='description'/>

Thursday, 6 November 2014

Jika saya seorang pereka cipta..

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google

Semenjak Aqil aktif bermain bola dan sepak takraw di padang ni, hampir setiap hari saya ada tugas baru iaitu mengutip kemuncup di seluarnya. Kerjanya nampak mudah tapi kalau terkena pada jenis seluar yang berbulu memang menuntut masa yang lama. Bukan sikit-sikit yang lekat, tapi penuh kemuncup dikaki seluar. Nampaknya sudah lama padang di kawasan perumahan kami tidak diselenggara sebaik-baiknya. Budak-budak pula mana tau. Semua main redah je. Asalkan aktiviti bermain petang tetap berjalan kecuali hari hujan.

Teringat dulu-dulu, ketika masih bersekolah dan tinggal di asrama selalu juga kami bermain bola jaring. Kalau court bersih dari rumput memang seronok sahaja bermain. Tapi bila rumput memanjang dengan kemuncup lagi, memang penuh seluar dengan kemuncup. Habis bermain kena duduk sekejap kat tepi longkang mengutip kemuncup. Dalam hati pun mula terdetik 'kalaulah ada alat untuk membuang kemuncup ni kan senang'. Ketika itu berangan kalau ditakdirkan jika saya menjadi seorang pereka cipta suatu hari nanti, saya nak cipta alat yang boleh buang kemuncup ni. Hampir setiap hari bila mengalami masalah kemuncup saya akan terfikir impian itu. Pernah juga cerita pada seorang rakan. Tapi biasalah bila impian begini hanya menjadi gurauan dan usikan rakan-rakan. Tapi bila dah menginjak dewasa, Allah takdirkan saya tidak menyambung pelajaran di aliran sains. Minat cenderung hanya ke bidang akaun dan ekonomi. Nampaknya impian saya tinggal kenangan. 

Dan hari ini bila saya perlu ulangi kerja mengutip kemuncup seluar, saya senyum sendiri. Terdetik impian saya dulu, 'kalaulah ada alat untuk membuang kemuncup ni kan senang'... :)

(status lepas mengutip kemuncup dari seluar Aqil) 
------------------------------
MANFAATKAN IDEA, KEPAKARAN, MINAT DAN HOBI MELALUI BLOG
1. Untuk penulisan di bidang dan kepakaran masing-masing
setiap hari membaca dan membaca dan membaca. Kalau baca saja boleh jadi tepu, lepas baca 10 bahan bacaan, tuliskan kesimpulannya dalam bentuk penulisan

2. Untuk catatan harian
Menulis dengan niat untuk berkongsi. Elakkan luahan perasaan negatif. Sentiasa tulis sesuatu yang positif. Sentiasa terapkan aura positif pada yang membaca. Cuba bayangkan jika kalian tulis yang negatif? Apa yang akan terjadi kepada yang membaca?

3. Untuk penulisan pengalaman
Tulis dengan penuh bermakna. Menulis seolah membantu (guide) orang lain untuk dapatkan pengalaman yang sama. Jika ia pengalaman yang tidak baik, kongsikan kesan di sebalik pengalaman dan cara mengelakkannya agar orang lain dapat mengelakkannya
Yang penting, setiap penulisan, jangan disia-siakan, jadikan ia boleh memberikan manfaat pada orang lain. Jika zaman dahulu setiap orang menulis berpuluh dan beratus buku sepanjang hayatnya, zaman sekarang hanya perlu menaip di stataus FB mahupun Blog saja.

Tidak perlu tunggu kita jadi orang sempurna baru mula untuk menulis. Tulislah sepotong ayat sekalipun, tuliskan di tempat yang boleh di baca. Bukan sekadar simpan di minda atau di hati, kelak ia akan lenyap ikut kita pergi sekali. Jadikan menulis itu sebagai ibadah.

Setiap orang memiliki keunikan, kemahiran dan kepakaran yang berbeza-beza. Jangan fikir apa yang kita tulis dan apa yang kita tahu itu semua orang sudah mengetahuinya. Apa yang kita kongsikan melalui tulisan mungkin dapat membantu orang lain untuk menambah nilai dalam kehidupan mereka, dapat membantu menyelesai masalah mereka.

Berminat untuk mula menulis di blog? Sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah(ABDR)
Jika berminat hubungi saya:

Emel: suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim

No comments:

Post a Comment