='description'/>

Friday 4 July 2014

Hari keenam berpuasa

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Koleksi Peribadi


Bismillah. Alhamdulillah. Pagi Jumaat di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan. Hari keenam kita berpuasa. Alhamdulillah, sudah enam hari juga Aqil berjaya berpuasa. Tahun lepas hanya berjaya satu hari setengah. Azam tahun ini mahu mengajaknya berpuasa penuh. Walaupun hakikatnya bukan mudah untuk dipujuk, tetapi kena lakukan juga. 

Hampir setiap hari ada sahaja pujuk rayunya untuk berpuasa sekerat jalan. Sebagai motivasi sampingan, sudah  dua tiga kali juga menggagahkan diri berasak-asak ke pasar Ramadhan untuk menunaikan hajatnya. Bukan mahu membeli juadah, hanya memenuhi permintaannya membeli dua jenis air berbeza warna untuk memuaskan hatinya. Amnah pula selalu jadi mangsa. Oleh kerana si adik tidak berpuasa, dia disyaratkan tidak boleh membeli sebarang makanan selain mendapat izinnya. :) 

Apapun, semoga dia dapat berpuasa selama sebulan tahun ini. Aamin.
-------------------------------------


Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan fan page (mula bisnes)
a. Kelas ini khusus bagi suri rumah yang benar-benar zero tentang urus niaga secara online.
b. Mahu mula tetapi tidak tahu cara.
c. Mahu mula tetapi tidak ada produk. Kami menyediakan beberapa produk pilihan, produk sunnah, buku, pakej ebook, ruang periklanan. Juga peluang sebagai pembantu kelas di akademi bekerja di rumah.
d. Kelas ini sesuai untuk belajar menjana pendapatan awal RM10, kemudian tingkatkan lagi, RM20, RM50, RM100 begitulah seterusnya (ini adalah tertakluk kepada usaha yang konsisten daripada peserta.
e. Kelas ini juga sesuai untuk suri yang sibuk, surirumah sepenuh masa, suri bekerjaya yang mahu buat secara sambilan. Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.
f. Apabila sudah pandai, boleh belajar lagi dengan otai-otai pemasaran yang lain. juga bina jaringan bisnes secara online.
g. Apa yang kita belajar di dalam kelas ini. Analisa dahulu untuk kenalpasti apa produk yang sesuai/minat/pengalaman. Belajar buat blog kedai online, belajar menulis konsisten, belajar buat borang tempahan, jenis-jenis entri, belajar buat pan page, belajar buat pautan, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.

Jika kalian berada dalam salah satu kategori di atas, boleh sertai kami dalam kelas asas blog dan penulisan. Analisa dahulu sebelum masuk kelas. Boleh pm atau mesej inbox apabila sudah bersedia.

Hubungi saya di:

Facebook Rafisuhaila Rahim 
Tel: 013 684 4409

No comments:

Post a Comment