='description'/>

Sunday, 21 February 2016

Dari dunia 'online' ke 'offline'

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Koleksi Peribadi





Bismillahirahmanirrahim



Alhamdulillah, lebih sebulan berlalu baru hari ini berkesempatan untuk menulis mengenai pengalaman saya menjinakkan diri dalam berniaga secara offline. :)



Sudah sekian lama saya dan suami bercita-cita untuk mengambil pengalaman berniaga secara 'offline'. Berbekalkan sedikit pengalaman saya membantu mak mengusahakan kedai jahit manakala suami yang membantu keluarga berniaga makanan di kantin sekolah, kami merebut peluang berniaga dikarnival anjuran surau di taman perumahan.


Perkongsian pengalaman pertama
Ternyata bila berniaga sendiri tentunya banyak beza bila berniaga membantu keluarga. Walaupun berniaga separuh hari seboleh-bolehnya saya pastikan keperluan perniagaan disiapkan sebaiknya. Bila keperluan lengkap setidak-tidaknya kita tidak kelihatan janggal oleh pelanggan walaupun ia pengalaman pertama.

Antara keperluan dan persiapan yang saya sediakan. 
1. Menyediakan pecahan duit kecil untuk memudahkan urusniaga
2. Buku rekod jualan keluar masuk supaya mudahkan pengiraan stok dan keluar masuk tunai
3. Plastik bungkusan mengikut jenis barang yang dijual
4. Menyediakan tanda harga untuk setiap barang
5. Alat-alat untuk memudahkan mempamerkan barang. contoh: penyangkut baju untuk tudung kanak-kanak serta maxi, alas meja, kerusi, 
6. menyediakan sampel produk yang berkaitan

Alhamdulillah, walaupun jumlah pengunjung karnival tidak ramai, kami berjaya membuat jualan beberapa helai tudung, radio Al Quran, maxi dan sejadah muka. Pengalaman ini sangat berharga bagi kami. Walaupun tidak dinafikan ada juga perasaan malu, tetapi kami juga berasa teruja bila gerai kami turut dikunjungi oleh jiran sebelah rumah. Tak kurang juga yang turut memberi sokongan dengan membeli dari gerai.

Ketika mula-mula suami bawa balik borang tempahan gerai, hati saya masih ragu-ragu untuk turut serta. Keyakinan dan keberanian yang datang hanya separuh-separuh. Tapi suami yang bagi semangat, jika tidak rebut sekarang, bila lagi? 

Kami sebenarnya mempunyai impian untuk memilikki kedai. Walaupun tak tahu lagi kedai apa, tapi suami lebih berminat kepada perniagaan kedai dobi dan saya sendir kedai barangan jahitan. 

Alhamdulillah, langkah pertama sudah bermula. In shaa Allah ada rezeki dan peluang lagi, kami nak sertai lagi. Moga Allah mudahkan perjalanan ini. Aameen..
-------------------------------------------------------

Kek Lapis Coklat & Kek Gulung





Anda peminat kek lapis atau kek gulung coklat? 

Harga kek (pilihan pelbagai perisa istimewa) 
-kek lapis RM25 (saiz biasa) RM13 (saiz mini) 
-Kek gulung coklat RM25 

Rujuk link http://aqnahonlineshoppe.blogspot.my/ 

Penghantaran percuma sekitar Kajang dan Balakong (untuk 3 roll dan keatas) 

Whatsapp 013 6844409


2 comments:

  1. Alhamdulillah, saya tumpang gembira baca pengalaman berbisnes offline ni. Betul pengalamannya berbeza. Semoga dipermudahkan rancangan untuk buka kedai satu hari nanti. Insha Allah.

    ReplyDelete
  2. Nak berniaga offline ni memang mencabar sikit. Terutama komitmen masa dan tenaga. Bukan senang kan? hehe

    ReplyDelete