Foto: Carian Google
Jika sebelum ini ada dikongsikan dua tips bagaimana ingin melabur iaitu bagaimana memilih bentuk pelaburan yang sesuai dan bagaimana menyesuaikan pilihan pelaburan supaya seiring dengan matlamat yang ingin dicapai serta mengenalpasti risiko-risiko yang bakal ditanggung. Selain itu terdapat kriteria-kriteria lain yang perlu diambil berat apabila memilih untuk melabur. Baca lagi resepi-resepi ini.
C. Dimana
anda ingin makan?
Hidangan
bufet ditawarkan di pelbagai tempat, termasuklah hotel bertaraf lima bintang,
kafe dan restoran. Jadi bagaimana anda membuat pilihan untuk makan dimana?
Sudah tentu ada faktor-faktor tertentu yang membantu anda membuat pilihan,
bukan?
Apabila membuat pelaburan, anda akan berdepan dengan dilema
pilihan yang sama. Patutkah anda melabur dalam unit amanah atau adakah saham
pilihan yang lebih bijak?
1. Dapatkan
maklumat terlebih dahulu
Sebelum
membuat tempahan meja untuk menikmati hidangan bufet di sesebuah hotel ataupun
restoran, pasti anda bertanya kepada rakan-rakan dan melihat ulasan-ulasan
mengenai restoran tersebut terlebih dahulu. Anda semestinya tidak mahu
dikecewakan dengan hidangan bufet yang kurang enak.
Begitu juga dengan pelaburan. Sebelum melaburkan wang dalam sesuatu produk pelaburan, pastikan anda telah mendapatkan sebanyak mungkin maklumat mengenai produk pelaburan tersebut. Baca dan fahami semua informasi berkaitan dengan pelaburan yang akan dibuat.
Untuk pelaburan saham, jangan lupa untuk menganalisa laporan tahunan, prospektus dan lain-lain dokumen yang berkaitan dengan syarikat yang menawarkan saham tersebut. Berwaspadalah dengan khabar angin dan ‘tip-tip’ pelaburan yang tidak berasas.
Bagi unit amanah pula, amalkan tabiat membaca prospektus dan laporan tahunan dana tersebut. Teliti prestasi dana syarikat berkaitan, profil risiko pelabur dan juga cara pengurusan syarikat tersebut sebelum membuat keputusan.
2. Kawal
pemakanan anda!
Biasanya,
anda dinasihatkan untuk mengalas perut bagi mengelakkan rasa terlalu lapar
sementara menantikan jamuan bufet yang bakal dihidangkan. Dengan cara ini,
sekiranya anda berubah fikiran untuk makan di tempat lain setelah mendapati
hidangan bufet yang dinanti-nantikan tidak seenak yang disangka, anda tidak
akan kebuluran sebelum tiba di destinasi yang seterusnya.
Begitu
juga, anda dinasihatkan untuk memiliki wang lebihan sebanyak enam hingga
sembilan bulan daripada perbelanjaan bulanan sebelum melabur. Ini bagi
memastikan anda mempunyai dana yang mencukupi jika berlaku perkara yang tidak
diingini atau pelaburan mengalami kerugian.
3. Sabar
dalam mencapai mencapai matlamat anda
Kebanyakan
orang sanggup beratur panjang bagi mendapatkan sesuatu jenis makanan yang
diinginkan dalam hidangan sesebuah bufet. Begitu juga dengan pelaburan, anda
haruslah sabar dan melabur untuk jangka masa panjang. Kerugian jangka pendek
sememangnya merupakan asam garam pelaburan. Namun, jika anda sabar dan terus
mengamalkan pelaburan untuk jangka panjang, kerugian tersebut akan ditampung
oleh keuntungan yang bakal diperolehi kelak.
4. Cuba
pelbagai jenis makanan
Ketika
di meja bufet, anda biasanya dinasihatkan untuk mencuba pelbagai jenis makanan
yang dihidangkan dan tidak menumpukan perhatian kepada satu jenis makanan
sahaja. Melalui cara ini, anda akan dapat mengetahui makanan mana yang paling
enak dan lazat.
Konsep
yang sama perlu diaplikasikan dalam pelaburan. Anda tidak sepatutnya meletakkan
kesemua wang anda dalam satu produk pelaburan sahaja. Pelbagaikan pelaburan
anda dalam produk atau sektor yang berlainan. Contohnya, jika anda melabur
dalam ekuiti, pelbagaikan pelaburan anda dalam beberapa jenis syarikat dan
sektor, dan jika anda melabur dalam unit amanah pelbagaikan jenis-jenis dana
pelaburan anda.
Ini merupakan cara terbaik untuk mengurangkan risiko anda kerana kerugian yang dialami akibat suatu pelaburan boleh ditampung oleh keuntungan yang diperolehi daripada pelaburan yang lain.
5. Ubah
fikiran jika perlu
Ada
kalanya, restoran atau hotel yang dikunjungi tidak memuaskan hati anda.
Sekiranya ini berlaku, beralihlah ke tempat lain yang dapat memenuhi citarasa
anda.
Dalam
hal pelaburan, prinsip ini juga boleh dipakai. Anda tidak sepatutnya takut
untuk beralih kepada pelaburan yang lain sekiranya mendapati produk tersebut
tidak serasi dengan matlamat pelaburan atau tidak memberi pulangan yang
diharapkan. Kaji semula dan selalu pantau pelaburan anda untuk memastikan yang
ianya masih relevan dengan matlamat kewangan.
6. Awasi
promosi harga murah
Anda
pastinya berasa curiga jika ditawarkan promosi bufet yang terlalu murah tetapi
mendapat hidangan bertaraf hotel 5 bintang. Besar kemungkinan ada yang tidak
kena dengan bufet tersebut.
Begitu juga dengan pelaburan, terdapat banyak syarikat yang menjanjikan pulangan yang tinggi, tanpa risiko dan memerlukan modal yang rendah. Sebagai pelabur bijak, anda tidak sepatutnya mudah terpedaya dengan janji-janji seperti ini. Ingatlah bahawa lebih tinggi pulangan sesuatu pelaburan, maka lebih tinggi juga risikonya!
Akhir
sekali, pelaburan adalah sesuatu yang sepatutnya memberi anda kepuasan
sepertimana menikmati sesuatu hidangan bufet yang enak. Sungguhpun demikian,
ingatlah bahawa seseorang pelabur bijak akan sentiasa mengamalkan
langkah-langkah di atas bagi memastikan diri mereka dapat membuat keputusan
pelaburan yang bermaklumat.
Sumber: http://www.min.com.my
_____________________________________________________
Anda ada produk? Iklan produk anda di Soho Directory. Dapatkan pakej iklan serendah RM50. Lihat maklumat tentang pakej di sini.
Hubungi saya, Suhaila Rahim melalui:
Emel: suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim
Emel: suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim
No comments:
Post a Comment