='description'/>

Friday, 23 May 2014

Sambutan hari guru dulu-dulu

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google




Alhamdulillah, walaupun sudah hampir seminggu berlalu, tidak terlambat rasanya mahu mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua pembaca yang bergelar guru. Jasa guru sangat besar dalam mendidik kita mengenal ilmu dan sesungguhnya ilmu yang dicurahkan adalah satu amal jariah mereka di dunia dan akhirat. Cuba kita gambarkan betapa besarnya jasa guru, mengambil contoh seorang guru tadika, ilmu yang diajar walau cuma mengajar mengenal ABC dan 123, dengan izin Allah, dengan  ilmu asas ini murid-murid ini berjaya menjadi orang berjaya dan berguna. Bayangkan pula jasa seorang  guru yang mengajar Al Quran? Subhanallah.

Kebetulan semalam, ada sambutan hari sekolah di sekolah agama Aqil. Bersungguh-sungguh dia minta saya belikan hadiah untuk cikgunya. Disebut sekali ciri-ciri hadiah yang dia mahu. Hadiah mesti 'besar' dan 'cikgu suka'. Jangan balut hadiah sebelum dia balik sekolah". Dia pun mahu membantu membalut  hadiah itu nanti. Macam-macam syarat budak sekarang ni :)

Pening juga memikirkan hadiah ni. Dulu-dulu, kita tak mampu hadiahkan yang mahal-mahal, apatah lagi bila sekolah di kampung. Seingat saya, ketika di sekolah rendah hadiah paling mahal saya beli adalah sabun berjenama 'Popinjay' (tak tau lah ada lagi tak jenama tu sekarang ini hi..hi..). Itu sahaja yang mampu ketika itu. Maklumlah dapat belanja sekolah baru 20 sen. Tetapi saat paling seronok ketika hari guru, bila setiap kelas akan adakan jamuan. Cikgu-cikgu akan buat rombongan ke setiap kelas untuk makan apa yang ada. Ada macam-macam makanan terkumpul setiap kelas. Seronoknya kalau dikenang-kenang zaman persekolahan ni. Sekarang, cara sambutan sekolah kampung pun dah lain. Kata adik saya yang juga seorang cikgu, sekarang hadiah cikgu sudah 'upgrade' sikit bila kebanyakan hadiah yang diterima dari kedai dua ringgit. :)

Selepas habis belajar dulu, cita-cita saya nak jadi cikgu, namun permohonan tak pernah lulus. Memang kecewa tak dapat tetapi bila dikenang semula, banyak hikmah bila Allah tak perkenankan doa saya. Beban guru sekarang semakin hari semakin bertambah. Menurut kakak saya, tugas cikgu ini bukan sahaja sebagai 'teacher', tetapi bila di sekolah, ada kala kena bertukar jadi 'driver, 'doctor', 'technician', 'cleaner', 'clerk' dan ada beberapa pfofession lain yang berkaitan :)

Teringat kata-kata guru subjek Pengajian Am saya semasa di Tingkatan 6 dulu. Katanya, 'title' guru ini selalunya dibawa hingga mati. Jika seorang guru sudah bersara sekalipun masih dipanggil cikgu dan gelaran itulah dibawa hingga kuburnya nanti. Bila ditanya ini kubur siapa? Inilah kubur Cikgu.....

Semoga Allah membalas jasa-jasa mu Cikgu!


-------------------------------------------


Baca lagi dalam Ebook 101 Idea Homebased Bisnes.

Hanya RM50 atau dapatkan PROMOSi 2 ebook dengan harga RM50

Tempahan--->http://gedung-ebook-anda.blogspot.com/p/borang-tempahan.html



No comments:

Post a Comment