='description'/>

Saturday 10 May 2014

Ahmad Shahrin Mohamad Anuar - Ulasan Kelas Asas Blog


Teks: Ahmad Shahrin Mohamad Anuar  

Guru Online: Norazizah Sudin
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sejajar dengan zaman berteknologi sekarang, ramai yang mengambil kesempatan untuk menggunakan media internet sebagai medium untuk berkomunikasi. Tidak kira sama ada untuk keperluan bersosial ataupun bekerja dan berniaga. Saya juga tidak terkecuali, setelah membulatkan azam dan bertekad untuk menjadi seorang usahawan internet, saya tidak boleh lari dari mengunakan internet sebagai medium pemasaran perniagaan saya.

Tetapi tanpa ilmu asas mengenai dunia maya ini, kadang-kadang membuatkan kita sukar mendapat liputan. Pada permulaannya saya hanya cuba-cuba dan menjadikan blog sebagai medium pemasaran perniagaan internet saya. Namun akhirnya blog saya menjadi blog syok sendiri di mana saya hanya menulis atau menampal salin (copy & paste) perkara yang baik buat saya sahaja hanya kerana mahu menarik trafik ke blog saya. Akhirnya kemaskini blog semakin tidak konsisten dan idea menulis juga semakin hilang. Anda boleh lihat blog lama saya di: http://b-tame.blogspot.com.

Akhirnya saya pun mengambil keputusan menyertai kelas asas blog yang dianjurkan oleh Akademi Bekerja Di Rumah.


Alhamdulillah selepas mendapat tunjuk ajar daripada guru online, Puan Norazizah Sudin, blog saya lebih tersusun. Anda bolehlah tengok perbezaannya di antara blog lama saya dan blog Diari WAHD ini sekarang. Saya memang amat berpuas hati dengan hasil yang saya perolehi daripada kelas asas blog ini.

Semenjak menyertai kelas, saya dapat menulis secara konsisten setiap hari dan idea menulis datang mencurah-curah. Ini kerana saya diajar dengan teknik yang betul untuk menulis. Sokongan dan bantuan juga disediakan setiap masa oleh guru bertugas. Malah pengasas ABDR , Puan Masayu Ahmad juga turut turun padang dan sama-sama mengajar. Sokongan ini berterusan sehingga sekarang, walaupun sudah beberapa bulan saya menyertai kelas asas blog tersebut.

Bukan itu sahaja, saya juga turut mendapat ebook percuma, belajar asas blog bagi membantu saya membuat ulang kaji apabila diperlukan. Waktu belajar juga adalah fleksibel. Saya belajar hanya pada masa lapang saya sahaja. Sebagai pendatang baru, saya juga mengalami kesukaran mendapatkan trafik ke blog saya. Tetapi apabila saya menyertai kelas asas blog ini, saya kemudiannya dapat menjadi ahli Akademi Bekerja Di Rumah. Kelebihannya dapat membantu mendatangkan trafik ke blog saya dengan bantuan gabungan lebih 600 blog. Malah saya juga turut berpeluang menjadi rakan niaga ABDR. Memang terbaik dan berbaloi untuk menyertai kelas ini.

Ini adalah contoh tips yang diberikan untuk memantapkan penulisan blog dan dapat menulis entri baru setiap hari:

Tips menulis konsisten: Menulis di fb, kemudian jadikan entri di blog.
Lakukan serentak dalam tempoh 10 minit setiap awal pagi/ Lakukan dengan laju ketika fikiran masih segar. Ini latihan menulis yang berkesan.
Jadikan post di fb, sebagai entri di blog, gabungkan
1. Sarimah Deeply Adzrina
Kegagalan hari ini tidak semestinya gagal selamanya, kerana kegagalan itu lah yg akan menjadikan kita cekal un
tuk berjaya, biar apa anggapan orrg pd kita, yg penting keikhlasan dan keyakinan diri yg tinggi harus ada dlm diri kita semua
2. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh n Salam Jumaat yg mulia ini kpd semua kwn2 kat FB, semoga semua tugasan dipermudahkan, dipjgkan umur, diberi kesihatan tubuh bdn yg sihat serta dimurahkan rezeki. Mulakan hari anda dgn penuh keyakinan serta semangat yg tinggi utk maju kehadapan wlu dlm apa jua keadaan. In Shaa Allah..allah swt maha mengetahui lg maha berkuasa terhadap semua umatnya. Amin 3 x
Sekarangkan gabungan dua post di atas, jadikan satu entri, kemudian tambah lagi tips berkaitan tajuk blog.
Mudah bukan.

Jadi untuk mereka yang nak menceburkan diri dalam perniagaan internet, memasarkan produk atau perkhidmatan melalui blogadalah digalakkan untuk menyertai kelas asas blog ini.

Anda juga berpeluang belajar menulis cara santai tapi masih mengekalkan bahasa melayu formal. Salah satu cara menarik minat pembaca dan melawat blog anda. Bina tapak awal memperkenalkan diri pada pembaca/bakal pelanggan. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca supaya datang dan datang lagi. Bergabung dengan lebih ramai blogger di akademi kami, kini sudah mencecah 600 blog untuk membantu aliran trafik ke blog. Belajar mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog. Bagi yang sudah ada blog, tapi masih tiada idea menulis dan tidak konsisten juga dialu-alukan untuk sertai kelas ini.

Mungkin ada yang berpendapat yuran RM 150 itu sedikit mahal, tetapi dengan apa yang bakal dipulangkan kepada anda memang berbaloi. Tahniah kepada pihak ABDR yang telah menyiapkan modul kelas asas blog & memberi peluang kepada pendatang baru menambah ilmu dan mempersiapkan diri. Tahniah juga kepada para pelajar yang telah menyertai kelas asas blog ini kerana anda pantas menyambar peluang terhidang. 

Jadi kalau ada yang masih tertanya-tanya kelas asas blog mana yang harus disertai, anda sudah temukan jawapannya di sini.

" Tak percaya tak apa, buat sahaja. insyaAllah ada hasil yang terbaik buat kita"
---------------------------------------

Beli pelbagai Ebook berinformasi: http://gedung-ebook-anda.blogspot.com/

Ingin amalkan pemakanan sunnah: http://kioskproduksunnah.blogspot.com/

Anda ada produk atau bisnes? Ingin iklankan di internet di soho directory:


Dapatkan Sejadah Muka dan Pati Haruman Kasturi Al Mujahid: http://aqnahonlineshoppe.blogspot.com/2014/04/pati-kasturi-al-mujahid.html

Bagi yang ingin memulakan Pelaburan Unit Amanah boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut

Emel: suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim 


No comments:

Post a Comment