Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google
Elemen-elemen dalam Perancangan Kewangan
Pengurusan aliran tunai- menilai nilai bersih kewangan yang ada sekarang iaitu baki wang yang tinggal setelah ditolak dengan semua hutang. Ini secara amnya akan menunjukkan kepada anda sama ada anda bakal menikmati kebebasan kewangan atau mengalami masalah kewangan. Pengurusan ini melibatkan belanjawan, usaha untuk melangsaikan hutang dan membuat tabungan.
Perancangan Pelaburan - anda juga perlu menimbangkan di mana hendak melaburkan wang itu dengan matlamat untuk mendapat pulangan lebih tinggi dibandingkan dengan akaun simpanan yang biasa. Satu strategi pelaburan perlu dibentuk supaya anda mendapat kejayaan besar dalam mencapai matlamat kewangan anda.
Perancangan Takaful -sila pastikan supaya semua aset dan keluarga anda dilindungi oleh perlindungan takaful secukupnya. Kematian adalah pasti, bagaimana pula dengan keilatan/lumpuh, penyakit kritikal, kemalangan dan bermacam-macam lagi musibah yang mungkin menimpa kita. Adakah kita bersedia dari segi kewangan untuk menghadapi musibah ini. Bagaimana pula dengan kos rawatan hospital yang tinggi? Adakah kita ingin menggunakan duit simpanan untuk menampung kos perubatan. Perlindungan komprehensif akan membantu anda menghadapi pelbagai risiko dan ia juga dapat digunakan untuk persediaan pelan persaraan dan pendidikan anak.
Perancangan Cukai - perancangan cukai membabitkan strategi untuk menikmati yang terbaik daripada pendapatan, saham, harta tanah dan harta lain yang anda miliki. Ingat, anda bukan hendak melarikan diri dari membayar cukai tetapi anda belajar kaedah untuk mengurangkan cukai yang perlu dibayar.
Perancangan Persaraan - perlu merancang simpanan untuk persaraan kerana anda tidak akan bekerja sepanjang hayat. Pelan kewangan yang efektif boleh menampung perbelanjaan semasa mencapai umur persaraan .
Perancangan Pengagihan Harta (wasiat) - mempunyai perancangan harta atau wasiat dapat memastikan kehendak anda terhadap kedudukan masa hadapan keluarga akan dilaksanakan. Selain itu, perancangan harta atau wasiat dapat menyediakan kedudukan kewangan yang kukuh untuk keluarga anda, memastikan harta anda terpelihara dan diberikan kepada waris-waris anda, serta mengelakkan perselisihan antara ahli keluarga.
No comments:
Post a Comment