Foto: Carian Google
Bismillah, Esok bermulanya bulan yang ditunggu-tunggu sebagai
bulan ibadat yang keberkatan dan keampunan. Moga kehadiran Ramadhan kali
memberi 1001 keberkatan dalam meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah S.W.T.
Ameen.
Saat-saat seperti ini jika berpeluang berada dikampung halaman,
inilah saat yang paling sibuk seisi keluarga menyiapkan juadah yang biasanya dimasak
ketika Hari Mantai. Sambutan mungkin agak berbeza di negeri-negeri lain. Kami
di Negeri Sembilan akan menyambut Hari Mantai yang selalu diraikan sempena
menyambut Ramadhan dan Hari Raya. Ketika inilah perantau-perantau yang
berjauhan akan pulang ke kampung meraikan bersama keluarga
BagI yang tak pernah dengar perkataan Hari Mantai, ia adalah
perkataan dalam dialek masyarakat Negeri Sembilan yang asalnya perkataan
membantai. Ia tentang hari atau malam menyediakan daging sembelihan iaitu
sehari sebelum ketibaan bulan Ramadan ataupun Hari Raya Aidilfitri dan Hari
Raya Aidiladha. Kemeriahan majlis itu tidak hanya membabitkan acara
bergotong-royong melapah daging tetapi melibatkan pelbagai aktiviti lain
seperti membakar lemang, menyediakan rendang dan sebagainya.
Sebagai anak jati Negeri Sembilan sambutan Hari
Mantai memang ditunggu-tunggu. Ketika ini setiap ahli keluarga akan bergotong
royong untuk memasak rendang, lemang dan beberapa makanan tradisi untuk dinikmati
bersama keluarga. Ketika arwah datuk dan nenek masih ada, setiap tahun amalan
membuat penganan (dodol) tetap dalam ingatan. Dulu masak penganan dalam
beberapa kawah yang besar, jiran terdekat turut sama membantu. Seolah-olah
menyambut kenduri kecil di rumah. Cuma sekarang tidak lagi. Jika teringin
penganan ‘fresh’, kami hanya dimasak secara kecil-kecilan dan selalunya masak
selepas raya. J
Selepas berkahwin, saya jarang dapat pulang ke
kampung untuk menyambut Hari Mantai. Apapun hari ini saya usahakan juga membuat
sedikit rendang daging untuk hidangan tengahari walaupun tak sesedap yang mak
masak. Terubat juga rindu rendang mak di kampung. Cuma teringat sangat dengan
lemang tradisional mak. Lemang yang memang asli sebab hasil dari buluh dan
santannya dari kelapa belakang rumah. Oh.. rindu sungguh saat-saat meredah
buluh dan mengutip kelapa di baruh, membakar lemang di bawah pohon kelapa
ditemani kepulan asap dan tidak lupa saat-saat menikmati lemang panas. :)
Jika dimurahkan rezeki, dalam hati berdoa juga
jika ada yang datang membawa kiriman lemang dan rendang dari kampung. In shaa
Allah, selalunya dapat. Apapun kita jamu dulu rendang pemberian Ibu Mertua ini.
Alhamdulillah. :)
Selamat berpuasa semua!
----------------------------------------------
Kami masih buka pendaftaran untuk dropship ABDR
1. dropship makanan sunnah dan projek raya
2. dropship makanan sunnah dan telekung solat
3. dropship makanan sunnah dan produk islami
5 langkah mudah:
-daftar
-blog jualan
-fanpage
-ambil komisyen
-urus pesanan pelanggan
tidak perlu: simpan stok, COD atau urus penghantaran
Bagi yang mahu dan ingin bersama jemaah kami, boleh mendaftar mana-mana pilihan, 1, 2, 3. Sudah sedia baru daftar ya.
1. dropship makanan sunnah dan projek raya
2. dropship makanan sunnah dan telekung solat
3. dropship makanan sunnah dan produk islami
5 langkah mudah:
-daftar
-blog jualan
-fanpage
-ambil komisyen
-urus pesanan pelanggan
tidak perlu: simpan stok, COD atau urus penghantaran
Bagi yang mahu dan ingin bersama jemaah kami, boleh mendaftar mana-mana pilihan, 1, 2, 3. Sudah sedia baru daftar ya.
Hubungi saya di:
Tel: 013 684 4409
No comments:
Post a Comment