='description'/>

Tuesday, 10 December 2013

Ujian banjir: sumbangkan yang masih baik...

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google



Terharu bila membaca berita di akhbar dan perkongsian rakan-rakan di fb tentang mereka terlibat dengan banjir. Semoga mereka semua tabah menghadapi ujian ini dan Allah mudahkan urusan mereka semua. Ketika musibah yang melanda banyak yang mengambil inisiatif untuk membantu dalam bentuk sumbangan tunai, barangan keperluan harian, dan tidak lupa juga yang menyumbang kudrat untuk turut bersama membantu. Alhamdulillah, moga sumbangan tersebut mendapat ganjaran yang sebaik-baiknya dari Allah. In shaa Allah..

Hari ini rasa terpanggil untuk berkongsi dengan sedikit pengalaman membantu mangsa banjir ketika beberapa tahun bekerja dengan sebuah NGO. Ketika berlakunya bencana seperti banjir sumbangan dalam bentuk kewangan amatlah diharapkan. Sumbangan dalam bentuk wang ringgit lebih mudah diuruskan kerana pihak NGO boleh membeli barangan mengikut keperluan mangsa-mangsa ditempat banjir. Namun begitu bagi yang tidak mampu, kita masih boleh menyumbang dalam bentuk barangan, tetapi pastikan barangan tersebut yang sesuai dan masih boleh digunakan. Ambil sedikit inisiatif untuk memilih dahulu barang sumbangan.  Jika menyumbang dalam bentuk makanan kering atau ubat-ubatan pastikan tidak terlepas tarikh luput.  Ini boleh mengelakkan dari menyumbang barang yang rosak atau tidak boleh digunakan lagi. Ini kerana tanpa kita sedar jika kita menyumbang barang-barang tersebut kita telah menambah beban kepada pihak terbabit perlu menanggung kos untuk melupuskan barang-barang tersebut.

Tip menyumbang pakaian:
1. Bagi pakaian terpakai pastikan pakaian tersebut tidak koyak, bersih masih boleh dipakai dan sesuai untul didermakan. Adalah lebih baik jika pakaian tersebut dicuci dahulu jika ia telah disimpan dalam tempoh yang lama.

2. Asingkan pakaian mengikut kategori yang sesuai. Contoh pakaian bayi (baru), baju lelaki dewasa (terpakai), baju kanak-kanak perempuan (baru), baju tebal dan lain-lain lagi. Ini memudahkan pakaian tersebut diagihkan oleh pihak yang bertanggungjawab kepada mangsa yang terjejas mengikut keperluan masing-masing. Setiap kategori tersebut perlu dilabelkan pada setiap plastik atau kotak.

3. Pastikan pakaian tersebut dilipat dan disusun sebaik mungkin bagi memudahkan urusan pembungkusan di tempat pengumpulan derma nanti. Ini akan menjimatkan masa dan kos untuk ‘packing'.

4. Gunakan karung plastik atau kotak yang sesuai dan tahan lasak supaya tidak mudah koyak apabila sampai tempat pengagihan bantuan.

Semoga bermanfaat!

2 comments:

  1. saya cadangkan agar setiap baju yang ingin didermakan hendaklah dimasukkan terlebih dahulu ke dalam plastik sebesar A4 atau ikut saiz baju tersebut. jadi ia nampak seperti baju baru yang dibeli dari kedai. kemudian barulah dimasukkan ke dalam plastik yang lebih besar.

    ReplyDelete