Foto: Koleksi Peribadi
Alhamdulillah, sekadar berkongsi Resepi Apam Susu yang sangat mudah dibuat. Saya buatkan untuk anak semasa jamuan sekolah anak minggu lepas. Bersesuaian dengan saya yang jarang-jarang buat kuih ni, saya gagahkan juga google diinternet untuk tidak menghampakan permintaan anak :). Lagi satu saya suka buat kuih ni sebab resepinya mudah dan hanya menggunakan bahan-bahan ringkas yang mudah dicari di dapur. Hajat dihati nak buat kek macam di blog Cikgu Aishah, tapi ketiadaan oven lagi untuk membakar kek buat masa ini. :)
2 cawan tepung gandum
4 biji telur
1 sudu ovellette
1/2 cawan air
1 tin susu cair
1/2 cawan gula
1 s/k esen vanilla
Pewarna kesukaan
Cara-cara
Masukkan ovellet, gula dan telur dan esen vanilla pukul hingga kembang. (untuk lebih mudah saya blend sahaja)
Masukkan susu dan kaup semula
Bahagian kepada beberapa bahagian ikut warna kesukaan
kukus hingga masak..
siap :)
-------------------
Apa yang kita belajar dalam
kelas asas blog dan penulisan.
a. Menulis cara santai, tetapi
masih lagi mengekalkan Bahasa Melayu formal. Ini salah satu cara menarik minat
pembaca suka dan datang lagi ke blog.
b. Bina tapak awal
memperkenalkan diri kepada pembaca/bakal pelanggan.
c. Belajar menulis dan latihan
menulis untuk dapatkan momentum.
d. Teknik tulisan yang
mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi.
e. Bergabung dengan lebih
ramai blogger-lebih 800 blog dalam akademi, untuk membantu aliran trafik ke
blog.
f. Ramai yang mahu bermula tetapi tidak tahu
cara, menulis boleh dilatih jika tahu teknik yang betul.
g. Mengetahui teknik yang
betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di
blog.
h. Sudah ada blog, tetapi
sudah tidak ada idea untuk meneruskan usaha berblog.
Jika kalian berada dalam salah
satu kategori di atas, boleh sertai kami dalam kelas asas blog dan penulisan.
Analisa dahulu sebelum masuk kelas.
Sebarang pertanyaan dan kemusykilan hubungi saya, Suhaila Rahim melalui:
No comments:
Post a Comment