='description'/>

Monday, 19 May 2014

Tips pelabur Bijak (Bahagian 1)

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google


Apabila berbicara tentang pelaburan, kita selalu menganggap ia hanya untuk orang yang berada sahaja. Namun ianya kurang tepat. Pelaburan perlu difahami dan dipraktikkan oleh semua golongan. Ramai diantara kita gigih bekerja untuk mendapatkan wang atau sebagai suatu sumber pendapatan. Tetapi, tidak ramai orang yang tahu cara untuk mengembangkan pendapatan mereka dengan wang yang ada. Salah satu cara untuk mengembangkan pendapatan adalah dengan melaburkan wang anda.

Pelaburan adalah lebih penting kepada semua golongan terutama bagi mereka yang berpendapatan sederhana. Ini kerana mereka mempunyai sumber pendapatan yang terhad dan pelbagai komitmen kewangan, tetapi dalam masa yang sama, ingin mencapai pelbagai matlamat kehidupan. Antara matlamat-matlamat tersebut termasuklah membeli rumah, menghantar anak ke universiti dalam masa 10 tahun atau bersara dengan selesa dalam masa 20 tahun akan datang.

Bagi mencapai matlamat anda dalam tempoh masa tertentu, menyimpan wang sahaja  mungkin tidak mencukupi atau ia akan mengambil masa yang lama. Oleh itu, anda perlu melabur. Akan tetapi, dengan sebegitu banyak pilihan produk pelaburan yang ditawarkan di pasaran, anda mungkin terkeliru dan tidak pasti mana satu yang yang bersesuaian. Ia seakan anda berdiri di hadapan meja jamuan bufet! Terdapat pelbagai jenis makanan di meja tersebut sehingga anda rambang mata dan keliru mana satu yang anda patut makan dahulu.

Maka, bagi memastikan anda menikmati ‘jamuan bufet’ yang sedap dan mengenyangkan, atau dalam konteks ini pelaburan yang memberikan pulangan yang diharapkan, anda perlu memantau peluang-peluang yang ditawarkan dengan bijak. Bagaimana kita menilai setiap tawaran ini? Langkah-langkah penilaian ini telah dihuraikan dengan satu anologi pemilihan dalam membuat keputusan pelaburan yang bijak. Teruskan membaca bagi mengikuti “resepi-resepi” pelaburan bijak berikut:


A.    Pembuka selera atau pencuci mulut?

Ketika di meja bufet, pasti anda melihat-lihat dahulu  pelbagai jenis juadah yang dihidangkan sebelum mula memilih makanan yang diinginkan. Ada pembuka selera, ada pencuci mulut dan berbagai-bagai lagi jenis makanan lain. Begitu juga keadaannya ketika membuat pilihan produk pelaburan. Anda perlu mengetahui dan menilai produk-produk yang ditawarkan sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan.

Terdapat pelbagai jenis produk pelaburan di pasaran modal Malaysia dan antara produk pelaburan yang ditawarkan ialah seperti Saham (Ekuiti), Unit Amanah, Bon, waran dan Derivatif.

Selain itu, terdapat juga pelaburan-pelaburan lain yang tidak berkaitan dengan  pasaran modal seperti simpanan di bank, hartanah, insuran dan barangan koleksi berharga. Sesuatu keputusan pelaburan seharusnya dibuat setelah anda memahami sepenuhnya produk pelaburan tersebut dan berpuas hati bahawa ianya pelaburan yang paling bersesuaian dengan diri sendiri. Ingatlah bahawa pelaburan yang dipilih perlu sesuai dengan kedudukan kewangan, matlamat pelaburan dan tahap risiko anda.


B.    Bagaimana selera makan anda?

Di jamuan bufet, ada orang  yang akan memenuhkan pinggan masing-masing dengan makanan yang unik dan jarang didapati manakala ada pula yang hanya memilih makanan yang menjadi kebiasaan seperti nasi, ayam, sayur dan buah-buahan. Mereka ini tidak mahu mengambil risiko dengan mencuba sesuatu yang tidak biasa dimakan.

Hal ini sama seperti pelaburan. Seorang pelabur bijak seharusnya memilih pelaburan yang bukan sahaja mengikut matlamat and jumlah modal yang dimiliki, tetapi juga mengikut tahap risiko mereka sendiri. Anda perlu mengetahui sejauh mana risiko yang mampu ditanggung. Adakah anda seorang pelabur yang berisiko tinggi, sederhana atau rendah? Perkara ini sangat penting kerana ia akan membantu anda menentukan sama ada mengambil pendekatan pelaburan yang agresif, sederhana ataupun konservatif.

Dalam kata lain, jika anda makan mengikut selera sendiri, maka lakukanlah perkara yang sama apabila melabur. Melaburkah mengikut “selera” anda. Buat pertimbangan yang sewajarnya terhadap modal yang diperlukan, risiko yang dihadapi, kemungkinan adanya keuntungan (atau kerugian) dan lain-lain. Sebagai contoh, jika tahap risiko seseorang adalah rendah atau sederhana, mungkin produk berisiko tinggi seperti derivatif tidak wajar dimasukkan dalam portfolio pelaburannya.

-----------------------------------------------------
Beli pelbagai Ebook berinformasi: http://gedung-ebook-anda.blogspot.com/

Ingin amalkan pemakanan sunnah: http://kioskproduksunnah.blogspot.com/


Anda ada produk atau bisnes? Ingin iklankan di internet di soho directory:


Dapatkan Sejadah Muka dan Pati Haruman Kasturi Al Mujahid: http://aqnahonlineshoppe.blogspot.com/2014/04/pati-kasturi-al-mujahid.html

Bagi yang ingin memulakan Pelaburan Unit Amanah boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut

Emel: suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim 


No comments:

Post a Comment