='description'/>

Monday, 24 February 2014

Pagi minggu di Perpustakaan Negara Malaysia

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google


Bismillah. Alhamdulillah syukur di temukan lagi dengan pagi Isnin. Hari baru bermula lagi. Semalam menghabiskan pagi Ahad di Perpustakaan Negara. Hajat utama kunjungan kali ini, untuk membawa anak 'berkenalan' dengan perpustakaan. Maklumlah, bukan mudah hendak mendidik hati sendiri untuk rajin ke perpustakaan tetapi mungkin dengan cara ini dapat memberi galakan dan menanam minat kepada anak untuk rajin membaca. Kalau dulu pergi perpustakaan hanya untuk  mencari bahan untuk Kertas Kerja atau Assignment Universiti.  Kini 'lawatan' seumpama itu sudah lama ditinggalkan sebab tiada lagi 'keperluan' untuk ke sana. Bila sudah berkeluarga, saya rasa sesekali perlu juga membawa anak sebagai salah satu aktiviti keluarga ketika cuti.



Alhamdulillah, berjaya juga kami sekeluarga menghabiskan pagi minggu di Bahagian Kanak-kanak. Kelihatan ramai juga ibu bapa yang datang membawa anak-anak. Kagum melihat ibubapa yang setia menunggu anak-anak yang khusyuk membaca. Tidak kurang juga yang tersenguk-sengguk macam kami berdua yang kebosanan. Maklumlah, kafeteria yang hanya bersebelahan dan sangat mudah untuk membeli makanan. Akibatnya kami yang mengantuk yang sukar ditahan akibat kekenyangan :) Maklumlah buku-buku yang ada cuma versi kanak-kanak. Tiada pilihan bacaan menarik untuk orang dewasa. 

Untuk kali ini Aqil cuma membaca beberapa buku di situ sambil melengkapkan buku NILAMnya. Bagi yang ingin meminjam buku, mereka perlu membuat pendaftaran ahli. Pinjaman buku boleh dibuat di kaunter pinjaman yang kelihatan sibuk dengan kanak-kanak yang ingin meminjam pelbagai jenis buku. 

Ketika melihat pengunjung yang keluar masuk dan setia berbaris di kaunter, pandangan saya tertumpu kepada beberapa keluarga berbangsa Cina yang masing-masing menggalas beg yang sarat dengan buku-buku. Ternyata mereka begitu manfaatkan peluang untuk meminjam di perpustakaan ini. Terdetik di hati, mungkin perpustakaan ini adalah destinasi mereka setiap minggu. Manakan tidak mereka meminjam begitu banyak buku untuk bacaan anak mereka di rumah nanti.

Semoga kunjungan kami sekeluarga ke perpustakaan kali ini tidak berakhir di sini. Nampaknya Aqil suka dengan pengalaman barunya. Semoga menjadi kunjungan rutin kami sekeluarga lagi selepas ini. In shaa Allah. 

------------------------------------------------



1. Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan penulisan.
a. Menulis cara santai, tetapi masih lagi mengekalkan Bahasa Melayu formal. Ini salah satu cara menarik minat pembaca suka dan datang lagi ke blog.
b. Bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca/bakal pelanggan.
c. Belajar menulis dan latihan menulis untuk dapatkan momentum.
d. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi.
e. Bergabung dengan lebih ramai blogger-lebih 400 blog dalam akademi, untuk membantu aliran trafik ke blog.
f.  Ramai yang mahu bermula tetapi tidak tahu cara, menulis boleh dilatih jika tahu teknik yang betul.
g. Mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog.
h. Sudah ada blog, tetapi sudah tidak ada idea untuk meneruskan usaha berblog.

Jika kalian berada dalam salah satu kategori di atas, boleh sertai kami dalam kelas asas blog dan penulisan. Analisa dahulu sebelum masuk kelas. Boleh pm atau mesej inbox apabila sudah bersedia.

Hubungi saya di:

Facebook Rafisuhaila Rahim 
Tel: 013 684 4409


No comments:

Post a Comment