Guru
Online: Mazlia Murat
Genap
sudah 44 entri yang harus disiapkan sebagai syarat tamat kelas online ni. Tak
silap saya, kelas ni didaftar pada hujung tahun lepas. Bulan disember. Baru
lagi kan. Hehehe.
Pada
awalnya, saya tak tergerak hati nak masuk. Mungkin sebab tak yakin. Tapi entah
macam mana, semacam ada satu tarikan yang membuatkan saya masuk juga kelas ni.
Mungkin inilah yang dikatakan takdir. Hohoho. (maaf cikgu, ciplak. :p)
Awal-awal
mendaftar, saya diberikan 4 e-book. Ebook antologi cerpen 2 buah, sebuah ebook
tulisan Cik Puan Masayu, dan juga ebook tentang penulisan nukilan guru saya
sendiri. Kebetulan saya menyertai kelas ni pada musim promosi. Dapatlah juga
sebuah novel daripada seorang penulis yang juga salah seorang guru online kelas
ini iaitu Cik Puan Monalita Mansor. Pendek kata, memang berbaloi sangat harga
kelas yang ditawarkan dengan semua pakej yang saya dapat.
Di
dalam kelas ni, saya telah diajar selok-belok dunia penulisan. Cikgu Mazlia
menyediakan beberapa tugasan untuk disudahkan. Dari situ, beliau akan menegur
segala kesalahan yang telah kita lakukan. Beliau juga akan memberi cadangan
bagaimana untuk menggilapkan karya supaya menjadi lebih baik. Sejak menyertai
kelas ni, saya juga dah tak lagi pandang remeh kesalahan kecil dalam setiap
tulisan saya. Memang ia sangat membantu.
Bidang
penulisan ni ada kalanya memang banyak cabaran dan dugaan. Itu memang saya tak
dapat nafikan. Namun begitu, apabila saya berasa down dan tak ada semangat,
beliaulah yang banyak memberikan nasihat dan dorongan. Beliau juga cepat
memberi respons jika saya ada apa-apa soalan yang nak dikemukakan.
Secara
peribadi, saya sangat berpuas hati sebab dapat masuk kelas ni. Banyak ilmu
tentang dunia penulisan yang telah saya pelajari. Cikgu saya juga banyak
berkongsi pengalamannya dalam dunia penulisan. Sungguh saya sangat berbesar
hati dapat mengenalinya.
Pendek
kata, memang tak rugi langsung masuk kelas ni. Bagi sesiapa yang ingin
mendaftar, bolehlah pm FB guru saya di alamat di bawah :
Nota :
Diharapkan apa yang dirancangkan menjadi. Mudah-mudahan. :)
----------------------------------------------------------------------
Apa
yang diajar di kelas asas blog dan penulisan kreatif?
1)Guru
online akan analisis pelajar untuk melihat minat, kecenderungan, dan kemahiran.
Analisis ini akan menentukan fokus blog dan genre penulisan kreatif. Pelajar
perlu menyiapkan 44 entri sepanjang kelas berlangsung. Entri di blog ini
merangkumi catatan harian, ulasan buku, tugasan yang diberi, cerpen, dan
travelog pengalaman. Antara tugasan yang diberikan adalah menulis babak/cerita
pendek berdasarkan gambar, potongan ayat, dan perkataan. Pelajar perlu
menyiapkan sekurang-kurangnya 2 cerpen dalam 44 entri.
2.
Saya mahu tulis novel bukan cerpen. Kelas ini sesuaikah untuk saya?
Pelajar
akan diberikan e-book 101 Tip Penulisan Novel (+ 4 e-book bonus) secara percuma
bersama 2 e-book lain iaitu Asas Blog dan Kompilasi Cerpen Rautan Takdir. Dalam
e-book 101 Tip Penulisan Novel ini, terkandung tip memulakan penulisan novel
sehinggalah tip berurusan dengan penerbit. Latihan yang diberikan memang
cerpen, namun aplikasinya masih sama. Apa yang dipelajari boleh digunakan untuk
menulis novel.
3.
Pukul berapa dan hari apa kelas berlangsung?
Ia boleh berlangsung setiap hari, dua hari sekali, seminggu
sekali. Terpulang pada pelajar. Tiada waktu yang spesifik. Pelajar dan guru
online akan berkomunikasi melalui mesej dan group di FB. Setiap kali siap
tugasan, maklumkan kepada guru online untuk disemak (untuk tugasan dan cerpen).
Dari semasa ke semasa, guru online akan pantau blog pelajar.
4.
Jika saya sertai kelas ini, adakah “confirm” karya saya akan diterbitkan?
Tidak
ada jaminan daripada guru online. Semuanya bergantung pada usaha dan rezeki.
Guru online hanya membantu, menunjukkan jalannya.
5.
Saya sudah ada manuskrip yang sudah/sedang ditulis. Adakah saya boleh berikan
kepada guru kelas online untuk dibaca dan diberi komen penambahbaikan?
Cerpen
dan sinopsis novel yang terperinci (setiap bab), boleh sahaja diletakkan di
entri blog, guru online akan baca dan ulas. Kalau manuskrip novel yang tebal,
ini tidak termasuk dalam yuran kelas. Pelajar dan guru online perlu berbincang
sekiranya ada bayaran tambahan. Sekiranya kelas sudah tamat, pada masa akan
datang, para pelajar boleh mendapatkan perkhidmatan mengulas manuksrip daripada
guru online.
Sebarang pertanyaan dan kemusykilan hubungi saya, Suhaila Rahim melalui:
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim
No comments:
Post a Comment