='description'/>

Thursday 29 May 2014

Cuti sekolah datang lagi

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google




Bismillah. Cuti sekolah sudah bermula. Aqil seronok sangat dengan cuti kali ini. Lebih bersemangat bangun awal pagi berbanding jika hari perlu ke sekolah. Tambahan lagi, Kelas Mental Arimetiknya juga ditangguhkan sehingga bermula sesi persekolahan pertengahan Jun nanti. Alhamdulillah, boleh 'pause' sekejap kekalutan pagi dan tengahari dalam menyiapkan anak ke sekolah. Alhamdulillah.

Bila bercuti ini, saya juga perlu menyusun jadual supaya Aqil tidak bosan di rumah. Semalam sudah di bawa ke Tesco membeli barang-barang dapur. Hari ini singgah sekejap di Giant, sekadar membawa keluar mengambil angin luar rumah. Esok jika tiada halangan mahu ke Perpustakaan di Kajang. Sambil temankan Aqil baca buku, boleh juga saya pinjam beberapa buku untuk menambah pengetahuan.

Alhamdulillah, dapat keluar sejam dua pun sudah memadai. Jika mahu keluar jauh, perlu tunggu cuti minggu bila suami bercuti. Minggu depan kena rancang jadual lagi ke tempat-tempat berhampiran. Sebelum keluar saya pastikan anak-anak sudah makan dan cukup tidur. In shaa Allah, boleh keluar ke mana-mana dengan tenang, tenteram dan secara tidak langsung boleh juga mengurangkan belanja shopping :) 

Semoga cuti sekolah ini memberi manfaat seisi keluarga.

---------------------------------------
PROJEK DUIT RAYA



Projek duit raya http://projekduithariraya.blogspot.com/

* pakej untuk bulan puasa, raya dan rumah terbuka
* stok sedia ada
* sasaran puasa, raya, rumah terbuka, tahun ni, tahun depan 
* Boleh juga bagi yang nak hantar terus ke kampung, kami siapkan terus jadual penghantaran

Yang berminat nak jadi agen atau ingin beli secara borong boleh daftar melalui saya 
Suhaila Rahim melalui:

SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim

No comments:

Post a Comment