='description'/>

Thursday, 26 December 2013

Nostalgia di Acheh

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Koleksi Peribadi

Bismillah.. Hari ini genap sembilan tahun tragedi Tsunami. Bila mengimbas kembali pengalaman itu saya jadi rasa sayu dan hiba. Ketika itu saya bekerja dengan sebuah NGO yang telibat secara langsung dalam aktiviti bantuan kepada mangsa-mangsa tsunami. 

Tugas saya ketika itu tertumpu di pejabat sahaja memandangkan ia bermulanya fasa kecemasan (Emergency Phase). Oleh itu beberapa misi kemanusiaan dihantar ke tempat-tempat bencana hanya akan disertai oleh beberapa pakar dalam fasa ini antaranya doktor, jururawat, paramedik dan beberapa orang yang bertugas untuk logistik. Sebagai staf biasa kami hanya memberi sokongan dalam bentuk menyediakan keperluan yang diperlukan di kawasan bencana. 

Secara jujur banyak yang saya belajar dalam tragedi ini, suatu kejadian yang sangat menginsafkan dan membuka mata saya dalam banyak perkara. Hari ini saya ingin berkongsi sedikit beberapa foto yang masih saya simpan ketika menziarahi salah satu kawasan yang terjejas teruk akibat Tsunami iaitu Aceh.  

Setahun selepas tragedi Tsunami saya di beri peluang oleh pihak pengurusan untuk menyertai misi kemanusiaan ke Aceh iaitu antara kawasan yang paling terjejas teruk akibat Tsunami. Kebetulan ketika itu ada majlis penyerahan beberapa projek yang kami jalankan untuk mangsa-mangsa Tsunami hasil daripada sumbangan yang telah diterima oleh orang ramai. Antaranya rumah, sekolah, bantuan biasiswa kepada pelajar, rumah anak yatim dan kolej kejururawatan. 

Maaf jika tiada catatan panjang dalam entri ini. Moga perkongsian beberapa foto di bawah memberi sedikit iktibar kepada kita semua. Doakan saya diberi kekuatan untuk menulis lagi kisah ini di dalam entri seterusnya. In shaa Allah..


Antara penempatan rakyat Aceh yang terjejas.




Bot yang tersadai di kawasan penempatan akibat dibawa arus Tsunami

 Antara masjid yang selamat dari kemusnahan akibat Tsunami



 Kapal yang telah dibawa ombak ke daratan





____________________________________________________
Hubungi saya, Suhaila Rahim melalui:

Emel: 
suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim

No comments:

Post a Comment