimoni-kelas.html
Teks : Norlia Amat Mohtar
Gambar : Sumber google
Assalamualaikum
Diam tak diam sudah tiga dekad lebih usia ini. Pejam celik pejam
celik rupa-rupanya sudah tujuh bulan saya menjadi working at home
mom (WAHM). Banyak suka, duka, tangis dan tawa yang ditempuhi
sepanjang tempoh ini. Menguruskan anak-anak sambil bekerja memang bukan sesuatu
yang mudah tetapi ini jalan yang saya pilih demi untuk membesarkan anak-anak
tanpa jagaan orang lain.
Menyingkap kenangan apabila saya buat pertama kali menyatakan
hasrat untuk berhenti kerja kepada teman sepejabat, pelbagai respon yang
diterima. Rakan-rakan rapat menggalakkan tetapi bagi mereka yang agak berumur
mengkritik hebat keputusan yang saya buat. Ada yang kata saya tidak fikir
panjang, buat keputusan terburu-buru, mana boleh berniaga dengan anak-anak
kecil dan tidak kurang juga yang melaga-lagakan saya. Bagi mereka tiada istilah
ibu bekerja dari rumah. Saya pula pada masa itu, hanya senyum dan pergi. Tidak
mahu memanjangkan atau bertengkar dengan mereka. Biarkan sahaja. Itu pandangan
mereka.
Mulai dari saat itu saya berusaha untuk memajukan diri sendiri.
Saya ada terfikir berkemungkinan ada komuniti bagi WAHM ini tetapi langsung
tidak tergerak hati untuk mencari di internet sehinggalah saya terbaca satu
artikel yang di tulis oleh salah seorang ahli WAHM atau lebih dikenali sebagai
Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Tertarik dengan perkongsian artikel tersebut
saya terus mencari artikel-artikel berkaitan dengan ABDR dan cara untuk
mendaftar sebagai ahli. Di situlah titik mula saya bersama ABDR. Saya kemudian
diperkenalkan dengan Cikgu Zaila Mohamad bagi penulisan blog dan fanpage. Di
bawah bimbingan guru online saya diajar untuk membina blog yang berpengaruh,
menggunakan bahasa yang betul dan menulis dari hati. Saya juga diajar untuk
membina fanpage untuk beriklan dan berniaga.
Bagi saya membina sebuah blog adalah mudah, tetapi untuk menjadikan blog tersebut berpengaruh itu yang sukar. Di dalam kelas ini juga saya banyak diberi tips-tips yang mudah dan seterusnya membantu saya menulis dan berkongsi ilmu dengan orang lain. Sering kali kami diingatkan, niat untuk menulis bukan untuk menunjuk-nunjuk atau syok sendiri. Menulis kerana ilmu dan dapat dikongsikan bersama. Banyak sebenarnya yang saya dapat pelajari daripada yuran yang tidak seberapa ini. Sangat berbaloi. Pelajar diwajibkan untuk menulis sebanyak 44 entri di dalam blog sebagai tugasan. Ada rahsia di sebalik 44 entri ini, supaya enjin carian senang mengesan blog kita. Tetapi bukan hanya 44 entri sahaja, lagi banyak kita menulis lagi tinggi kedudukan blog kita di enjin carian. Kan seronok bila orang google sahaja berjela-jela nama blog kita keluar. Itulah fungsi asas 44 entri tersebut.
Bagi saya membina sebuah blog adalah mudah, tetapi untuk menjadikan blog tersebut berpengaruh itu yang sukar. Di dalam kelas ini juga saya banyak diberi tips-tips yang mudah dan seterusnya membantu saya menulis dan berkongsi ilmu dengan orang lain. Sering kali kami diingatkan, niat untuk menulis bukan untuk menunjuk-nunjuk atau syok sendiri. Menulis kerana ilmu dan dapat dikongsikan bersama. Banyak sebenarnya yang saya dapat pelajari daripada yuran yang tidak seberapa ini. Sangat berbaloi. Pelajar diwajibkan untuk menulis sebanyak 44 entri di dalam blog sebagai tugasan. Ada rahsia di sebalik 44 entri ini, supaya enjin carian senang mengesan blog kita. Tetapi bukan hanya 44 entri sahaja, lagi banyak kita menulis lagi tinggi kedudukan blog kita di enjin carian. Kan seronok bila orang google sahaja berjela-jela nama blog kita keluar. Itulah fungsi asas 44 entri tersebut.
