Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : http://sariahawangsenik.blogspot.com/2014/05/ulasan-kelas-blog.html
Minat menulis banyak yang telah
mendorong saya untuk membuat satu blog yang banyak berkisar tentang kisah
kehidupan beberapa tahun yang lepas. Dengan blog tersebut, hampir setiap hari
menulis tentang apa yang terjadi di dalam kehidupan seharian. Apabila telah
selesai menulisnya, dan membacanya semula, baru saya terfikir adakah ada orang
yang sudi singgah membaca blog saya tersebut.
Semasa membuat blog tersebut, memang
tidak terfikir di fikiran saya apakah tujuan dan siapakah sasaran pembaca untuk
membaca blog tersebut.
Sehinggalah suatu hari saya terbaca
suatu kenyataan, bahawa bekerja dari rumah boleh menjana pendapatan berdasarkan
minat yang kita ada. Pertemuan yang tidak sangka, di saat sedang tercari-cari
peluang untuk memajukan diri dan bangkit semula dengan semengat yang baru
setelah melalui pelbagai episode kedukaan yang terlalu perit di dalam kehidupan
yang lepas. Hamba Allah tersebut ialah Anys Idayu Zakaria, yang telah banyak
menyedarkan saya bahawa pengaruh blog terhadap perniagaan dan produk yang sedang
usahakan amatlah luas.
Tidak sangka dengan minat menulis
yang ada pada diri, bakal merubah segala tujuan kehidupan selama ini. Blog
sangat berpengaruh dan ianya bersahabat rapat dengan Google kerana semua
maklumat terdapat di papan Google tersebut. Dengan hanya menaip beberapa patah
perkataan di Google , secara automatik semua maklumat akan tertera di situ.
Pendaftaran untuk menyertai kelas asas blog dan penulisan amatlah berpatutan.
Apalah harganya RM200 dengan ilmu yang kita pelajari hasil daripada ilmu yang
kita dapat di dalam kelas asas blog dan penulisan tersebut.
Syarat yang paling utama setelah
menyertai Akademi Bekerja Dari Rumah ini, adalah setiap ahlinya wajib
menyiapkan 44 entri yang berdasarkan latarbelakang pendidikan dan juga
pengalaman kerja sehinggalah kepada apa yang sedang kita lakukan sekarang. Pada
awalnya memang tidak faham kenapa harus menyiapkan 44 entri, namun setelah di
terangkan lebih lanjut bahawa dengan menyiapkan 44 entri ini kita dapat
meningkatkan aliran traffic pembaca untuk singgah membaca ke blog tersebut.
Memang benar seperti yang di jangka bahawa aliran traffic pembaca yang membaca
di blog tersebut meningkat dari semasa ke semasa.
Setelah hampir setiap hari dan secara
konsisten menulis, barulah saya sedar di mana minat dan kekuatan saya selama
ini. Di dalam kelas blog dan penulisan segala hasil penulisan akan di pantau
secara online oleh Anys Idayu Zakaria dan akan di postkan di facebook untuk
menarik pihak yang lain membacanya. Walaupun cara menulis agak santai, namun
segala kesalahan ejaan seperti koma, tanda titik dan juga tanda adalah amat di
titik beratkan. Sebagai langkah awal bagi menggelakkan sebarang kesilapan,
sebelum di terbitkan sesuatu blog, di baca terlebih dahulu dan kemudiannya di
terbitkan. Dengan minat menulis juga, kita mampu menceritakan secara lebih
terperinci tentang sesuatu produk dan juga perkhidmatan yang sedang di
usahakan. Itulah kelebihan dan kebaikan menulis kerana kita mampu menceritakan
apa sahaja tentang perniagaan kita. Di kelas asas blog , selalu di ingatkan
agar tidak menulis dengan cara syok sendiri kerana akan mengakibatkan para
pembaca merasa bosan untuk membacanya. Tulislah sesuatu yang lebih positif dan
dapat memberikan lebih maklumat kepada semua pembaca di luar sana.
Dengan jaringan ukhuwah yang terjalin
di antara semua ahli akademi akan dapat mempercepatkan process aliran traffic
pembaca ke blog kita tersebut. Siapa sangka ada di antara kita sedang
mencari-cari maklumat yang sangat berguna tentang produk ataupun perniagaan
mereka.
Kini setelah hampir beberapa bulan
menyiapkan segala tugasan tersebut, segala keyakinan dan kekuatan untuk menulis
makin membara. Berazam untuk menulis sesuatu yang lebih bermanfaat dan juga
sangat berguna kepada semua pembaca di luar sana.
Yang Ikhlas Menulis
Sariah Awang Senik
Sumber : http://sariahawangsenik.blogspot.com/2014/05/ulasan-kelas-blog.html
Semasa membuat blog tersebut, memang tidak terfikir di fikiran saya apakah tujuan dan siapakah sasaran pembaca untuk membaca blog tersebut.
Sariah Awang Senik
-------------------------------------------
Baca lagi dalam Ebook 101 Idea Homebased Bisnes.
Hanya RM50 atau dapatkan PROMOSi 2 ebook dengan harga RM50
Tempahan--->http://gedung-ebook-anda.blogspot.com/p/borang-tempahan.html
Hanya RM50 atau dapatkan PROMOSi 2 ebook dengan harga RM50
Tempahan--->http://gedung-ebook-anda.blogspot.com/p/borang-tempahan.html
No comments:
Post a Comment