Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google
Garam merupakan satu bahan asas dalam masakan dan juga menambah
perisa kepada makanan dan ia juga digunakan sebagai bahan pengawet. Garam
ialah sejenis mineral. Dalam bahasa kimia, ia dipanggil sodium klorida. Garam
adalah satu-satunya jenis 'batu' yang boleh dimakan manusia. Apa saja jenis
garam sama ada garam bukit, garam laut atau garam putih datang dari alam
semulajadi. Kaedah pemprosesan selepas itu menjadikan garam-garam ini berbeza.
Garam putih berasal dari lautan atau batu dari gunung.
Garam putih berasal dari lautan atau batu dari gunung. Ia
sebenarnya sudah diproses dan 'dibersihkan' agak keterlaluan. Sama seperti
memproses gula tebu untuk dijadikan gula putih. Garam putih boleh didapati di
kedai-kedai runcit biasa. Walaupun ia berasal dari alam semulajadi, ia sudahpun
melalui proses kimia dan menjadikan ia tidak sesuai untuk tubuh manusia. Tetapi
99% pengguna di negara ini masih menggunakan garam jenis ini untuk
masakan.
Garam laut pula berasal dari lautan. Warnanya agak kelabu tidak
seperti garam putih yang berwarna putih 'bersih'. Garam laut didapati dari
lautan dan dikeringkan melalui proses evaporasi cahaya matahari untuk
mendapatkan kristal. Ia hampir 100% asli dan lebih baik dari garam putih.
Garam bukit pula berasal dari gunung-ganang. Warnanya ialah
kemerahan atau pink. Yang terbanyak di pasaran ialah garam Himalaya - iaitu
digali dari batu mineral di pergunungan Himalaya. Garam ini adalah adalah
seratus-peratus asli dan hampir tidak diproses. Ini adalah jenis garam yang terbaik
untuk manusia. Ia mengandungi mineral-mineral yang diperlukan oleh tubuh
manusia seperti potasium, kalsium, magnesium, zink dan berpuluh-puluh jenis
mineral lain. Pergunungan Himalaya boleh dikatakan masih bebas dari pencemaran
alam dan garam di sini adalah jenis yang terbaik. Garam bukit asli ini juga
boleh diperolehi di kawasan pergunungan negara-negara Eropah tetapi di sini
terdapat banyak pencemaran.
Beberapa hadis yang menangkan tentang garam, daripada Abdullah
bin Umar “Sesungguhnya Allah menurunkan empat perkara berkat (mempunyai
kebaikan) dari langit (menerusi hujan) ke bumi iaitu besi, api, air dan garam.”
Daripada Anas bin Malik, Nabi s.a.w. bersabda yang
bermaksud: “Penghulu segala lauk pauk kamu ialah garam. Tiadalah akan
baik makanan itu melainkan dengan garam.”
Menurut hadis riwayat Al – Bazzar, Rasulullah s.a.w. pernah
menyarankan supaya memakan secubit garam pada awal dan akhir setiap kali minum
dan makan.
Baginda berkata yang bermaksud: “Sesiapa yang memulakan
minum dan makan dengan memakan secubit garam, Allah akan hindarkan 330 jenis
penyakit, antaranya ialah gila kusta, sakit perut dan sakit gigi. Yang bakinya
diketahui oleh Allah sahaja.”
Seperti yang kita maklum kita selalu mengaitkan garam antara
punca sakit darah tinggi. Namun sebenarnya, punca darah tinggi terjadi
disebabkan cara penggunaan garam yang salah ketika memasak. Kebanyakan orang
akan memasukkan garam ke dalam masakan seperti gulai dan sebagainya ketika
memasak. Sedangkan cara yang betul adalah seperti amalan orang Arab dengan
membiarkan gulai tersebut selama beberapa minit selepas di angkat dari api,
kemudian barulah garam dimasukkan ke dalam gulai tersebut.
Ini kerana pantang garam adalah suhu panas, kerana apabila garam
dipanaskan maka sifat ‘ion negatif’ akan rosak. Ini bermakna yang hilang adalah
‘klorida (CL) berion negatif’, yang tinggal hanyalah natrium ion positif yang
bersifat asid. Yang diperlukan dalam garam adalah klorida dan ion negatif,
kerana klorida inilah yang memegang zat besi dan oksigen.
Jika klorida di dalam garam berkurangan, ini bermakna oksigen di
dalam garam akan berkurangan. Apabila oksigen di dalam garam berkurangan ini
akan menyebabkan darah tidak boleh bergerak sendiri. Seterusnya jantung
terpaksa pam darah dengan kuat. Pengurangan oksigen akan menambah karbon
dioksida di dalam darah. Inilah yang di panggil darah tinggi.
Wallahu'alam
---------------------------------------------
Akademi Bekerja di Rumah (ABDR) kini membuka peluang kepada mereka ingin menempah blog melalui Pakej Tempahan Membuat Blog ABDR. Terbuka kepada semua terutama bagi usahawan-usahawan yang tidak dapat menghadiri kelas online yang kami tawarkan. Tawaran ini dibuka dengan harga promosi RM200 sahaja. Anda boleh memilih salah satu Pakej Blog berikut:
i. Satu Blog untuk kegunaan Penulisan/Peribadi
ATAU
ii. Satu Blog untuk Bisnes
Hanya RM200 sahaja (JIMAT RM100)
Blog yang ditempah meliputi:
✔ Borang tempahan
✔Penambahan gajet - 5 Label
✔ Link fanpage/facebook
✔10 foto produk untuk dimasukkan ke dalam blog bersama keterangan produk.
***Bonus juga akan diberikan
Jika berminat hubungi saya:
Emel: suhailarahim@gmail.comSMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim
No comments:
Post a Comment