Teks: Suhaila Rahim
Foto: Koleksi Peribadi dan Carian Google
Bismillah. Pernah melihat buah di atas? Dalam perhatian rambang saya di kalangan kawan-kawan yang sudah lama tinggal di bandar, ramai yang tidak tahu. Pada mulanya saya pun tak tahu walaupun berasal dari kampung. Untuk pengetahuan semua, inilah buah Asam Gelugor atau nama saintifiknya Garcinia Cambogia. Buah asam inilah yang dijadikan asam keping sebagai satu bahan asas masakan masyarakat Malaysia seperti kuah laksa. Buah asam ini akan di hiris nipis dan dijemur di bawah cahaya matahari sehingga betul-betul kering sebelum boleh digunakan.
Pokok asam juga agak serbaguna kerana daunnya juga boleh dicampur dalam makanan. Rasa daunnya adalah lemak-lemak, sedikit kemasaman dan kelat selalu dijadikan bahan campuran dalam masakan, antaranya makanan kegemaran saya iaitu gulai telur itik dicampur dengan hirisan daun asam . :)
Gambar pokok asam dari Google
Selain digunakan untuk masakan sebagai penyedap makanan, asam gelugor ini juga banyak khasiatnya dari sudut kesihatan. Ada wanita mengamalkan minum air asam gelugur semasa berpantang dipercayai untuk mempercepatkan proses mengecutkan rahim. Selain itu amalan tersebut juga dikatakan mampu menurunkan berat badan.
Asid utama asid hydroxycitric atau HCA. di dalam asam gelugur pernah menjadi kajian saintis pemakanan. Terbukti ia sangat berkesan membantu mengekang nafsu makan dan menggalakkan penguraian lemak dalam tubuh manusia dan haiwan.
Rangsangan kehilangan berat badan menerusi dua cara asas.
1. HCA bertindak menghalang penukaran makanan bergula dan berkanji kepada lemak. Ini bermakna HCA dikatakan dipercayai mampu membantu menyekat penghasilan lemak.
2. Penemuan terbaru mendapati melalui cara peningkatan tahap kimia tertentu dalam otak seperti serotonin, pengatur kepada pengawalan selera, HCA juga dikatakan mungkin mampu menyekat selera makan.
Penggunaan asam gelugur juga mendapat tempat dalam perubatan India kuno (Ayurveda) bagi mengatasi masalah penghadaman, rawatan cacing, parasit, tumor dan cirit-birit berdarah.
Air rebusan kulit buah asam gelugur juga dikatakan mampu digunakan untuk merawat reumatisme dan masalah dalam perut. Selain itu buah tersebut dikatakan berupaya mengurangkan tekanan darah tinggi. Perubatan Melayu zaman dahulu menggunakan rebusan air daun dan akar asam gelugur untuk menyembuhkan sakit telinga melalui titisan ke dalam telinga.
Buah asam gelugur juga dikatakan mampu melegakan kesakitan gusi. Caranya adalah dengan mengambil sekeping asam gelugur dan kemudian basuh hingga bersih sehingga menjadi sedikit lembut. Tampal atau selitkan di celah-celah antara gusi dan bahagian pipi selama 10 hingga 15 minit. Kemudian kumur dengan air suam.
Mak bekalkan buah asam ini semasa saya balik kampung minggu lepas. Bagi mengurangkan sedikit belanja dapur saya berazam mahu hasilkan sendiri asam keping untuk kegunaan sendiri.
Ini hasil asam keping saya selepas dijemur beberapa hari. Daripada dua biji buah asam, hanya sebekas ini sahaja yang dapat. Patutlah harganya agak mahal, sehinggakan ada kedai runcit yang menjual 3 keping dalam satu paket plastik kecil dan dijual dengan harga 50 sen. Hasil rujukan saya melalui intenet saya mendapati, harga asam keping segar (yang baru selesai proses pengeringan) boleh dijual sehingga RM4.50 untuk 100 gram. Ini bermakna jika diusahakan secara kormersil boleh dijual dengan harga RM45 untuk 1 kilogram. Satu perusahaan yang sangat menguntungkan dan perlu dipertimbangkan :)
Semoga bermanfaat!
_____________________________________________
Pencarian rakan niaga/pengurus online
JANA PENDAPATAN SECARA ONLINE TANPA KELUAR DARI RUMAH!
Facebook: Suhaila Rahim

Bagi mereka yang tercari-cari peluang untuk menjana pendapatan dari rumah melalui blog sambil memasarkan produk dari akademi sila daftar dan jadi salah seorang RAKAN NIAGA/PENGURUS ONLINE di Akademi Bekerja di Rumah (ABDR)
Apa yang kalian dapat jika menjadi Rakan Niaga:
=> belajar gunakan blog untuk jana pendapatan
=> dapat free kelas akaun
=> bonus 4 ebook
=> produk hanya atas talian
=> tak perlu simpan stok
=> tak perlu urus stok
=> tiada modal berkali-kali. Hanya sekali yuran akademi rakan niaga
=> produk umum dan permintaan sepanjang tahun
=> hanya perlukan kesungguhan, fokus, konsisten.
Peluang keemasan ini sangat sesuai untuk
- suri rumah yang ada komitmen menjaga anak kecil di rumah
- suri rumah yang bekerja tetapi ingin mencari pendapatan tambahan
- kalian yang malas nak keluar untuk menghantar produk ke pejabat pos
Terdapat dua pakej Rakan Niaga yang kami tawarkan. Pilih mengikut kesesuaian masa dan budget anda.
No comments:
Post a Comment