='description'/>

Monday 14 July 2014

Tips menguruskan akaun perniagaan

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google


Setiap  perniagaan sama ada yang kecil atau besar sangat memerlukan pengurusan akaun yang teliti. Ini kerana objektif utama dalam setiap perniagaan ialah untuk mencari keuntungan kewangan. Untuk mengira keuntungan, peniaga harus mempunyai rekod tentang aktiviti perniagaannya. Tanpa rekod atau catatan aktiviti kewangan, usahawan hanya mampu menganggarkan sahaja jumlah keuntungan yang diperolehi. Sesetengah usahawan bukan sahaja tidak tahu dengan tepat jumlah untung rugi malah tidak tahu langsung sama ada perniagaan mereka untung atau rugi. Perniagaan dianggap untung bila ada lebihan jualan dan sebaliknya.

Membina sebuah perniagaan yang menguntungkan bukan suatu yang berlaku secara kebetulan dan bergantung kepada nasib semata-mata tetapi ianya memerlukan perancangan serta kaedah penyediaan rekod kewangan yang sistematik untuk membantu anda memantau pendapatan dan perbelanjaan perniagaan. Oleh itu dengan sistem perakaunan yang dilaksanakan mampu memberi ketenangan fikiran kepada usahawan kerana terbukti segala pelaburan kewangan yang dibuat dapat dinilai hasilnya dengan kewujudan penyata kewangan yang meyakinkan. Sama ada untung atau rugi, sistem perakaunan telah berfungsi sebagai alat pengukuran kecekapan pengurusan perniagaan.

Antara tips pengurusan akaun perniagaan
1)Catitkan segala transaksi wang keluar dan masuk tanpa ada pengecualian. Jika anda terima wang, catitkan daripada siapa, untuk urusan apa, bila, banyak mana dan segala macam lagi butiran yang diperlukan. Begitu juga jika wang dikeluarkan, catitkan kepada siapa, untuk apa, bila banyak mana dan sebagainya. Pastikan segala urusan disokong dengan resit atau bukti pembayaran atau pengeluaran.

2)Jika anda tidak menggunakan apa-apa sistem perakaunan, gunakan microsoft office excel untuk membuat catitan pada semua aliran wang tersebut. Anda mesti berupaya membuat ringkasan jumlah wang kelar dan masuk samada untuk sehari, seminggu, sebulan atau setahun.

3)Terjemahkan semua maklumat itu pada satu carta aliran wang keluar dan masuk untuk sekurang-kurangnya selama dua tahun. Dari aliran tersebut anda boleh melihat trend naik dan turun perniagaan anda dan boleh memantau segala kos penting seperti kos bahan mentah, kos perbelanjaan tetap, sewa, gaji dan lain-lain.

4)Daripada aliran wang keluar masuk itu juga anda boleh kenal pasti jumlah jualan paling minimun yang perlu dibuat untuk membuatkan perniagaan anda hidup.

5)Bila dah tahu jumlah jualan minimun tersebut, pastikan segala aktiviti ditumpukan ke arah untuk menaikkan hasil jualan melebihi jualan minimum itu.

6)Pantau samada perniagaan anda ada memberikan hutang pada pelanggan. Jika ada pantau kedudukan pembayaran mereka dan pastikan ada seorang pekerja atau anda sendiri yang kejar segala pembayaran sehingga dapat.

7)Lihat semua duit yang habis digunakan untuk membeli barang dan juga segala kelengkapan perniagaan. Kira jumlah wang yang tertanam di situ dan pastikan ianya memberikan pulangan yang baik.

8)Kira jumlah stok atau barangan yang ada dan lihat senarai barang yang sudah lama berada di dalam perniagaan tetapi tidak dijual atau digunakan. Kenapa tidak dikosongkan semuanya dengan menjualnya sahaja. Anda akan mencairkan banyak wang yang boleh digunakan untuk meningkatkan hasil perniagaan anda.

9)Semak semua senarai pembekal anda. Lihat berapa jumlah wang yang telah anda keluarkan untuk diberikan pada mereka. Lihat pembekal yang paling banyak anda berikan wang dan bawa maklumat itu untuk berbincang diskaun atau kemudahan kredit, jika perlu.

10)Lihat senarai pelanggan yang telah membeli atau menggunakan perkhidmatan anda. Lihat senarai pelanggan yang paling banyak memberikan wang pada anda. Belikan cenderamata dan hantarkan pada mereka. Jika berkesempatan pergi jumpa mereka dan nyatakan rasa terima kasih anda pada mereka. Terlalu banyak maklumat yang boleh dijana daripada aktiviti pengurusan akaun dan pengurusan aliran wang dalam perniagaan, jika anda lakukannya dengan betul.

Jadikan juga amalan untuk memantau dan membaca laporan aliran wang keluar dan masuk dalam perniagaan anda sekurang-kurangnya seminggu sekali. Ini dapat memberikan input penting ke dalam otak untuk anda mencari idea dan tindakan baru bagi meningkatkan perniagaan.

Sumber: http://hidupringkas.com
-------------------------------------------------

Apabila sudah ada bisnes, perlu ambil tahu perkara berikut. Jika tidak, asyik ingat ada untung aje sedangkan bila disemak semula, lebih banyak rugi dari untung.
-Perlu tahu wang peribadi perlu diasingkan dengan wang syarikat
-Belajar buat bajet kewangan
-Buat unjuran sasaran yang perlu dicapai
-Buat sasaran bahagian 'gaji' yang perlu diambil dari 'pendapatan syarikat' selepas layak mengambil gaji
-Perlu tahu kos yang terlibat dalam urusan operasi bisnes
-Perlu tahu mana untung mana rugi
-Perlu tahu kesihatan 'kewangan' atau 'akaun' syarikat adalah bisnes semakin untung atau semakin rugi
-Perlu tahu asas keluar masuk wang
-Perlu tahu bahawa rekod aliran wang yang tepat membantu usahawan menjejaki keuntungan yang sepatutnya lebih meningkat dari bulan ke bulan

Bengkel Offline Asas Akaun
Tarikh: 19.07.2014, Sabtu
Lokasi: Shah Alam
Tempat- 2nd Floor PKNS Bizpoint Shah Alam
Masa: 8.30pg -4.30ptg

Modul
1. Pengenalan Book keeping and accounting
2. 10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh entreprenuer
3. How to do record keeping
4. Basic costing and Pricing. Bagaimana anda meletakkan Harga?
5. Profit & Loss...anda untung @ Rugi????
6. Case Study (full set of Bookeeping)
case study - hands on task. Full cycle how to do book keeping.

PM saya untuk pendaftaran

SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim


No comments:

Post a Comment