='description'/>

Friday, 9 May 2014

Salam Jumaat!

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Koleksi Peribadi & Carian Google


Alhamdulillah. Salam Jumaat. Baru usai masak tengahari. Hanya sempat masak gulai kari Ikan tanpa santan kegemaran Aqil. Sambung lagi goreng sayur pula petang nanti. Sambil tunggu Aqil balik sekolah online sekejap. Tak sabar mahu menunggu dia balik. Aqil janji nak belikan coklat di sekolah sempena Hari Ibu, katanya hadiah untuk mak. 

Semalam sudah meminta saya memilih hadiah-hadiah yang dijual disekolah, samada  bunga, kacang atau coklat. Oleh kerana coklat yang paling murah, saya pilih coklat. Tapi sudah ada persetujuan, coklat ini nanti saya perlu berkongsi makan dengannya bila sudah dibawa balik nanti. :) 

Pulang dari sekolah tadi, dimuka pintu saya tanya di mana coklat yang dijanji. Dengan muka bersahaja menjawab, coklat sudah habis dimakan kerana 'sedap sangat'. Haha.. seperti yang dijangka, saya sudah tahu kesudahan coklat itu, sebab coklat salah satu makanan kegemaran dia. Masuk kedalam rumah, dia minta di bukakan pakaian sekolahnya. Selesai dibuka baju, dia cium saya dengan ucapan 'Aqil sayang Mak'! Allah, sebak juga hati ini tiba-tiba. Ucapan bahagia itu hadiah terindah buat diri ini di hari yang mulia ini.

Terima kasih Ya Allah.. Alhamdulillah.

Selamat Hari Ibu buat semua yang bergelar ibu!


---------------------------------------


Beli pelbagai Ebook berinformasi: http://gedung-ebook-anda.blogspot.com/

Ingin amalkan pemakanan sunnah: http://kioskproduksunnah.blogspot.com/

Anda ada produk atau bisnes? Ingin iklankan di internet di soho directory:


Dapatkan Sejadah Muka dan Pati Haruman Kasturi Al Mujahid: http://aqnahonlineshoppe.blogspot.com/2014/04/pati-kasturi-al-mujahid.html

Bagi yang ingin memulakan Pelaburan Unit Amanah boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut

Emel: suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim 

No comments:

Post a Comment