Teks:
Suhaila Rahim
Foto:
Carian Google
Bismillah. Mungkin ramai antara kita pernah mengalami situasi, didatangi oleh mereka yang mahu meminta sedekah, ketika kita di rumah atau ketika makan di kedai atau di mana-mana sahaja? Adakalanya yang datang selalunya anak-anak kecil, yang kurang upaya dan tidak kurang juga mereka yang dilihat masih kuat sekiranya bekerja untuk mencari rezeki sendiri. Ketika itu, mungkin terdetik pelbagai soalan difikiran kita. Layak ke dia menerima sedekah ni? mangsa sindiket ke anak-anak ni? badan sihat kenapa tak kerja ya? Kalau aku bagi siapa yang dapat duit ni ya?
Memang tidak dapat dinafikan, akhir-akhir ini dengan desakan hidup, manusia boleh bertindak macam-macam. Ada yang menipu, mengeksploitasi kanak-kanak untuk mengutip derma, dan tidak kurang juga yang semakin malas berusaha dengan kudrat yang Allah beri untuk bekerja, mengambil jalan mudah dengan meminta sedekah untuk menampung hidup. Hasilnya ada yang hidup mewah hanya dengan meminta sedekah. Astaghfirullah.
Realitinya, memang sukar sebenarnya untuk menilai yang mana betul-betul memerlukan atau sebaliknya. Teringat pesanan 'Founder' saya, semasa bekerja di NGO dulu, jika kita didatangi anak-anak kecil meminta sedekah ketika kita makan digerai, jangan diberikan wang kepada anak itu. Sebaliknya, belanja dia makan walaupun dengan sepinggan nasi goreng dan air sirap. Ini akan mengelakkan wang yang kita beri, tidak menjadi milik mereka yang tidak bertanggungjawab.
Walaupun apapun ceritanya, mungkin kisah di bawah ini boleh dijadikan pengajaran agar kita sentiasa menjadikan sedekah, sebagai amalan harian kita. In shaa Allah.
Dari
Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Dahulu ada seorang lelaki yang
telah berniat, ‘Aku akan bersedekah. Kemudian dia keluar dari rumah membawa
sesuatu dan menyerahkannya ke tangan pencuri. Melihatkan hal itu, orang-orang
di sekelilingnya mencemuh perbuatannya itu. Mereka berkata kepadanya, ‘Malam
ini engkau bersedekah kepada seorang pencuri.’ Namun orang itu berkata dengan
tenang, ‘Ya Allah, segala puji bagi-Mu kerana aku mampu bersedekah walaupun
kepada seorang pencuri. Aku akan bersedekah lagi dengan sedekah yang lain.’
Kemudian
dia keluar dari rumahnya dengan membawa sedekah dan menyerahkannya kepada
seorang pelacur. Orang-orang di sekelilingnya mencemuh. Mereka berkata : ‘Malam
ini engkau telah bersedekah kepada seorang pelacur.’ Namun lelaki itu dengan
tenang berkata, ‘Ya Allah, segala puji bagi-Mu kerana aku boleh bersedekah walaupun
kepada seorang pelacur. Aku akan bersedekah lagi dengan sedekah yang lain.’
Kemudian
dia keluar dari rumahnya dengan membawa sedekah dan menyerahkannya kepada
seorang yang kaya. Orang-orang di sekelilingnya mencemuh. Mereka berkata :
‘Malam ini engkau telah bersedekah kepada seorang yang kaya.’ Namun lelaki itu
dengan tenang berkata, ‘Ya Allah, segala puji bagi-Mu kerana aku boleh
bersedekah walaupun kepada seorang pencuri, pelacur dan kepada seorang yang
kaya.’
Pada
malam harinya, lelaki itu bermimpi mendengar suara yang mengatakan, ‘Adapun
sedekahmu itu kepada si pencuri, mudah-mudahan dengan sedekahmu itu akan
menjauhkan dirinya daripada perbuatan mencuri. Manakala sedekahmu kepada
pelacur, mudah-mudahan sedekahmu itu akan menyebabkan dia menjauhkan dirinya
daripada zina. Begitu juga sedekahmu kepada orang kaya, mudah-mudahan orang itu
mendapat pengajaran daripada sedekahmu, sehingga dia mahu menafkankan harta
yang dianugerahkan Allah kepadanya kepada orang lain.’”
