Guru Online: Nurzahwani Mohd Nor
"Tak ada idea nak tulis apa dekat blog ni,".
"Dah bersawang blog ni,".
"Dah berhabuk blog ni,".
Saya yakin ramai yang biasa dengar kata-kata ini.
Saya juga yakin ramai yang biasa menulis kata-kata ini juga.
Bagaimana saya tahu? Kerana saya juga dahulu begitu.
Sejak saya melahirkan Aspirasi Suri, banyak reaksi, komen dan
pandangan yang diberikan oleh keluarga dan teman-teman terdekat juga dari guru
online Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Kebanyakkannya memberikan reaksi
positif. Alhamdulillah. Namun pujian itu adalah amaran kepada saya agar jangan
selesa. Masih terlalu banyak ilmu yang perlu digali. Banyak dan takkan pernah
habis. Ada juga yang tidak percaya bahawa entri-entri ini ditulis oleh saya
sendiri. Mungkin kerana selama ini mereka tidak pernah nampak sisi saya yang
satu ini.
Membaca dan menulis adalah dua perkara yang sangat saya cintai. Saya mampu leka berjam-jam lamanya bergelumang dengan keduanya. Hingga terlupakan yang lain-lain. Cuma semenjak bertemu jodoh dengan ABDR, barulah saya nampak dengan jelas arah cita-cita yang perlu saya tuju. Bukan saya tidak pernah menulis blog sebelum ini. Tetapi hasilnya selalu merapu dan separuh jalan. Nyata, nak menuntut ilmu perlu berguru.
Sebelum bertemu dengan ABDR, saya adalah pelbagai. Pelbagai maksudnya disini adalah saya telah buat bermacam-macam perkara. Saya masih tercari-cari apa yang paling serasi dengan jiwa saya untuk saya titipkan didalam karya kehidupan saya. Saya keliru. Apa yang saya mahukan sebenarnya didalam hidup ini.
Saya pernah bekerja. Swasta dan kerajaan. Saya pernah menjalankan perniagaan Alat Tulis dan Fotokopi secara perkongsian namun masih tidak berpuas hati. Jiwa rasa kosong. Kemudian saya berjinak-jinak dengan produk kesihatan dengan menjadi pengedar. Produk kesihatan itu memang bagus tiada salahnya. Saya berjalan membuat jualan hampir RM6000 pada bulan pertama dan meningkat pada bulan kedua dan seterusnya. Ramai juga yang meminta tips bagaimana memasarkan produk berkenaan untuk menaikkan jualan. Kata mereka, 'iklan' yang saya buat best dan 'mencangkuk' minat pelanggan. Alhamdulillah. Segala puji untuk Allah S.W.T. jua. Tiada daya tanpa izin-Nya.
Namun masih saya merasakan ada sesuatu yang belum sampai. Tiada kepuasan. Apa yang saya pasti, cinta pada buku dan menyusun kata-kata memang sentiasa menjadi minat saya dari dulu lagi. Saya sangat suka membaca dan menulis tentang perkara yang berkaitan dengan diri saya. Tentang apa-apa yang mengingatkan diri saya. Contohnya bila saya terasa malas. Saya akan cari bahan bacaan tentang malas dan tulis tentangnya. Dengan cara begitu, semangat rajin datang kembali dan virus kemalasan beransur pergi.
Sehingga akhirnya saya membuat keputusan untuk menyertai ABDR. Alhamdulillah. Dibawah pimpinan Pengasas ABDR, Puan Masayu Ahmad dan Guru Online ABDR, Puan Nurzahwani Mohd Nor yang tidak jemu-jemu memberi semangat dan tunjuk ajar, maka terlahirlah Aspirasi Suri. Ruang saya menuntut ilmu. Ruang saya berkarya. Ruang saya menyebarkan secebis manfaat jika ada yang sudi membaca. Ruang mencari kepuasan tentang baca dan tulis.
Saya menetapkan matlamat untuk pergi lebih jauh dalam bidang penulisan ini. Semoga Allah S.W.T. mempermudahkan segalanya. Doakan saya ya. Terima kasih sekali lagi kepada Puan Pengasas ABDR, Puan Masayu Ahmad dan Guru Online Puan Nurzahwani Mohd Nor atas jasa bakti kalian berdua. Terima kasih semua yang menyokong saya dan Aspirasi Suri. Terima kasih.
---------------------------------------
Untuk menempah Blog: http://suhailarahim.blogspot.com/2014/03/pakej-tempahan-
Beli pelbagai Ebook berinformasi: http://gedung-ebook-anda.blogspot.com/
Ingin amalkan pemakanan sunnah: http://kioskproduksunnah.blogspot.com/
Anda ada produk atau bisnes? Ingin iklankan di internet di soho directory:
Dapatkan Sejadah Muka dan Pati Haruman Kasturi Al Mujahid: http://aqnahonlineshoppe.blogspot.com/2014/04/pati-kasturi-al-mujahid.html
Bagi yang ingin memulakan Pelaburan Unit Amanah boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut
Emel: suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim
No comments:
Post a Comment