Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google
Alhamdulillah, dapat bersiaran
lagi pagi ini. Sambil bersiaran, melayan PM di FB dan blogwalking di blog-blog
ABDR, mari kita tambah ilmu dengan mendengar ceramah di youtube. Hari ini saya
kongsikan pengisian ceramah oleh Dr. Zaharuddin Abdul Rahman yang sangat
bermanfaat. Semoga kita semua tergolong dalam golongan Jutawan Dunia dan
Akhirat. In shaa Allah, Aameen.
10 Tips Jutawan Dunia Akhirat.
1. Banyakkan istighfar dan
taubat, dan sedar Allah itu sangat dekat dan Maha mendengar doa-doa hambaNya.
Rasulullah S.A.W bersabda:
"Barangsiapa yang senantiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan
kegembiraan dari setiap kesedihannya, dan kelapangan bagi setiap kesempitannya,
dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.” (HR. Abu Daud,
Ibnu Majah dan Ahmad)
2. Perbanyakkan sedekah, bila
kita kaya kita bagi banyak, dan jika kita ada sikit bagi sikit. Yang penting
mesti sedekah.
4 waktu paling baik bagi sedekah,
i) bila tengah sihat
ii) ketika kamu rasa bakhil
iii) ketika kau takut jadi fakir
iv) bila berhajat nak jadi kaya
3. Jangan banyak buat dosa
kerana akan tertahan rezeki dengan dosa yang kita lakukan
4. Jangan jemu dan berhenti
belajar skil-skil baru
5. Fokus dan sepenuh masa,
kerja 'part time' dapat hasil 'part time'. Jika kerja 'full time' hasil juga akan dapat 'full time'. Jangan pandang rendah kuasa fokus dalam
perniagaan
6. Betulkan kegunaan Islam
dalam perniagaan. Contohnya penggunaan Ayat Seribu Dinar dengan harapan rezeki
bertambah tetapi jika digantung sebagai peringatan digalakkan.
7. Jangan melampau dalam
iklan-iklan dan promosi. Contohnya kenyataan testimoni yang menipu dan hanya
dibuat-buat.
8. Tunaikan janji kepada
pelanggan kerana jika tidak keberkahan akan hilang
9. Jangan abaikan komen-komen
dan rungutan pelanggan. Jika ada kesan penggunaan barang oleh pengguna, ambil
perhatian dan jangan abaikan.
10. Segerakan pembayaran hutang
jangan tangguh-tangguhkan.
Semoga bermanfaat
--------------------------------------------
Akademi Bekerja di Rumah (ABDR) kini membuka peluang kepada mereka ingin menempah blog melalui Pakej Tempahan Membuat Blog ABDR. Terbuka kepada semua terutama bagi usahawan-usahawan yang tidak dapat menghadiri kelas online yang kami tawarkan. Tawaran ini dibuka dengan harga promosi RM200 sahaja. Anda boleh memilih salah satu Pakej Blog berikut:
i. Satu Blog untuk kegunaan Penulisan/Peribadi
ATAU
ii. Satu Blog untuk Bisnes
Hanya RM200 sahaja (JIMAT RM100)
Blog yang ditempah meliputi:
✔ Borang tempahan
✔Penambahan gajet - 5 Label
✔ Link fanpage/facebook
✔10 foto produk untuk dimasukkan ke dalam blog bersama keterangan produk.
***Bonus juga akan diberikan
Jika berminat hubungi saya:
Emel: suhailarahim@gmail.comSMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim
No comments:
Post a Comment