Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google
“Sepatutnya sebulan lagi appointment,
tapi bacaan hb darah puan tidak mencapai tahap yang sepatutnya, kita jumpa lagi
dua minggu ya!” Pesan doktor mengakhiri temujanji hari ini.
Aduh! Liatnya nak datang. Minggu lepas baru habis ‘denda’ datang
dua kali seminggu akibat kenaikan berat badan. Minggu ini ada ‘denda’ baru
pula. Allahu Akbar banyak betul ujian bila hamil kali ini.
Apa berlaku bila bacaan hb darah
rendah ketika hamil?
Bacaan hb adalah suatu
pengukuran yg diambil melalui sampel darah untuk menentukan paras haemoglobin
(hb) di dalam darah seseorang. Secara umumnya, hemoglobin ialah protein yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh
tisu badan.
Paras hb seseorang dikira dalam unit g/dL (gram per deciliter). Paras normal hemoglobin bagi wanita adalah di antara 11.5 - 16.5g/dL manakala lelaki adalah 12.5 - 18.5g/dL. Manakala bacaan hb yang normal bagi ibu mengandung ialah pada julat: 11-12 g/dl (gram per deciliter).
Zat besi diperlukan dalam menghasilkan hemoglobin yang
merupakan sejenis protein di
dalam sel darah merah yang
bertanggungjawab membawa oksigen
ke sel-sel badan ibu dan juga kepada bayi dalam kandungan. Semasa hamil, keperluan zat besi
turut meningkat bagi menghasilkan lebih banyak hemoglobin, selain diperlukan
untuk pembesaran bayi dan plasenta (uri). Kuantiti zat besi yang diperlukan
semasa hamil meningkat sehingga 18mg ke 27mg sehari.
Sebelum hamil, anda memerlukan kira-kira 15 miligram (mg) zat
besi sehari. Jumlah ini agak banyak. Kebanyakan daripada kita mungkin tidak
dapat memenuhi keperluan yang disarankan ini. Semasa hamil, anda perlukan lebih
zat besi untuk membantu mengekalkan kesihatan anda dan bayi. Jika anda tidak
mendapat zat besi yang mencukupi untuk menjana penghasilan hemoglobin bagi anda
berdua, anda mungkin akan mengalami anaemia akibat kekurangan zat besi. Ini
merupakan jenis anaemia yang paling biasa berlaku dalam kehamilan. Kira-kira
satu dalam lima wanita mengalaminya semasa hamil.
Seorang wanita hamil memerlukan 30mg zat besi setiap hari.
Seperti mana kebanyakan vitamin dan mineral lain, makanan ialah sumber terbaik
bagi zat besi. Anda sepatutnya tidak perlu mengambil suplemen jika anda makan
banyak sumber makanan yang kaya dengan zat besi. Ini bermakna
anda perlu makan banyak sayur-sayuran berdaun hijau tua, roti bijian penuh,
bijirin yang diperkaya dengan zat besi, kentang, daging merah tanpa lemak,
kerang-kerangan, kismis, prun dan kekacang.
Vitamin C membantu badan anda menyerap zat besi dalam pemakanan. Cuba minum banyak jus oren atau makan buah-buahan atau sayur-sayuran yang kaya dengan vitamin C semasa memakan makanan yang kaya dengan zat besi untuk membantu mengelak daripada mendapat anaemia.
Ibu hamil dinasihatkan supaya mengelak dari mengambil makanan berkafein seperti teh dan kopi, kerana ia menyukarkan badan untuk menyerap zat besi.

Wanita yang mengamalkan diet yang rendah zat besi lebih
berkemungkinan mengalami anaemia. Anda juga lebih berkemungkinan menghidap
anaemia akibat kekurangan zat besi semasa hamil jika bekalan zat besi dalam
badan anda telah sedia berkurangan, mungkin kerana jarak antara kehamilan
terdahulu dan kehamilan kini sangat rapat, atau darah haid anda keluar sangat
banyak sebelum anda hamil.
Kandungan anak kembar juga boleh meningkatkan risiko anda mengalami anaemia.
Kandungan anak kembar juga boleh meningkatkan risiko anda mengalami anaemia.
Tanda-tanda penyakit Anameia
Keletihan dan sesak nafas adalah tanda-tanda biasa bagi
anaemia. Namun anda mungkin tidak sedar bahawa anda menghidap anaemia kerana
simptom-simptom ini juga dialami oleh ramai lagi wanita hamil yang tidak
mengalami anaemia.
Sakit kepala, tinnitus (telinga berdengung) dan jantung berdebar adalah simptom-simptom lain anaemia, selain mempunyai tabiat mengidam makanan yang tidak biasa. Kelopak mata, dasar kuku dan lidah juga mungkin kelihatan pucat.

