Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google
Alhamdulillah, baru selesai menjawab soalan-soalan dalam borang kajiselidik yang diberi Aqil tengahari tadi.Baru ada peluang nak megisinya malam ini kerana ksibukan siang hari. Hampir terlupa juga, nasiblah Aqil mengingatkan lagi Maghrib tadi.
Pulang dari sekolah tengahari tadi, awal-awal lagi Aqil sudah mengingatkan,
"Mak, ni ada surat dari cikgu. Cikgu suruh isi. Surat ini untuk murid-murid gemuk je. Kalau kurus tak dapat." pesan Aqil bersungguh-sungguh.
Senyum sendiri saya ketika itu. Hairan pun ada. Bila dibuka helaian kertas yang diambil daripada tangannya, barulah saya faham. Rupa-rupanya cikgunya ada bagi soal selidik dari UPM mengenai kajian obesiti kanak-kanak di Selangor.
Jika diikutkan hati, malas juga nak menjawab soal selidik ini. Tetapi bila Aqil bersungguh-sungguh meminta saya mengingatkan pesan gurunya, usahakan juga walaupun tak rasa berdaya nak mengadap soalan-soalan yang boleh tahan banyaknya.
Usai menjawab semua soalan, saya masukkan ke dalam beg sekolah. Tidak lupa juga saya ingatkan Aqil supaya tidak lupa untuk serahkan borang kepada gurunya esok hari.
"Ok, bolehlah Aqil bagi surat tu pada Cikgu esok. Nanti boleh pergi UPM untuk 'kuruskan badan" jawapan bersahaja seolah-olah sudah lega untuk ke sekolah esok.
Sungguh berkeyakinan nampaknya untuk dia dapat menguruskan badan suatu hari nanti. Selamat berjuang Aqil! :)
-------------------------------------------
Baca lagi dalam Ebook 101 Idea Homebased Bisnes.
Hanya RM50 atau dapatkan PROMOSi 2 ebook dengan harga RM50
Tempahan--->http://gedung-ebook-anda.blogspot.com/p/borang-tempahan.html
Hanya RM50 atau dapatkan PROMOSi 2 ebook dengan harga RM50
Tempahan--->http://gedung-ebook-anda.blogspot.com/p/borang-tempahan.html
No comments:
Post a Comment