='description'/>

Thursday, 15 May 2014

Motivasi pagi khamis

Teks: Suhaila Rahim

Foto: Carian Google



Sesekali  kita  perlu  derita
Sesekali  kita  perlu  kecewa
Untuk  kita  mengenali  erti  bahagia
Untuk  kita  mengenali  erti  berjaya
 
Sesekali  kita  perlu  menangis
Sesekali  kita  perlu  terhiris
Untuk  kita  mensyukuri  nikmat  yang  di  beri
Untuk  kita  mengenali  diri  sendiri

Ini antara bait-bait lagu nasyid yang saya ingat. Bagi yang memulakan sesuatu perniagaan, kita selalu berharap perjalanannya nanti akan mencapai matlamat yang diimpikan. Kita pasti mengimpikan destinasi yang dituju diharapkan berakhir dengan yang indah-indah, yang baik-baik dan yang sempurna belaka. 



Perjalanan itu selalunya tidak seperti yang kita jangka. Sesekali kita perlu menduga ujian-ujian yang Allah untuk menguji sejauh mana kita mengingatiNya. Allah menciptakan manusia dengan kelemahan, namun Allah tidak membiarkan kita terus menerus hidup dalam kelemahan tersebut. Maka Allah datangkan ujian bertimpa-timpa sebagai satu latihan untuk membina sebuah kekuatan. 

Daripada  jatuh bangun perjalanan itu nanti pasti ada sesuatu hikmah yang Allah beri. Kadang-kadang terlalu sakit untuk kita kenang tetapi terlalu indah bila kita dapat mengharungi dengan sabar dan doa-doa yang tidak putus kepada Yang Maha Esa. 



Sesungguhnya, diri ini juga telah memulakan dan sedang dalam perjalanan itu. Sesekali merasa semangat yang meluap-luap dan ada masanya datang juga bisikan-bisikan yang tidak enak menjelma difikiran. Apapun yang berlaku, saya perlu bangkit untuk terus berjuang mencapai impian saya itu. 


Saya pasti boleh! Seperti yang selalu cakap pada anak, ALLAH kan ada...

Sekadar catatan dari lubuk hati untuk hari ini :)


-------------------------------------------------------


Beli pelbagai Ebook berinformasi: http://gedung-ebook-anda.blogspot.com/

Ingin amalkan pemakanan sunnah: http://kioskproduksunnah.blogspot.com/




Anda ada produk atau bisnes? Ingin iklankan di internet di soho directory:


Dapatkan Sejadah Muka dan Pati Haruman Kasturi Al Mujahid: http://aqnahonlineshoppe.blogspot.com/2014/04/pati-kasturi-al-mujahid.html

Bagi yang ingin memulakan Pelaburan Unit Amanah boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut

Emel: suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim 

No comments:

Post a Comment