Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google
Alhamdulillah, bulan ini
genap empat bulan saya di Akademi Bekerja di Rumah (ABDR). Satu perjalanan yang
singkat dan sedikit sebanyak merubah hidup saya. Saya kini sudah ada tiga blog
sendiri dan berimpian memilikki lebih banyak blog suatu hari nanti. In shaa Allah.
Bagi anda yang sudah biasa berbicara di blog, mungkin ini satu pencapaian
biasa-biasa sahaja. Namun ia kejayaan luar biasa bagi saya kerana tidak pernah
terlintas difikiran untuk memilikki blog dan dapat belajar pelbagai ilmu
‘berblogging’. Dengan berblogging juga, kini saya juga sudah ramai kenalan di
kalangan blogger terutama dari Alumni di ABDR. Walaupun perkenalan tanpa
suara tetapi ikatan ukhwahnya tetap kuat sebagai satu jemaah, saling berkongsi
walaupun berbeza latar belakang. Alhamdullillah!
Saya bermula dengan
laptop yang ada di rumah, saya berjaya menamatkan kelas asas blog dalam masa
hampir dua bulan. Perjalanan yang agak semput-semput dan Alhamdulillah tidak
berhenti sekerat jalan. Secara jujur, saya jarang berpeluang untuk ‘online’.
Tambahan pula, dengan tab Samsung Galaxy Young saya yang
‘comel’ tidak banyak yang ‘post’ atau entri yang saya boleh siapkan. Oleh itu,
saya bergantung sepenuhnya pada laptop yang ada, dan kini perlu beralih kepada Desktop, kerana laptop yang ada sudah tidak bernyawa. :)
Peluang untuk ‘online’ juga
selalu tersekat dengan talian intenet yang ‘kadang-kadang’ ada. Oleh itu
saya perlu lebih kreatif mencari masa dan peluang yang sesuai untuk
berblog. Kebanyakan masa ‘berblogging’, saya perlu menyusukan Baby
Amnah di pangkuan sambil memanfaat sepenuhnya jari jemari tangan kanan
untuk menaip. Apapun saya perlu usahakan juga untuk menyiapkan dan
menjadualkan entri-entri supaya blog yang ada sentiasa dikemaskini
sekerap mungkin. Itulah antara tips yang diajar di ABDR bagaimana untuk
mengekalkan ‘rating’ blog untuk terus dikunjungi.
Bagi mereka yang
memilikki blog, sedikit tip dan cara membina blog berpengaruh yang disukai
pembaca.
10 ciri blog berpengaruh
1. Boleh mesra
pembaca, tidak ada gajet atau bling-bling yang over
Blog mesra pembaca
adalah blog yang tidak ada gangguan. Blog yang penuh informasi, sangat member
pengaruh yang besar kepada pembaca datang dan datang lagi. Jangan sesekali
memasukkan elemen-elemen dengan menyatakan bahawa blog cantik adalah blog yang
suka dibaca. Itu tidak benar.
Blog yang tidak
terlalu cantik, tetapi pengisian yang bagus itulah yang suka dibaca. Jangan
sesekali menodai blog sendiri, seperti meletakkan gajet yang tidak sesuai
seperti muzik, grafik, bling-bling yang melambatkan proses ‘loading’ dan menganggu
pembaca.
2. Sentiasa ada
entri baru dan segar
Selalu memasukkan entri
baru, segar dan bermotivasi. Ia menjadikan blog aktif dan ia dikunjungi pembaca
tegar. Beri info dan fakta baru. Pada masa yang sama ia menjadikan satu rutin
aktif ulangan pembaca.
3. Entri
penyelesai masalah
Antara satu perkara yang
menjadi tumpuan blog tertentu adalah berupaya menyelesaikan masalah pembaca.
Contohnya dalam masakan, pembaca setia yang selalu datang, akan mencari jensi
resipi yang dimahukan. Manakala tips-tips mudah didapur menjadikan blog
tersebut sebagai pembantu masalah di hujung jari. Begitu juga blog teknikal,
bisnes dan sebagainya, blog tersebut berpotensi menjual kepakaran melalui
informasi yang disampaikan.
4. Penulisan
santai dan bersahaja namun punya banyak kisah pengajaran
Kisah kita kadangkala
kita malu untuk berkongsi, namun bagi kes-kes tertentu pengalaman benar adalah
kisah teladan realistic. Mungkin ada orang mengalami masalah yang sama, apabila
membaca satu-satu kasha, ia dapat mengubah pandangan dan member pengajaran
dalam satu sisi yang lain. Maka tulis dan kongsi pengalaman benar, mungkin
membantu pembaca untuk mencapai kelegaan dan menyelesaikan masalah dari sudut
berbeza.
5. Blog yang
menjadikan pembaca ketagih datang dan datang lagi
Bagi penulis blog tegar,
berupaya menjadikan pembaca datang dan datang lagi. Ini tidak dicapai dalam
satu hari. Penulis blog yang konsisten berupaya menjadikan blognya sebagai satu
ketagihan kepada pembaca.
6. Blog yang
menjadi rujukan khusus
Blog khusus yang menjadi
rujukan. Blog sebegini penuh informasi dan mencapai tahap menyentuh setiap
aspek kategori dalam fokus blog yang ditulis.
7. Blog yang
berinformasi, bebas memberi pandangan penuh etika
Blog berinformasi, jujur
dalam penyampaian membuatkan pembaca ternanti-nanti. Ia bukan penulisan syok
sendiri, tetapi sangat telus dalam penyampaian.
8. Blog yang
menjaga tatabahasa asas, penulisan Bahasa Melayu formal, walaupun santai asas
ini dijaga.
Sangat berbeza blog yang
kurang dikunjungi dengan blog yang suka dikunjungi. Jagalah penulisan, gunalah
Bahasa Melayu formal, walaupun santai elemen ini masih menjadi dan satu tarikan
kepada pembaca.
9. Blog yang
boleh dipindahkan menjadi wang
Blog penyelesai masalah
dan informasi sangat berpotensi untuk dijadikan wang. Ia boleh dijual sebagai
ebook, atau blog tersebut sebagai agen pemasaran online terhebat. Entri boleh
diselit dengan promosi produk. Gaya bersahaja semasa penyampaian, menjadikan
pembaca tetap akan mudah terpengaruh untuk membeli. Jika sudah sampai ke tahap
ini, tukar pembaca kepada pembeli pula.
10. Blog yang
berjaya menukar pelanggan daripada pembaca kepada pelanggan
Inilah yang digemari
pemilik blog yang aktif. Bagi yang mempunyai pembaca tegar, dengan sendirinya
akan mudah menjadi pelanggan. Pelanggan itu pula bertukar sebagai pelanggan
setia. Binalah hubungan baik dengan pembaca jangan dibiarkan blog sepi tanpa
entri dan bawakan sesuatu yang segar setiap hari
(sumber : Ebook belajar
asas blog).
Banyak lagi tip yang boleh diperolehi dalam ebook belajar asas blog ini
Hubungi saya, Suhaila
Rahim melalui:
Emel: suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684
4409
No comments:
Post a Comment