Teks : noor azila
mohamad
Guru Online : Anys iIayu Zakaria
Alhamdulillah, akhirnya hampir selesai segala tugasan yang
diberikan. Sebulan yang lalu, diperkenalkan oleh Nor Adilah kepada tenaga
pengajar ABDR, Cikgu Anysidayu Zakaria. Sebelum mengenali ABDR, saya
sering mengikuti beberapa kursus untuk mula berjinak-jinak dengan bisnes. Yelah,
sebelum bertindak kita kenalah persiapkan diri dengan ilmu yang perlu. Kalau
tidak, umpama, terjun ke laut tanpa ilmu renang. Saya mula mengikuti kursus Dr.
Azizan sewaktu mengandungkan anak pertama. Di situ saya mula membuka mata,
seseorang pelajar yang mempunyai kelulusan, dengan gaji RM5k adalah terlalu
kecil jika dibandingkan dengan seorang usahawan. Tetapi sebelum
bergelar usahawan, pastikan kita memantapkan diri dengan ilmu-ilmu yang dapat
membantu kita mengharungi segala cabaran dan dugaan sebelum bergelar usahawan.
Faktor yang menyukarkan saya untuk mengikuti beberapa kursus
ialah masa dan anak-anak. Jika saya mengikuti kursus, suami perlu bercuti atau
menghantar saya. Malah anak-anak pula, tidak pernah berjauhan walaupun
hanya sehari. Pernah satu ketika, sewaktu anak pertama berusia 8 bulan, saya
dan suami bawa bersama mengikuti kursus pemasaran di Kuala Lumpur. Nasib baik
mereka membenarkan, tetapi hanya separuh hari saya mengikutinya, anak dah mula
menunjukkan rasa tidak selesa, saya hanya membiarkan suami mengikutinya
sehingga tamat.
Namun, setelah diperkenalkan dengan ABDR, saya rasa sangat
bersyukur , saya dapat menimba ilmu, berkongsi pengalaman dan mampu menaikkan
semangat saya untuk bergelar usahawan. Kelas asas blog dan fanpage ini
cukup mudah. Saya tidak perlu lagi menyusahkan suami untuk menghantar,
tidak perlu lagi risau tentang anak-anak, semuanya hanya secara
'online'. Masa untuk belajar pun, tidak membebankan, bila-bila ada
masa terluang saya akan berhubung dengan cikgu anys. Ada kalanya, saya akan luangkan masa
untuk belajar, tengah malam, selepas anak-anak tidur, kadang-kadang awal
pagi.Namun cikgu anys, sentiasa ada untuk membantu dan cukup memahami. Seperti
kata pepatah "di mana ada kemahuan, di situ ada jalan". Terima
kasih juga kepada pengasas ABDR, Puan Masayu Ahmad, kerana cukup memahami
keperluan suri.
Sebelum ini, saya mengenali 'bisnes online' hanya menggunakan
fb. Setelah mempelajari di ABDR, saya rasa ia lebih mudah, apatah lagi jika
kita dapat gabungkan kemahiran pemasaran blog dan fb. Dengan blog, kita lebih
mudah untuk menghuraikan mengenai sesuatu produk, lebih mudah untuk mempamerkan
produk dan service yang kita ada, dan lebih meyakinkan. Alhamdulillah, saya
semakin jelas dengan halatuju untuk bergelar usahawan. In shaa Allah...
Alhamdulillah, selamat datang pelajar Julai 2014. bergabung dengan kami di ABDR dengan 750 blog, 25 kelas, mara 1000 ahli menjelang Ramadhan. Kelas online dan offline kami, adalah seperti berikut
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog fanpage mula bisnes
-produk sendiri
-makanan sunnah
-telekung solat borong dan runcit http:// gedungtelekungsolat.blogspot.co m/
-produk islamik
-projek raya http:// projekduithariraya.blogspot.com /
3. Kelas penulisan kreatif
4. Kelas penulisan ebook pertama
5.Kelas akaun wahm, soho, bisnes kecilhttp:// kelasonlineurusakaunbisneskecil .blogspot.com/
6. Kelas asas wordpress
7. Kelas beriklan mudah.my
8. Pendaftaran rakan niaga pengurus online ABDR
9. Tempahan blog bisnes- 5 hingga 7 hari siap
10. Beriklan dengan kami pautan 750 blog http:// sohodirectory.blogspot.com/
2. Kelas asas blog fanpage mula bisnes
-produk sendiri
-makanan sunnah
-telekung solat borong dan runcit http://
-produk islamik
-projek raya http://
3. Kelas penulisan kreatif
4. Kelas penulisan ebook pertama
5.Kelas akaun wahm, soho, bisnes kecilhttp://
6. Kelas asas wordpress
7. Kelas beriklan mudah.my
8. Pendaftaran rakan niaga pengurus online ABDR
9. Tempahan blog bisnes- 5 hingga 7 hari siap
10. Beriklan dengan kami pautan 750 blog http://
Emel: suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim
No comments:
Post a Comment