='description'/>

Monday, 9 June 2014

Semoga Allah merahmatimu..

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google

Malam tadi ketika berehat-rehat diruang tamu, kami dikejutkan berita pemergian pengasuh yang menjaga Aqil ketika saya masih bekerja dulu. Arwah merupakan seorang suri rumah sepenuh masa yang sangat rajin dalam membantu suami untuk menambah pendapatan keluarga. Di samping mengasuh bayi dan beberapa kanak-kanak, rumahnya sentiasa menjadi tumpuan sebagai transit untuk anak-anak yang bersekolah. 

Berita pemergiannya sangat mengejutkan. Jika dilihat secara zahir, beliau nampak sihat dan aktif. Kali terakhir kami berkunjung ke rumahnya sewaktu bulan Syawal tahun lalu. Itu kunjungan biasa kami sekeluarga setiap kali Syawal walaupun arwah tidak lagi menjaga Aqil. Nampaknya itulah perjumpaan kali terakhir kami dengan Arwah.

Di antara yang selalu menjadi sebutan rakan-rakan, jiran tetangga, anak-anak asuhan mahupun kawan-kawan anak-anak beliau, yang datang ke rumahnya ialah masakannya. Anak saya Aqil masih mengingati kesedapan nasi gorengnya. Sehingga kini nasi goreng yang saya sediakan belum mencapai 'level' nasi goreng Ibu Longnya. (Semua anak asuhannya menggelarkan arwah, 'Ibu Long'). Arwah juga sangat meraikan tetamu yang bertandang. Jika berkunjung ke rumahnya ada sahaja masakan yang dihidangkan, walaupun ringkas tetapi tetap menyelerakan.

Satu lagi perkara yang menarik tentang arwah, walaupun seharian menjaga anak-anak asuh yang ramai, rumahnya tetap bersih dan tersusun rapi. Kadang-kadang saya hairan, meja sudut yang dipenuhi foto-foto di rumahnya masih tersusun rapi  walapun bayi dan anak-anak kecil bermain di ruang tamu. Suami dan anak-anaknya juga sangat rajin dalam membantu membuat kerja  rumah. Teringat dulu, jika saya menghantar Aqil di awal pagi, selalunya akan melihat suami arwahlah yang akan menyidai baju sebelum pergi mencari rezeki. Bila petang pula, anak lelakinya pula akan menyapu dan mengemop lantai bila sudah pulang dari sekolah. Sungguh arwah dan suami berjaya mendidik anak-anak supaya ringan tulang dalam membuat kerja rumah.

Dan semalam, arwah telah dijemput penciptanya ketika umurnya 43 tahun. Semoga Arwah ditempatkan dalam golongan orang-orang soleh dan beriman. Budi baik dan jasanya dan tidak berkira ketika menjaga Aqil dahulu tetap saya ingat sampai bila-bila. Semoga Allah merahmati Kak Long! Al Fatihah


--------------------------------------------

Akademi Bekerja di Rumah (ABDR) kini membuka peluang kepada mereka ingin menempah blog melalui Pakej Tempahan Membuat Blog ABDR. Terbuka kepada semua terutama bagi usahawan-usahawan yang tidak dapat menghadiri kelas online yang kami tawarkan. Tawaran ini dibuka dengan harga promosi RM200 sahaja. Anda boleh memilih salah satu Pakej Blog berikut:

i.            Satu Blog untuk kegunaan Penulisan/Peribadi
            ATAU
ii.           Satu Blog untuk Bisnes

Hanya RM200 sahaja (JIMAT RM100)

Blog yang ditempah meliputi:

 Borang tempahan
Penambahan gajet - 5 Label
 Link fanpage/facebook
10 foto produk untuk dimasukkan ke dalam blog bersama keterangan produk.

***Bonus juga akan diberikan

Jika berminat hubungi saya:
Emel: suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim

No comments:

Post a Comment