='description'/>

Monday 18 November 2013

Kaedah membuat pelaburan dalam Unit Amanah (Bahagian 1)

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google

 Terdapat dua kaedah untuk melabur dalam saham unit amanah iaitu melalui 
1) Pelaburan Tunai
2) Pelaburan melalui Skim Pelaburan Ahli KWSP


Pelaburan Tunai

Pelaburan minimum yang diperlukan untuk membuka akaun ialah RM1000. Seterusnya tambahan pelaburan tunai boleh boleh dibuat dengan cara:

1. Pelaburan secara' Lump Sum'
Bagi mereka yang mempunyai sejumlah modal yang terkumpul, pelaburan secara lump sum adalah terbaik. Dalam tempoh pelaburan tersebut (minimum 3 hingga 5 tahun), modal di awal pelaburan akan mengalami pertumbuhan dalam bentuk agihan dan pertumbuhan modal. Oleh itu pulangan tersebut akan dilaburkan semula untuk menjana keuntungan yang lebih banyak

Contoh:
Jika anda memulakan pelaburan dengan modal RM10,000 dan menerima agihan sebanyak 8 sen/unit pada nilai seunit RM1.00, keuntungan yang diperoleh RM0.08 x 10,000 unit = RM800. Jika agihan tadi dilaburkan semula maka modal pada tahun berikutnya ilah RM10,800. Sekiranya agihan tersebut di laburkan semula secara berterusan dalam tempoh 20 tahun, modal RM10,000 tersebut akan menjadi RM46,610.

2. Pelaburan secara Simpanan Tetap
Pelaburan juga boleh dibuat secara bulanan atau suatu tempoh tertentu mengikut kemampuan pelabur tersebut. Simpanan boleh dibuat secara arahan tetap bank. Jumlah simpanan bergantung kepada UTMC yang menguruskan dan dana amanah yang dipilih. Dalam kaedah ini Pelabur tidak perlu bimbang dengan turun naik harga sesuatu dana kerana dalam keadaan ini konsep 'dollar cost averaging'  akan berfungsi. Ini akan memberikan keuntungan kepada pelaburan kita dalam jangka panjang. (details seperti dalam entri sebelum ini).


No comments:

Post a Comment