Bagi saya guru-guru yang mengajar sangat komited, tidak lokek
ilmu dan bersedia membantu. Ini kerana apabila belajar dalam talian masa
pelajar membuat tugasan adalah sangat tidak menentu. Acap kali guru online
memberitahu penjenamaan diri amat penting dalam bisnes yang berpaksikan alam
maya ini. Kita mungkin tidak kenal siapa pelanggan dan dari mana mereka datang,
jadi jika kita menggunakan penjenamaan diri kita sendiri dengan mudah pelanggan
akan megingati kita berdasarkan perkongsian di dalam blog. Jadikan setiap entri
yang kita kongsikan sebagai kad bisnes dengan meninggalkan nombor untuk
dihubungi. Perkara sebegini jika saya tidak menjadi ahli ABDR memang saya tidak
akan ambil pusing. Padahal inilah cara yang sebenar berbisnes dengan
menggunakan blog.
Secara keseluruhannya, saya sangat berterima kasih kepada
pengasas ABDR, Pn. Masayu Ahmad kerana telah mengasaskan Akademi Bekerja Dari
Rumah. Komuniti ini benar-benar sangat membantu suri-suri yang mahu menjadi
WAHM yang mungkin mereka tidak tahu mahu bermula dari mana. Segala perkongsian
dapat membantu insan yang baru bertatih sebagai WAHM seperti saya. Saya juga
berharap lebih ramai ibu-ibu diluar sana untuk bekerja dari rumah dan mendidik
sendiri anak-anak, memandangkan semakin ramai muda-mudi terjebak dengan
pelbagai gejala yang tidak sihat. Didikan sepatutnya bermula dari rumah dan
kita tidak boleh mengharap kepada guru-guru untuk mengajar anak-anak kita
semata. Marilah kita sama-sama membina masa hadapan.
Jika anda berhajat untuk turut serta dan belajar bagaimana untuk
membina blog dan fanpage berpengaruh bolehlah bergabung dengan kami. Disamping
dapat menjadi ahli ABDR yang akan menyokong diantara satu sama lain bagi WHAM.
Di sini kami akan berkongsi cerita dan pengalaman untuk menjadi panduan kepada
yang lain. Jika mahu berniaga tetapi tidak tahu dimana mahu bermula, pilihlah
untuk bersama kami. Terdapat beberapa pakej kelas asas blog yang boleh dipilih
mengikut keselesaan. Boleh terus berhubung dengan saya berkaitan pakej yang
ditawarkan.
--------------------------------------------
10 ciri blog berpengaruh :
1. Boleh mesra pembaca, tidak ada gajet atau bling-bling yang
over
2. Sentiasa ada entri baru dan segar
3. Entri penyelesai masalah
4. Penulisan santai dan bersahaja namun punya banyak kisah
pengajaran
5. Blog yang menjadikan pembaca ketagih datang dan datang lagi
6. Blog yang menjadi rujukan khusus
7. Blog yang berinformasi, bebas memberi pandangan penuh etika
8. Blog yang menjaga tatabahasa asas, penulisan Bahasa Melayu
formal, walaupun santai asas ini dijaga
9. Blog yang boleh dipindahkan menjadi wang
10. Blog yang berjaya menukar pelanggan daripada pembaca kepada
pelanggan
.
Kami menawarkan dua kelas online di bawah, kelas popular
sepanjang 2014 :
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fan page khusus untuk bisnes
.
Bagi yang mahu daftar boleh terus hubungi saya
Jika berminat hubungi saya:
Emel: suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim
No comments:
Post a Comment