(Hadis Riwayat Bukhari dan
Muslim)
Kisah
ini menceritakan seorang yang bertekad untuk memberi sedekah. Pada suatu malam
dia telah berjalan untuk memberi sedekah. Maka, dia berjumpa seseorang yang
merayau-rayau yang disangkanya orang miskin, lalu dia memberi sedekahnya.
Esoknya, masyarakat di situ riuh rendah dan mengejeknya kerana memberi sedekah
kepada seorang pencuri. Dia juga terkejut, dia tidak menyangka lelaki yang
ditemuinya semalam dan diberikan sedekah adalah seorang pencuri!
Namun
dia tidak putus asa, dia keluar pula malam esok. Perkara yang serupa juga
terjadi apabila esoknya orang ramai kecoh kerana seorang perempuan zina telah
mendapat sedekah. Dia tetap bersyukur kepada Allah kerana telah berjaya
bersedekah. Kali ini dia tetap bertekad untuk bersedekah lagi, mudah-mudahan
sedekahnya sampai kepada orang yang memerlukan seperti fakir miskin dan lain-lain. Malam
tersebut dia keluar lagi, dia telah bersedekah lagi. Esoknya orang ramai
semakin kecoh dan kalut. Sebelum itu seorang pencuri mendapat sedekah,
semalam seorang pelacur dan malam tadi seorang yang kaya raya pula mendapat
sedekah keluh orang ramai.
Jadi,
lelaki tersebut teramat sedih. Dia tetap memuji Allah kerana dia telah berjaya
bersedekah. Dia menyangka sedekahnya kepada pencuri, pelacur dan orang kaya itu
tidak diterima Allah kerana mereka tidak layak menerima sedekah. Yang paling
layak adalah fakir miskin. Dia telah bermimpi. dalam mimpi tersebut dia
telah diberitahu bahawa sedekahnya telah diterima Allah. Dia juga diberitahu
hikmah sedekahnya kepada 3 orang tersebut. Semoga sedekahnya kepada pencuri
telah menyedarkan pencuri tersebut, lalu dia berhenti daripada mencuri. Semoga si
penzina pula akan menggunakan harta yang disedekah tadi untuk menjaganya
daripada berzina dan sementara si kaya pula, mudah-mudahan si kaya tadi
terdorong untuk turut serta bersedekah seperti lelaki yang bersedekah tadi.
Kesimpulannya,
bersedekahlah. Walaupun kepada siapa dan berapa sedekah yang kita hulurkan, tanpa kita duga atau
ketahui, walaupun sedekah terjatuh ke tangan orang yang tidak berhak menerimanya. Sedekah
kita pasti diterima Allah, asalkan kita benar-benar bersedekah (ikhlas).
Semoga bermanfaat!
Kredit: http://www.tayibah.com
---------------------------------
1. Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan penulisan.
a. Menulis cara santai, tetapi masih lagi mengekalkan Bahasa Melayu formal. Ini salah satu cara menarik minat pembaca suka dan datang lagi ke blog.
b. Bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca/bakal pelanggan.
c. Belajar menulis dan latihan menulis untuk dapatkan momentum.
d. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi.
e. Bergabung dengan lebih rami blogger-lebih 100 blog dalam akademi, untuk membantu aliran trafik ke blog.
f. Ramai yang mahu bermula tetapi tidak tahu cara, menulis boleh dilatih jika tahu teknik yang betul.
g. Mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog.
h. Sudah ada blog, tetapi sudah tidak ada idea untuk meneruskan usaha berblog.
Jika kalian berada dalam salah satu kategori di atas, boleh sertai kami dalam kelas asas blog dan penulisan. Analisa dahulu sebelum masuk kelas. Boleh pm atau mesej inbox apabila sudah bersedia.
2. Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan fan page (mula bisnes)
a. Kelas ini khusus bagi suri rumah yang benar-benar zero tentang urus niaga secara online.
b. Mahu mula tetapi tidak tahu cara.
c. Mahu mula tetapi tidak ada produk. Kami menyediakan beberapa produk pilihan, produk sunnah, buku, pakej ebook, ruang periklanan. Juga peluang sebagai pembantu kelas di akademi bekerja di rumah.
d. Kelas ini sesuai untuk belajar menjana pendapatan awal RM10, kemudian tingkatkan lagi, RM20, RM50, RM100 begitulah seterusnya (ini adalah tertakluk kepada usaha yang konsisten daripada peserta.
e. Kelas ini juga sesuai untuk suri yang sibuk, surirumah sepenuh masa, suri bekerjaya yang mahu buat secara sambilan. Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.
f. Apabila sudah pandai, boleh belajar lagi dengan otai-otai pemasaran yang lain. juga bina jaringan bisnes secara online.
g. Apa yang kita belajar di dalam kelas ini. Analisa dahulu untuk kenalpasti apa produk yang sesuai/minat/pengalaman. Belajar buat blog kedai online, belajar menulis konsisten, belajar buat borang tempahan, jenis-jenis entri, belajar buat pan page, belajar buat pautan, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.
h. Untuk mula, kita analisa dahulu, pm saya sekarang atau mesej di inbox. Pendaftaran adalah setiap hari.
3. Apa yang diajar di kelas asas blog dan penulisan kreatif?
Pertama sekali, guru online akan analisis pelajar untuk melihat minat, kecenderungan, dan kemahiran. Analisis ini akan menentukan fokus blog dan genre penulisan kreatif. Pelajar perlu menyiapkan 44 entri sepanjang kelas berlangsung. Entri di blog ini merangkumi catatan harian, ulasan buku, tugasan yang diberi, cerpen, dan travelog pengalaman.Antara tugasan yang diberikan adalah menulis babak/cerita pendek berdasarkan gambar, potongan ayat, dan perkataan.Pelajar perlu menyiapkan sekurang-kurangnya 2 cerpen dalam 44 entri.
2. Saya mahu tulis novel bukan cerpen. Kelas ini sesuaikah untuk saya?
Pelajar akan diberikan e-book 101 Tip Penulisan Novel secara percuma bersama 2 e-book lain iaitu Asas Blog dan Kompilasi Cerpen Rautan Kasih. Dalam e-book 101 Tip Penulisan Novel ini, terkandung tip memulakan penulisan novel sehinggalah tip berurusan dengan penerbit. Latihan yang diberikan memang cerpen, namun aplikasinya masih sama. Apa yang dipelajari boleh digunakan untuk menulis novel.
3. Pukul berapa dan hari apa kelas berlangsung?
Ia boleh berlangsung setiap hari, dua hari sekali, seminggu sekali. Terpulang pada pelajar. Tiada waktu yang spesifik. Pelajar dan guru online akan berkomunikasi melalui mesej dan group di FB. Setiap kali siap tugasan, maklumkan kepada guru online untuk disemak (untuk tugasan dan cerpen). Dari semasa ke semasa, guru online akan pantau blog pelajar.
4. Jika saya sertai kelas ini, adakah “confirm” karya saya akan diterbitkan?
Tidak ada jaminan daripada guru online. Semuanya bergantung pada usaha dan rezeki. Guru online hanya membantu, menunjukkan jalannya.
5. Saya sudah ada manuskrip yang sudah/sedang ditulis. Adakah saya boleh berikan kepada guru kelas online untuk dibaca dan diberi komen penambahbaikan?
Cerpen dan sinopsis novel yang terperinci (setiap bab)., boleh sahaja diletakkan di entri blog, guru online akan baca dan ulas. Kalau manuskrip novel yang tebal, ini tidak termasuk dalam yuran kelas. Pelajar dan guru online perlu berbincang sekiranya ada bayaran tambahan. Sekiranya kelas sudah tamat, pada masa akan datang, para pelajar boleh mendapatkan perkhidmatan mengulas manuksrip daripada guru online.
Facebook: Suhaila Rahim
No comments:
Post a Comment