='description'/>

Tuesday 23 February 2016

104 hari lagi menjelang Ramadhan

Teks: Suhaila Rahim

Alhamdulillah, hari ini rezeki berbuka dengan sepinggan mihun dan air teh o panas. Dengan cuaca yang panas dan kesibukan tugas di rumah sangat menguji kesabaran berpuasa. Macam rasa puasa hari pertama Ramadhan walaupun dah mula mengganti beransur-ansur sejak dua bulan lepas.

Ramadhan yang lalu Allah rezeki bercuti puasa selama sebulan kerana dalam tempoh berpantang bersalin. Jadi tahun ini saya perlu mengganti puasa lebih awal supaya tak kalut nanti.

Dalam keadaan masih menyusu si kecil bukan mudah nak mengganti puasa secara berturut-turut. Kali ini saya merancang mengganti puasa pada hari isnin hingga khamis sahaja, dan diselangselikan dengan niat sekali puasa sunat pada hari-hari yang dianjurkan Islam. In shaa Allah.

Hari ini sudah masuk hari yang ke 15. Berbaki separuh bulan lagi yang perlu saya selesaikan. Moga urusan puasa saya dimudahkan Allah.

Ramadhan kian dekat menghampiri. Moga Allah memberi peluang kepada kita lagi bertemukan dengan bulan mulia Ramadan Al Mubarak kali ini. Aameen.

Ramadhan Kareem..

No comments:

Post a Comment