Foto: Carian Google
Hari ini saya ingin berkongsi sebahagian daripada mesej yang saya terima dari seorang sahabat. Perkongsian yang menyentuh hati moga bermanfaat untuk semua. Semoga Allah merahmati hamba Allah sudi yang menitipkan dan menjadi pahala jariah buatnya. In shaa Allah..
'..tanda-tanda Iman ditarik dari hati (ditutup pintu hatinya) ialah Allah akan sibukkan dirinya dengan urusan dunia..' (mafhum riwayah)
Kata Ustaz, apabila Allah tidak menghendaki kita lagi,
Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia..
Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak
Allah akan sibukkan kita dengan menjalankan perniagaan
Allah akan sibukkan kita dengan urusan menambah harta
Allah akan sibukkan kita dengan urusan mencari pengaruh, pangkat dan kuasa
Alangkah ruginya kerana semua itu akan kita tinggalkan..
Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT.. dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi sudah semestinya mereka memilih tidak lagi bertarung bermati-matian merebut dunia.. kerana tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepadaNya..
Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi pangkat, harta, rumah besar, kereta besar..
Kenapa..
kita tidak pernah cemburu melihat ilmu orang yang lebih daripada kita..
kita tidak pernah cemburu melihat orang lain lebih banyak amalan daripada kita
kita tidak pernah cemburu apabila melihat orang lain bangun di sepertiga malam.. solat tahajud dan bermunajat..
Kita cemburu apabila melihat orang lain menukar kereta baru yang mewah.. tetapi jarang kita cemburu melihat orang lain yang boleh khatam Al Quran sebulan dua kali'
Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman.. apabila duit, harta dan pangkat mengatasi segala-galanya
Setiap kali menyambut hari jadi.. kita sibuk nak meraikan secepat mungkin.. tetapi kita lupa denagn bertambahnya umur kita.. maka kita akan dipanggil Ilahi bertambah dekat. Kita patut bermuhasabah mengenai bekalan ke satu perjalanan yang jauh, yang tidak akan kembali buat selama-lamanya...'
Astagfirullah lil mukminin wal mukminat... Semoga bermanfaat!
No comments:
Post a Comment