Teks: Maya Herlinda Suzana
Guru Online: Zaila Mohamad
Assalamu'alaikum
Saya seorang suri rumah
tangga sepenuh masa, mempunyai seorang anak gadis yang comel berumur 12tahun
dan dua orang anak bujang yang macam-macam kerenah, masing-masing berumur
11tahun dan 5tahun. Ibu saya tinggal serumah dengan saya jadi sementara saya
bekerja anak-anak di jaga oleh ibu. Dulu saya bekerja dalam bidang makanan,
oleh kerana anak yang berumur 5tahun saya itu telah mula memasuki alam
persekolahan dan merasa segala tanggung jawab di rumah terabai, saya memutuskan
untuk berhenti bekerja. Pada mula saya berhenti kerja, saya membantu suami
menguruskan perniagaan makanan beliau.Pelbagai dugaan dihadapi namun akhirnya
perniagaan kami bermasaalah. Saya menyuarakan keinginan saya pada suami untuk
tidak mahu mengurus lagi perniagaan.
Kehidupan yang sentiasa
bekerja dulu membuatkan saya bosan untuk duduk diam sahaja. Saya berfikir apa
yang perlu saya lakukan selain dari menjadi surirumah sepenuh masa. Akhirnya
saya terpikat dengan bisnes perniagaan telekung online kepunyaan adik suami saya.
Saya memulakan perniagaan telekung dengan menjadi ejen dropship,tetapi saya
hanya berniaga secara offline sahaja. Akhirnya dari main-main untuk
menghilangkan bosan saya mula seronok tetapi dugaan datang sekali lagi apabila
adik ipar saya telah berpindah ke Qatar atas urusan kerja.
Saya mula buntu untuk
berniaga apa lagi. Suami menyarankan agar saya cuba berniaga sendiri dengan
modal sendiri. Saya mula berniaga online dan juga offline, kali ini bukan satu
produk sahaja yang saya jual, tetapi apa saja yang boleh di jual saya akan
jual. Namun bukan mudah untuk mempelajari dunia perniagaan online,saya pula
tidak ramai sahabat di facebook, dan ini membuatkan saya mula risau.
Saya selalu terbaca
status-status puan Zaila Mohamad, saya tertarik dan mula melihat ke wall
beliau. Kebanyakan status beliau bercerita tetang perniagaan online dan
bagaimana mahu berniaga online.Jadi suami menyarankan agar saya bertanya terus
kepada beliau. Saya menceritakan masalah saya pada puan Zaila dan beliau
meyarankan saya agar mengambil pakej "belajar kelas asas blog, fanpage
& iklan mudah.my .
Kelas ini merupakan kelas
100% menggunakan Bahasa Melayu, agak mudah difahami kerana saya bukanlah orang
yang hebat dalam Bahasa Inggeris dan dalam pengetahuan computer. Saya juga
pernah ke kelas offline puan Zaila iaitu di rumahnya. Banyak tips dan cara-cara
membina perniagaan di internet, cara asas menulis di blog dengan betul, cara
berniaga di fanpage dan cara letak iklan di mudah.my telah diberikan kepada
saya. Barulah saya tahu berniaga online bukan hanya di facebook sahaja dan
bukannya perlu 24 jam menghadap komputer sahaja untuk mengepos gambar peniagaan
kita. Dulu, walaupun saya telah mempunyai fanpage,blog dan akaun Mudah.my
tetapi saya tidak tahu cara bagaimana menggunakannya, inilah kelemahan diri
saya. Saya tahu membuat kesemua akaun tetapi tidak tahu cara untuk memainkan
perniagaan di situ.
Puan Zaila juga mengajar online sesuai bagi saya yang tiada masa
untuk pergi ke mana-mana ini. Sambil berniaga pun saya boleh belajar di kelas
online beliau sentiasa memberi tunjuk ajar kepada saya apa bila saya buntu.
Walau pun pelajaran kelas saya telah berakhir tetapi puan Zaila sentiasa
memberi kata-kata semangat dan nasihat-nasihat yang positif, nasihat yang boleh
diguna pakai di dalam perniagaan.
Dengan mengikuti kelas
asas ini kini saya tidak lagi perlu 24 jam menghadap komputer, kehidupan saya
teratur,kerja-kerja rumah selesai,saya mempunyai masa untuk keluarga dan untuk
pergi ke kelas pengajian al-quran & tajwid yang saya ikuti dan yang paling
penting peniagaan saya berjalan lancar.
Apa pun yang kita lalukan
harus ada mentor dan mentor itu penting.
kata-kata nasihat oleh Dr
Azizan Osman saat saya dan suami mengikuti seminar beliau di Kuala Lumpur
masih terngiang-ngiang di telinga saya, benar sekali...Wang bukan ukuran untuk
kita menimba ilmu. Jadi kepada anda yang mempunyai masalah sama seperti yang
saya alami, jom sertai AKADEMI BEKERJA DI RUMAH dengan mengikuti
kelas-kelas asas berniaga yang mereka anjurkan.
Sekian ulasan saya
mengenai kelas asas blog,fanpage & iklan mudah.my .
Semoga ianya bermanfaat
untuk anda.
-----------------------------------------------
Emel: suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim
No comments:
Post a Comment