Rawatan untuk Anameia
Doktor anda akan berbincang dengan anda tentang pemakanan
untuk memastikan anda makan cukup makanan yang betul, dan beliau juga mungkin
mempreskripsikan pil zat besi.
Keburukan pil zat besi ialah walaupun ia boleh memperbaiki tahap zat besi dalam badan, ia juga mempunyai kesan sampingan yang kurang menyenangkan. Pil zat besi boleh menyebabkan sembelit dan masalah perut yang lain seperti loya, cirit-birit dan sakit perut. Namun, meningkatkan pengambilan serat dalam diet semasa mengambil pil zat besi boleh membantu mengelakkan sembelit. Mengambil pil tersebut semasa waktu makan pula boleh membantu mengurangkan kesan sampingan yang lain.
Jika anda rasa kesan sampingan tersebut menjada masalah serius kepada anda, mintalah doktor anda mempreskripsikan jenama yang lain atau mengurangkan dos yang perlu anda ambil kerana dos yang rendah mungkin lebih baik daripada tidak mengambilnya langsung.

Kesan Anameia pada bayi
Melainkan anda menghidap anaemia
yang serius, anda tidak perlu bimbang mengenai bayi anda. Badan anda akan
memastikan bahawa bayi mendapat jumlah zat besi yang diperlukannya sebelum anda
mendapatnya. Oleh itu, anda akan kekurangan zat besi dahulu sebelum bayi anda.
Bayi anda menggunakan bekalan zat besi paling banyak dalam trimester kedua dan
ketiga kehamilan, oleh itu, masa inilah anda perlu lebih menjaga diri sendiri.
Namun, Anaemia semasa hamil juga boleh membawa kepada:
Namun, Anaemia semasa hamil juga boleh membawa kepada:
·
Bayi lahir tidak cukup bulan
·
Bayi lahir kurang berat
·
Bayi lahir mati (‘stillbirth’)
·
Mempengaruhi kesihatan ibu hamil
·
Tumpah darah semasa bersalin
·
Peningkatan risiko meroyan (postpartum depression)
·
Mempengaruhi simpanan zat besi bayi di peringkat awal kelahiran
·
Bayi berisiko tinggi untuk menghidap anemia.
Jadi anemia
semasa hamil mestilah dipandang
serius oleh ibu kerana risiko yang
datang bersamanya adalah besar.Amalkan diet yang seimbang dan kaya dengan zat besi seperti
mengambil daging merah, kacang, tofu, kismis, sayuran hijau atau kerang.
------------------------------
MANFAATKAN IDEA, KEPAKARAN, MINAT DAN HOBI MELALUI BLOG
1. Untuk penulisan di bidang dan kepakaran masing-masing
setiap hari membaca dan membaca dan membaca. Kalau baca saja boleh jadi tepu, lepas baca 10 bahan bacaan, tuliskan kesimpulannya dalam bentuk penulisan
setiap hari membaca dan membaca dan membaca. Kalau baca saja boleh jadi tepu, lepas baca 10 bahan bacaan, tuliskan kesimpulannya dalam bentuk penulisan
2. Untuk catatan harian
Menulis dengan niat untuk berkongsi. Elakkan luahan perasaan negatif. Sentiasa tulis sesuatu yang positif. Sentiasa terapkan aura positif pada yang membaca. Cuba bayangkan jika kalian tulis yang negatif? Apa yang akan terjadi kepada yang membaca?
3. Untuk penulisan pengalaman
Tulis dengan penuh bermakna. Menulis seolah membantu (guide) orang lain untuk dapatkan pengalaman yang sama. Jika ia pengalaman yang tidak baik, kongsikan kesan di sebalik pengalaman dan cara mengelakkannya agar orang lain dapat mengelakkannya
Yang penting, setiap penulisan, jangan disia-siakan, jadikan ia boleh memberikan manfaat pada orang lain. Jika zaman dahulu setiap orang menulis berpuluh dan beratus buku sepanjang hayatnya, zaman sekarang hanya perlu menaip di stataus FB mahupun Blog saja.
Tidak perlu tunggu kita jadi orang sempurna baru mula untuk menulis. Tulislah sepotong ayat sekalipun, tuliskan di tempat yang boleh di baca. Bukan sekadar simpan di minda atau di hati, kelak ia akan lenyap ikut kita pergi sekali. Jadikan menulis itu sebagai ibadah.
Setiap orang memiliki keunikan, kemahiran dan kepakaran yang berbeza-beza. Jangan fikir apa yang kita tulis dan apa yang kita tahu itu semua orang sudah mengetahuinya. Apa yang kita kongsikan melalui tulisan mungkin dapat membantu orang lain untuk menambah nilai dalam kehidupan mereka, dapat membantu menyelesai masalah mereka.
Berminat untuk mula menulis di blog? Sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah(ABDR)
Jika berminat hubungi saya:
Emel: suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim
No comments:
Post a Comment