Teks: Hazwani Abd Hamid
Sumber: http://hazwaniabdhamid.blogspot.com/2014/11/selesai-44-entri.html
Bismillah..
Assalammualaikum..
Sedar tidak sedar
perjalanan kelas saya sudah sampai ke penghujungnya. 44 latihan penulisan yang
saya mulakan Mac lepas kini sampai ke garisan penamat. Almaklumlah, saya orang
akaun, jika diberi permasalahan matematik cepat saya menghabiskannya tetapi bab
penulisan ini, dari sekolah rendah saya dah angkat bendera putih. Penulisan
adalah perkara baru buat saya, disebabkan tekad saya berusaha untuk
"graduate".
MATLAMAT AWAL
Sebenarnya dari dahulu saya
bercita-cita menjadi seorang pendidik. Tahun demi tahun, walaupun saya tidak ke
arah itu tetapi jiwa mendidik tetap ada. Bagi saya, menjadi pendidik bukan
semata-mata menjadi seorang guru tetapi ianya lebih dari itu. Apa yang penting,
ilmu didada. Dengan ilmu yang ada, kita boleh berkongsi dengan ramai orang.
Bila kita berkongsi ilmu, ilmu itu makin bertambah tidak akan berkurang walau
sedikitpun. Ajaib bukan?
Ulangtahun graduasi saya
yang ke-sepuluh tahun ini, menyaksikan beberapa perubahan dalam kehidupan saya.
Bisnes saya semakin stabil dan bermula tahun lepas saya ada mendapat permintaan
untuk mengajar akaun. Saya sambut permintaan itu dengan besar hati kerana itu
bermakna, saya telah mencapai cita-cita saya iaitu menjadi seorang pendidik.
Malah pelajar-pelajar yang rata-ratanya usahawan ada menggelarkan saya cikgu
dan tidak kurang juga yang memberi ucapan ketika Hari Guru tempoh hari.
Berbunga rasa di hati hanya Allah sahaja yang tahu.
Bertitik tolak dari
peristiwa itu, saya sering mendengar rintihan mereka yang mahu belajar akaun
tetapi mempunyai masalah untuk hadir ke kelas. Pada mulanya saya bersikap
dingin kerana bagi saya untuk mencari ilmu, seseorang itu perlu mencari
"guru" bukannya guru yang mencari anak murid. Sejenak berfikir, saya
fahami mereka, kasihan pada mereka. Jika saya tidak membuka ruang kepada
mereka, siapa lagi yang patut mereka tuju.
Dari situlah saya berhasrat
untuk menulis ebook, supaya saya boleh tukarkan situasi di kelas ke dalam ebook
dan supaya mereka boleh mendapat manfaat seperti mereka yang hadir ke kelas
saya. Alhamdulillah, saya bertemu dengan kak Masayu Ahmad dari
Team Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR) dan memperkenalkan saya dengan Kelas
Asas Penulisan ini. Benar, saya memang perlu melatih penulisan saya supaya
ianya benar-benar sampai kepada pembaca.
SESI PEMBELAJARAN
Skil penulisan yang lemah
membuatkan saya terkulat-kulat pada awalnya. Setiap kali mahu memulakan penulisan,
lama saya merenung laptop tetapi tiada idea yang keluar. Saya kembali kepada
nota kak Masayu Ahmad, baca perlahan-lahan dan saya tarik nafas dalam-dalam.
Saya mencari mood penulisan dengan cuba untuk melihat dunia sekeliling. Lama
saya ambil masa untuk bersedia kembali untuk menulis dengan lancar. Cemburu
dengan penulisan Rakan ABDR yang lain tidak boleh disangkal lagi. Penulisan
mereka lancar seperti keluar sebutir-butir dari mulut mereka sendiri. Kagum
saya..
Saya rasa mungkin saya
adalah dikalangan pelajar ABDR yang paling lewat "graduate". Mengapa
saya katakan demikian? Sebab saya mulakan kelas pada Mac 2014 dan November 2014
baru saya dapat menyiapkan tugasan 44 entri. Maknanya sebulan saya hanya boleh
siapkan 5 ke 6 entri sebulan. Tragis kan? Pengalaman yang amat bernilai.
MANFAAT KELAS
Saya mula menjadikan
penulisan ini sebagai rutin. Apa sahaja yang saya terfikir tika itu, terus saja
saya buka ipad untuk menulis. Ilham itu hadiah dari Allah, dengan niat untuk
saya sedarkan masyarakat bisnes untuk jaga bisnes mereka baik-baik. Mungkin
kerana niat itu, saya mudah untuk memberi penulisan yang panjang lebar. Apabila
menulis, saya tak sedar pun penulisan saya telah sampai ke penghujung kerana
kini saya sudah mula rasa seronok menulis! ^_^
Apabila banyak perkara yang saya tulis berkenaan akaun, ianya mudah bagi saya untuk kongsi bersama rakan-rakan Facebook yang lain. Sekurang-kurangnya mereka tidak bosan kerana saya tidak menulis berjela-jela di Facebook. Jika mereka mahukan maklumat, mereka akan terus ke blog saya. Insya-Allah.
Kelas Asas Penulisan ini melatih diri untuk menulis dengan lebih baik. Orang kata; "practise makes perfect". Bila banyak kali menulis, kita boleh elakkan dari menulis sesuatu yang tidak seronok dibaca oleh pengunjung. Kita juga boleh pilih cerita apa bagus untuk dikongsikan atau tidak. Teringat saya pesanan Kak Masayu Ahmad yang terkesan di hati. Antaranya;
TERIMA KASIH
Jutaan terima kasih kepada
Team ABDR terutama sekali Kak Masayu Ahmad yang sangat cool mengendalikan Kelas
Asas Penulisan dengan hanya secara online. Semoga usaha murni akak dalam
membantu ramai wanita yang mahu bekerja dari rumah dipermudahkan. Doakan saya
dapat menulis ebook "bestseller" seperti ebook-ebook yang akak
tulis. Halalkan ilmu akak kepada saya dan saya mohon maaf segala
kekurangan.
Alhamdulillah.. Bersyukur
ke hadrat ilahi..
Amin..
--------------------------------------
E-IQRA - Belajar Quran Dan Tajwid Interaktif (RM210 Sahaja)
HARGA : HANYA RM210. Anda akan dapat
1. 3 cd intertaktif
2. 3 buku/ jilid
3. 1 penanda info tajwid
Kalau Anda Beli Sekarang Anda Akan Dapat PERCUMA
Pos Percuma Seluruh Malaysia.
PROMOSI TERHAD
sms IQRA ke 0136844409 untuk mendapatkannya segera!
1. 3 cd intertaktif
2. 3 buku/ jilid
3. 1 penanda info tajwid
Kalau Anda Beli Sekarang Anda Akan Dapat PERCUMA
Pos Percuma Seluruh Malaysia.
PROMOSI TERHAD
sms IQRA ke 0136844409 untuk mendapatkannya segera!
Isi borang tempahan di sini.Sebarang pertanyaan dan kemusykilan hubungi saya, Suhaila Rahim melalui:
Emel: suhailarahim@gmail.comsms/Tel/whatsapp: 013 684 4409Facebook: Suhaila Rahim
No comments:
Post a Comment