='description'/>

Sunday 29 October 2017

Masakan emak

Teks: Suhaila Rahim

Alhamdulillah rezeki malam ni. Lepas maghrib, kakak datang rumah bawakan ole-ole dari kampung.

Mak kirim lauk-lauk kegemaran. Gulai cendawan kukur, rendang ayam bersama maman, sambal sotong, mee goreng dan jagung rebus. Semuanya sedap. Tak mampu nak memilih. Makan serba sedikit malam ni. Rasa lepas kerinduan dengan masakan mak. Allahuakbar. Nikmatnya Allah yang tahu. Alhamdulillah :)

Sebelum Maghrib tadi, dah pasang niat nak elak makan malam ini, tapi bila tengok lauk-lauk yang kirim hati tak tenteram. Hancur rancangan diet . ha..ha..

Saya sebenarnya rindu sangat nak makan masakan mak. Maklumlah, dah lama tak dapat balik kampung kerana jadual kerja suami yang tidak menentu. Kalau dulu perancangan balik kampung pastinya sebulan kali. Tapi kali ini tidak lagi. Hanya panggilan telefon  sebagai penganti diri.

Kebiasaannya kalau ada kiriman lauk dari kampung mak memang tak lupa bekalkan nasi. Bukan sikit nasinya tapi satu bekas yang boleh dimakan satu keluarga. Mak memang prihatin. Selalu dia fikir saya mesti tak sempat masak sebab saya kepenatan uruskan anak-anak sendirian. 

Bila mengenangkan bekalan yang mak kirim, teringat ketika saya tinggal asrama. Memang jadi rutin dia bawa bekal nasi dan macam-macam lauk bila ada kelapangan melawat. Maklumlah duduk asrama memang sinonim dengan terma selalunya 'lapar'.

Alhamdulillah.

---------------


ANDA SEDANG BERPANTANG DAN ADA MASALAH BERIKUT?
  • Tak Lalu Nak Makan Jamu?
  • Nak Elak Sembelit Semasa Pantang?
  • Nak Kembalikan Tenaga Untuk Jaga Anak & Bayi?
  • Nak Berpantang Dengan Lebih Mudah Tapi Masih Menjaga Kesihatan Wanita?
  • Nak Banyakkan Susu Badan?
  • Nak Cepatkan Sembuh Luka Bersalin?
  • Nak Elakkan Bayi Demam Kuning?
  • Nak Kuatkan Rahim & Kecutkan Peranakan?
Dapatkan LA MAMMA POSTNATAL





Supplement multivitamin dengan rumusan istimewa khas buat bakal ibu, ibu berpantang dan wanita yang menitikberatkan penjagaan dalaman dan luaran.

Whatsapp ke 0136844409 sekarang!


No comments:

Post a Comment