='description'/>

Thursday, 21 November 2013

Kenapa perlu gandakan simpanan Akaun 1 KWSP?

Teks Suhaila Rahim
Foto: Carian Google

Adakah duit caruman anda semasa bekerja cukup untuk kegunaan selepas bersara?

 

Di atas antara keratan akhbar yang menunjukkan sebilangan besar dari mereka yang bersara hanya dapat bertahan dalam masa yang begitu singkat untuk menyara kehidupan seperti sebelum bersara. Kebimbangan ini di sebabkan oleh kenaikan kos hidup dan kesan inflasi.

Tahukah anda Akaun 1 KWSP hanya boleh dikeluarkan apabila:

I. Umur 55 Tahun
II. Kematian
III. Pelaburan Saham Unit Amanah

Peluang inilah yang perlu digunakan untuk menggandakan simpanan kita di KWSP. Setiap ahli hanya boleh melaburkan simpanan tidak melebihi 20% daripada jumlah yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1 melalui Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan.

Antara sebab mengapa  perlu menggandakan simpanan Akaun 1 KWSP:
1)   Jangka hayat hidup lebih lama – Peningkatan kesihatan menyebabkan jangka hayat rakyat Malaysia meningkat sehingga 74 tahun bagi lelaki dan 79 tahun bagi wanita.

2)   Kos perubatan yang semakin tinggi menyebabkan kita memerlukan simpanan yang lebih di masa akan datang. Mungkin kita tidak merasakan keperluan tersebut semasa bekerja kerana dilindungi oleh insurans yang disediakan oleh majikan. Tetapi semua itu menjadi tanggungan sendiri bila tidak lagi mampu atau sudah berhenti dari bekerja, dan menjadi lebih kritikal bila tidak mengambil sebarang perlindungan insurans yang lain.

3)   Perlunya simpanan untuk menikmati usia persaraan anda yang lebih bermakna bersama keluarga.  Jika 20 tahun dulu kos untuk 3 hidangan makanan RM10 seorang, hari ini mungkin RM25, dan tidak mustahil 20 tahun akan datang kos meningkat kepada RM54.

4)  Berpotensi untuk menghabiskan wang yang ada dengan pelbagai cara – sekarang ini banyak pelaburan yang menipu kita seperti skim cepat kaya, ‘gores dan menang’, dan macam-macam lagi. Semuanya menjanjikan kemewahan segera sehingga kita cepat gelap mata dan terburu-buru untuk melabur wang yang ada. Akibatnya ramai yang ditipu dan berputih mata kerana wang simpanan hilang begitu sahaja. Oleh itu adalah baik sekiranya wang tersebut dilabur dalam institusi-institusi yang diluluskan oleh kerajaan supaya pelaburan terjamin dan boleh memberi pulangan yang sewajarnya. 

5)  Kos pendidikan anak-anak yang meningkat – Peluang pendidikan yang semain luas menyebabkan semakin ramai yang menyambung pengajian yang lebih tinggi seperti Ijazah Lanjutan dan Sarjana. Kos pengajian ini meliputi penginapan, yuran dan pengangkutan.

No comments:

Post a Comment