Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google
Alhamdulillah, pagi yang mendamaikan. Hari ini berpagi-pagian ke Klinik Kesihatan ibu dan kanak-kanak, Hulu Langat menghantar anak untuk memenuhi rutin pemeriksaan kesihatan bulanan. Temujanji telah dijadualkan bermula pukul 8 pagi. Kami sampai ketika keadaan diklinik pagi ini tidak ramai walaupun sudah bermula musim sekolah. Tempoh menunggu giliran pun tidak lama. Sekejap sahaja nama sudah dipanggil untuk pemeriksaan oleh jururawat yang bertugas. Bulan ini baby Amnah sudah berusia 10 bulan dan tidak memerlukan sebarang suntikan.
Sesekali sempat juga saya mengamati suasana di kinik. Pengurusan di klinik-klinik kerajaan sekarang sudah banyak perubahan. Berbanding dengan dua tiga tahun dulu. Jika datang pukul 8 pagi pun belum pasti urusan akan berakhir pukul 12 tengahari. Sekarang ini, urusan diklinik juga sudah banyak pembaikkan. Keadaan dalaman klinik juga telah banyak berubah menjadi lebih tersusun dan teratur dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan yang datang. Staf-staf juga semakin cekap dan mesra pelanggan.
Sambil menunggu, sempat juga berbual dengan ibu-ibu yang datang. Rata-rata ramai juga yang bekerja. Terpaksa mengambil 'time off' atau cuti dari majikan untuk menghantar anak ke klinik. Teringat suatu ketika dulu, saya pun begitu. Berkejar-kejar dengan masa. Terpaksa menunggu giliran di klinik dan bergegas menghantar ke pengasuh pula, sebelum pergi ke pejabat untuk bekerja setelah habis semua urusan. Sekarang tidak perlu lagi. Alhamdulillah. Temujanji di klinik hari ini berakhir pada pukul 9 pagi.
No comments:
Post a Comment