Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google
Bismillah.. Ahad lepas kami sekeluarga singgah di IKEA sementara menunggu jemputan kenduri Walimah di Subang Jaya. Tiada niat hendak membeli belah cuma berjalan-jalan mencari-cari jika ada yang menarik sambil membawa ibu dan adik yang datang dari kampung. Sampai di IKEA, rezeki menyebelahi kami bila mendapat parkir yang agak hampir dengan pintu masuk utama dan kami tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkannya. Kebetulan ada seorang pegawai keselamatan yang bertugas menunjukkan satu petak parkir yang baru sahaja dikosongkan. Alhamdulillah.
Setelah mematikan injin kereta, kami sekeluarga bersiap untuk keluar dari kereta. Tiba-tiba pegawai keselamatan yang pada pandangan saya seperti orang asing yang membantu menunjukkan parking kepada kami tadi datang menuju ke kereta. Rasa cuak pun ada, sambil tertanya-tanya jika ada kesalahan yang kami lakukan. Dia berkata sesuatu dengan suami tetapi butir-butir perkataanya tidak berapa didengari. Tiba-tiba kedengaran suara Encik Suami berkata, 'Oh, Thank you!'. Rasa agak pelik perbualannya. Bila ditanya kepada Suami, "Sekuriti tu tanya apa?' Spontan sahaja dia menjawab sambil tersenyum. Rupa-rupanya, Pegawai Keselamatan itu (berkata dalam bahasa Inggeris) memuji suami kerana berjaya meletakkan kereta dalam kedudukan yang betul. Kami tersenyum sesama sendiri. Pujian yang agak ringkas tetapi penuh makna. Seumur hidup tak terjangkau difikiran dipuji kerana atas sebab yang kecil itu. Mungkin mereka dilatih sebegitu untuk menghargai pelanggan atau sifat semulajadi pegawai keselamatan itu sendiri. Wallahu'alam. Apa yang penting ia sangat memberi pengajaran kepada saya sendiri. Pengajarannya: Jangan abaikan walaupun sedikit pujian kepada orang lain walaupun ia hanya kecil di pandangan kita tetapi impak yang besar kepada orang yang menerima pujian. Sesekali boleh juga dipraktikkan untuk anak-anak, pasangan, rakan sekerja dan sahabat-sahabat kita juga.
Semoga bermanfaat!
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Berminat?
Hubungi saya, Suhaila Rahim melalui:
Emel: suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim
Berminat?
Hubungi saya, Suhaila Rahim melalui:
Emel: suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim
No comments:
Post a Comment