='description'/>

Wednesday, 23 July 2014

Bila beraya di hari gaji

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google

Wah! nampaknya, sambutan hari raya tahun ini jatuh ketika kebanyakan dari kita yang kerja makan gaji akan mendapat gaji bulanan masing-masing. Tidak kira yang bekerja kerajaan atau swasta, tentunya hari gaji inilah merupakan hari-hari yang ditunggu-tunggu terutama bagi mereka yang bergantung penuh dengan pendapatan bulanan. Jika di bulan-bulan biasa pun, sudah terasa teruja-uja menunggu tarikh 'hari gaji'. Inikan pula menunggu gaji ketika mahu meraikan Hari Raya. :)

Ketika pengalaman bekerja di bahagian akaun, jika Hari Raya dijangka jatuh tengah bulan, banyaklah soalan-soalan yang datang ke bilik akaun, sibuk bertanya ada tak 'salary advanced' atau bonus yang diumumkan oleh pihak majikan ketika datangnya Hari Raya nanti. Tak menang tangan mahu melayan setiap yang datang selagi majikan belum putuskan sama adanya 'advanced' atau bonus Raya. Ada rezeki merasalah kami. Kalau tidak, koreklah mana-mana simpanan dulu untuk membuat perbelanjaan raya.

Bagi mereka yang makan gaji, dinasihatkan sebelum berbelanja asingkan dulu perbelanjaan tetap setiap bulan supaya kita tidak berbelanja sewenang-wenangnya. Untuk lebih selamat, selepas mendapat gaji bulan ini bayar dulu bayaran bulanan untuk semua pinjaman, bayaran kad kredit, bayaran tusyen dan pengangkutan anak ke sekolah, bil-bil utiliti serta perbelanjaan tetap lain walaupun belum sampai tarikh 'dateline'. Gunakan masa beberapa hari sebelum istitusi perbankan dan kaunter-kaunter kerajaan bercuti panjang, untuk kita lunaskan apa yang patut. Jika pembayaran dibuat melalui perbankan Internet juga perlu dibuat awal kerana kebanyakan urusan masih memerlukan hari bekerja untuk diselesaikan. Moga selepas bercuti raya yang panjang, notis lewat bayar atau surat amaran tidak memenuhi peti surat rumah kita nanti.

Jika perlu menambah perbelanjaan raya, keluarkan sedikit duit simpanan untuk menampung perbelanjaan ketika beraya nanti. Jika tiada, elakkan berbelanja dengan berhutang. Gunakan apa yang ada, supaya kita tidak merana selepas raya. Rancang juga duit raya yang mahu diberi dan ketepikan sedikit duit untuk disadaqah kepada yang memerlukan, supaya rezeki yang kita lebih diberkati.



#Status selepas keluar menguruskan gaji dan komitmen bulanan Encik Suami :)

-------------------------------------------------------
Alhamdulillah, selamat datang pelajar julai, bergabung dengan kami 780 blog, 25 kelas, 11 guru 44 pengurus online, 2 trainer kewangan bertugas. Sertai mana mana kelas online dan offline kami.
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog fanpage mula bisnes
-produk sendiri
-makanan sunnah
-telekung solat borong dan runcit
-produk islamik
-projek raya
3. Kelas penulisan kreatif
4. Kelas penulisan ebook pertama
5. Kelas akaun wahm, soho, bisnes kecil
6. Kelas asas wordpress
7. Kelas beriklan mudah.my
8. Pendaftaran rakan niaga pengurus online ABDR
9. Tempahan blog bisnes- 5 hingga 7 hari siap
10. Beriklan dengan kami pautan 750 blog http://sohodirectory.blogspot.com/

PM saya untuk pendaftaran

SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim

No comments:

Post a Comment