='description'/>

Tuesday 19 November 2013

Kaedah membuat pelaburan dalam Unit Amanah (Bahagian 2)

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google


Pelaburan melalui Skim Pelaburan Ahli KWSP
Pelaburan dalam unit amanha juga boleh dibuat melalui Skim Pelaburan Ahli KWSP, dan ianya tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh KWSP.

Pengeluaran untuk pelaburan adalah dibenarkan kepada ahli yang mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM5,000 melebihi baki simpanan asas di dalam Akaun 1, dan belum mencapai umur 55 tahun. Untuk ahli yang layak, mereka boleh melaburkan sebahagian daripada simpanan ini di dalam unit amanah melalui pengurus dana luaran yang dilantik oleh Kementerian Kewangan.

Dalam cara ini pelaburan juga boleh dibuat secara 'lump sum' atau setiap tiga bulan selepas tarikh perohonan terakhir diluluskan oleh KWSP. Jumlah minimum setiap kali simpanan ialah RM1000 dan tidak melebihi 20%  dari simpanan asas tertakluk kepada jumlah baki yang mencukupi di dalam Akaun 1.

Jadual Simpanan Asas KWSP seperti di bawah:


Simpanan Asas ialah satu jumlah simpanan dalam Akaun 1 yang ditetapkan mengikut umur bagi membolehkan ahli memperoleh simpanan sekurang-kurangnya RM120,000 pada umur 55 tahun.
Asas pengiraan: [(simpanan di Akaun 1 - Simpanan Asas) x 20%]
Contoh pengiraan simpanan mengikut kelayakan:
1) Ahli A berumur 22 tahun, Simpanan di Akaun 1 RM4000 
(Ahli tidak layak kerana simpanan kurang dari simpanan asas iaitu RM5000)
2) Ahli B berumur 22 tahun, Simpanan di Akaun 1 RM8000: [(RM8000 -RM5000)x20%)] =RM600
(Ahli tidak layak kerana amaun kelayakan minimum kurang dari RM1000)
2) Ahli C berumur 22 tahun, Simpanan di Akaun 1 RM12,000 [(RM12,000 -RM5000)x20%] =RM1400
(Ahli layak memohon kerana amaun kelayakan minimum RM1000 dan maksimum RM1400)
Walau bagaimanapun ingin dimaklumkan, Mulai 1 Januari 2014 Simpanan asas KWSP akan bertukar ke jadual yang baru. Sila rujuk laman web KWSP untuk maklumat lanjut.

No comments:

Post a Comment