='description'/>

Thursday, 8 May 2014

Cukup ke?

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google


Bila membicarakan soal kecukupan rezeki, kita sudah cukup dan sangat senang sebenarnya. Namun ramai sering tidak merasa cukup dan senang. Sebabnya kerana selalu suka memandang dan membandingkan yang kaya dan yang lebih darinya. Sentiasa sibuk bercakap perbezaan dunia. Sibuk berebut siapa paling kaya, menunjuk-nunjuk, merendahkan orang dan menunjukkan akulah orang senang. 

Pesan Nabi s.a.w dalam suatu hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim: Abu Zarr Al-Ghifari, katanya Nabi s.a.w pernah suatu hari berpesan kepadanya:

“Lihatlah kepada orang yang berada di bawah mu dan jangan melihat orang yang berada di atas mu kerana yang demikian lebih patut supaya kamu tidak meremehkan nikmat Allah yang diberikan kepadamu (agar sentiasa bersyukur)”.

Ada orang kita nampak hidupnya hanya sederhana dan susah. Tapi tenang dan dilihat sentiasa merasa cukup dan selesa. Dan ada orang kita nampak hidupnya senang dan kaya, tetapi dalam keadaan sentiasa rasa tak cukup dan tak tenang. Inilah pentingnya keberkatan rezeki. Berkat rezeki akan berkat urusan hidup.

Ketika mula-mula saya berhenti kerja dua tahun lalu, pernah juga saya ditanya, sama ada cukup ke perbelanjaan keluarga bila hanya suami bekerja. Ketika itu tiada jawapan panjang, saya hanya senyum dan ucap Alhamdulillah. Saya berhenti kerja bukan sebab gaji suami sudah 'cukup', malah ketika saya berhenti kami hilang separuh dari pendapatan keluarga. Tetapi saya yakin Allah dah tetapkan rezeki masing-masing. Alhamdulillah, walaupun hidup serba sederhana Allah mencukupkan segalanya. Paling penting rancang kewangan keluarga dan belanja ikut keperluan sahaja.

Pernah suatu ketika seorang rakan sekerja mengadu gajinya tidak cukup. Jawapan saya (berbaur jenaka) berbentuk soalan pada beliau , "Agak-agak berapa gaji yang kau rasa 'cukup'?" dan "Bila dah dapat gaji yang kau rasa 'cukup' tu, agak-agak cukup ke dengan perbelanjaan ketika itu?. Ketika itu dia hanya diam dan mula berfikir. 

Sebenarnya, soal cukup ke tak cukup bergantung kepada bagaimana kita menguruskannya. Apapun, selalu bersyukur dan jangan lupa berkongsi dengan rezeki yang kita ada. Jika kita syukur, In shaa Allah, kita akan dicampakkan rasa cukup. Jika kita kufur, kita akan sentiasa merasa tak cukup. Kita juga akan merasa macam sentiasa tak cukup bila bergantung dan menganggap segalanya itu dari manusia. Oleh itu setelah kita berusaha bergantung dan berharap sepenuhnya kepada pemberi rezeki. Semoga Allah mencukupkan segala keperluan kita. In shaa Allah.


****************************************************
Beli pelbagai Ebook berinformasi: http://gedung-ebook-anda.blogspot.com/

Ingin amalkan pemakanan sunnah: http://kioskproduksunnah.blogspot.com/

Anda ada produk atau bisnes? Ingin iklankan di internet di soho directory:


Dapatkan Sejadah Muka dan Pati Haruman Kasturi Al Mujahid: http://aqnahonlineshoppe.blogspot.com/2014/04/pati-kasturi-al-mujahid.html

Bagi yang ingin memulakan Pelaburan Unit Amanah boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut

Emel: suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim 

No comments:

Post a Comment