='description'/>

Friday, 30 May 2014

Pendapatan pasif

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google



Konsep kekayaan yang mesti difahami jika mahu menjana kekayaan dengan cepat dan mudah ialah beza pendapatan aktif dan pasif.


Pendapatan aktif ialah upah atau gaji yang dibayar berdasarkan masa kita bekerja. Manakala Pendapatan pasif pula ialah upah yang dibayar berkali-kali dengan satu kali kerja sahaja.

Ini adalah kerana rahsia kekayaan yang sebenar bukan terletak kepada berapa banyak wang yang kita miliki tetapi bergantung kepada kebebasan yang kita miliki.

Jika kita menguasai pendapatan pasif, kita pasti dapat meluangkan lebih masa dengan keluarga, membeli-belah tanpa perlu berkira-kira, pulang ke kampung semasa orang lain kerja, dapat Solat berjemaah bersama keluarga setiap masa serta dapat mengajar anak-anak mengaji al-quran

Bila hasil pendapatan banyak datang daripada pendapatan pasif, kita mempunyai lebih masa terluang untuk digunakan.

Jika melihat konsep pendapatan pasif ini daripada kehidupan masyarakat disekeliling kita, banyak kumpulan yang tidak sekaya mana seperti yang kita lihat.

Golongan doktor juga tidak mempunyai pendapatan pasif daripada hasil titik peluh mereka. Potensi pendapatan mereka ada hadnya. Mereka hanya boleh berjumpa sejumlah pesakit tertentu sahaja dan mereka juga mestilah berjumpa dengan setiap pesakit tersebut. Ianya aktif.

Begitu juga dengan pegawai kerajaan, peguam atau jurujual. Kebanyakan daripada mereka tidak mempunyai pendapatan pasif.

Secara lahiriah nampak seperti kaya tetapi sebenarnya mereka masih bergantung kepada gaji seperti mereka yang makan gaji.

Oleh itu kita perlu merancang bagaimana menjana pendapatan aktif yang kita ada sekarang kepada pendapatan pasif. Atau kita juga boleh mencipta pendapatan pasif dari pendapatan aktif yang kita terima. Ini lebih menguntungkan kerana kita mempunyai dua sumber pendapatan.

Contoh pendapatan pasif:

1. Pelabur yang mendapat dividen bulanan atau tahunan (akaun simpanan tetap dan amanah saham).

2. Pencipta lagu yang menerima royalti daripada lagu ciptaan mereka yang terjual menerusi album artis yang menyanyikannya.

3. Penulis yang menerima royalti daripada buku tulisan yang terjual di pasaran.

4. Agen insuran atau takaful yang menjana pendapatan sampingan dari polisi insuran atau takaful pelanggan yang mereka daftarkan.

5. Usahawan internet yang menjana keuntungan berterusan dari jualan produk mereka.

6. Ahli jualan langsung yang menerima komisyen bulanan untuk setiap jualan produk atau pendaftaran ahli yang ditaja.

7. Pelakon yang mendapat bayaran royalti untuk setiap drama yang ditayangkan.

8. Usahawan yang mendapat keuntungan perniagaan servis atau produk yang dijalankan.

9. Pencipta perisian komputer atau permainan video yang menerima royalti untuk setiap unit jualan yang terhasil.

10. Pemilik hartanah yang menyewakan rumah atau tanah yang dimiliki pada penyewa individu atau komersial.


--------------------------------------------

Akademi Bekerja di Rumah (ABDR) kini membuka peluang kepada mereka ingin menempah blog melalui Pakej Tempahan Membuat Blog ABDR. Terbuka kepada semua terutama bagi usahawan-usahawan yang tidak dapat menghadiri kelas online yang kami tawarkan. Tawaran ini dibuka dengan harga promosi RM200 sahaja. Anda boleh memilih salah satu Pakej Blog berikut:

i.            Satu Blog untuk kegunaan Penulisan/Peribadi
            ATAU
ii.           Satu Blog untuk Bisnes

Hanya RM200 sahaja (JIMAT RM100)

Blog yang ditempah meliputi:

 Borang tempahan
Penambahan gajet - 5 Label
 Link fanpage/facebook
10 foto produk untuk dimasukkan ke dalam blog bersama keterangan produk.

***Bonus juga akan diberikan

Jika berminat hubungi saya:
Emel: suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim

No comments:

Post a Comment